Nuffnang

Monday, September 26, 2011

~ Meraikan rumah terbuka para jemputan ~

Assalamualaikum...Olla!

Besok sehari ja lagi bulan Syawal 1432. Hari ini dah 29Syawal, satt ja no...puasa ganti dah selesai? Puasa sunat 6 sempat tak? Hohoho. Aku ganti belum tamat lagi..tengah berkira-kira bila nak start another 5days.

Last weekend, aku dan kawan-kawan attend open house kawan-kawan office. Ada 2 rumah kami nak terjah. Rumah pertama, newly weds - I'm so impressed masa ke rumah depa nie. Plus ada tanah kat belakang tue, siap leh bercucuk tanam gitu. Bercucuk tanam la aku suka..haruslah dah kawen nanti kena cari rumah sewa (sewalah dulu) yang ada tanah even 2,3 kangkang kera.. Leh tanam serai, pandan, cabai bagai...hihihi...Ramai juga kawan-kawan yang datang and mostly single mingle adult la. Aku lak langsung tak bawak apa-apa makanan ke rumah depaa, rupanya depa buat potluck. Segan juga...so sebagai balas jasa, kami tolong basuh pinggan gelas saja la. Hihihi. Terima kasih tuan tanah. Kami makan dengan sungguh kenyang sekali...Alhamdulillah..

Rumah kedua kami terjah, rumah kak Azim. Rumah kak Azim cantik la..Baru habis renovation kat luar rumah, rasanya before puasa lagi. Cantik la...ada buaian, small garden kat tepi rumah dia tue..simple and neat. Kat rumah kak Azim makan soto, even perut dah agak penuh, kami makan juga untuk tidak menghampakan tuan tanah..sedapp!! Kak Azim memang sedaplahh masakananya....rajin juga tuee...

Seronok la makan-makan lepas tue aku pulang ke kampung halaman. InsyaALLAH tahun depan nak pergi lagi la kalau ada jemputan :)

Have a nice day.. :)

Sunday, September 25, 2011

~ Hang ada apa!? ~

Haha...

Aku duk berulang kali tengok video matluthfi90. Mak aku pun tengok jugak kalau aku bukak..haha..



Esok dah nak start keja, pepagi after Solat Subuh aku nak gerak balik ke Kulim. Hohoho..semoga di permudahkan-NYA perjalanan aku ke Kulim nan permai besok. InsyaALLAH...

Good nite to all my friend, happy working tomorrow ya...

Peace yallz'...
Assalamualaikum..

~ Elokkah hati macam itu? ~

Assalamualaikum,

Susah benor nak jaga hati, I'm not taking about your hati, her's hati, his' hati...but it's my hati. Haa la. Whose gonna taking care of your hati? Just only YOU! Hang toksah gagah nak suruh semua orang jaga hati hang, jaga dan sedarlah hati sendiri ya. Ouchh!!! Jangan mudah juga terasa hati with other's, because tak semua yang kita nak, rasa SAMA macam others nak, rasa. Yang penting ikhlaskan diri ya.

Jangan nak suka-suki SENTAP tak hingat dunia, umur dah makin meningkat, jadi pepandai la kita jaga hati dan diri memasing. Sometimes if being too close among us, sure akan ada sentap-sentap Pahhhh nie, Hohohoho.. dalam berhubungan haruslah pepandai jaga diri, jaga hati sendiri and lagi bagus menjaga hati orang lain..Ehhh...baiknya kau Pahhhh!

Penat juga nak jaga hati orang lain noooo. Tak apalah, yang penting kita ikhlas kan. Bukan aku ber-ustazah bagai ya aku di sini. Saja ja nak ingatkan diri sendiri dan baguslah kalau kome semua yang baca nie amik barang secebis dua ilmu/maklumat yang aku nak share di sini. InsyaALLAH.



Tidak kurang, hati aku sendiri masih kaya dengan titik-titik hitam yang semakin cuba untuk aku hilangkan sedikit demi sedikit. Cara-caranya adalah dengan:
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”.
2. Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W - Paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orangsayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah”sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati. Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan.http://www.blogger.com/img/blank.gif
13. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang syubhat. (Penting dalam aspek menuntut ilmu)
14. Berkawan dengan ulama’.
15. Berkawan dengan orang miskin. (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.”

Credit to: Here

Hihi..Itu saja untuk hari Ahad ini. Nak join mak aku tengok Nona sat..
Assalamualaikum..take care allz...

Saturday, September 24, 2011

~ Syokk noo balik kampung ~

Assalamualaikum...

heeeeeeeeee...happy like heaven...
Hooo ho...seronoknya balik kampung, tengok rumah, tengok mak ayah plus ada makanan sedappp prepared by my mum..yummy! Rumah so far 75% almost finish to clean up, re-arrange 2 rooms and now thinking nak cat color apa untuk pintu pagar luar rumah. Rumah mak ayah saya bukanlah istana diraja, tapi ianya cukup membuatkan syurga buat kami sekeluarga. Tiap masa rasa nak saja duk rumah Perlis dengan mak ayah. Even masuk rumah saya agak panas, huhuh..bad air-circulation, but hati tetap sejuk bila masuk dalam ruamh, lagi-lagi masuk ja bau haruman masakan mak yang super yummmmy delicious!. Mau tak gemmmss aku lagi.

Siang tadi ada 2 open house. At 1st plan nak lawat Mu'az, Atun new baby born, but last minutes cancel. I'm a bit.. ermm huaaashhh! It's ok. Tak ada rezeki nak p tengok baby Amna lagi. InsyaALLAH nextime.

nanti la upload pict rumah terbuka yang penuh dengan makanan yang sedap. Hebatt betul lah kawan-kawan saya yang baru kawen tue, seronok pula tengok rumah berkeluarga mereka. Semoga mereka berbahagia dunia akhirat, dikurniakan cahaya mata yang comel dan taat ibu bapa..

And baby Kak Azim, dah besau...lebat rambutnya..tak sempat saya nak snap picture baby tadi...Happy Sunday day all...

Besok nak ke pasar pagi Behor Lateh la...nak cari rebung..Yummy!
Salam....

Tuesday, September 20, 2011

~ "Kita Orang Asia..." ~

Assalamualaikum all,

Ni hou ma? Hou...haha..boleh la lepas nie belajar Mandarin dengan Yanie Yusry lak.

Hari nie aku amik halfday sebab ada jiran aku meninggal dunia. Arwah Makcik Shun jiran rapat family aku juga.. Arwah meninggal sebab 3 penyakit - kencing manis, darah tingi dan jantung. Al-Fatihah untuk Arwah. Sedey wei..lepas ini kalau aku duk potong bawang kat belakang rumah, tak nampak la lagi Arwah yang selalunya akan berjalan untuk membeli Nyok ka, rempah ka kat kedai kecik Tokcik Zaharah dalam 100m dari rumah aku. Mudah saja Arwah pergi..kata ayah aku..

Malam tadi aku, mak ayah and adik aku kami keluar makan since mak aku tak sempat masak plus dengan kalut Arwah meninggal plus mak aku lantaikan bilik mak aku dengan bilik bgcik aku plus car park depan rumah kami. Gilaa berdebuu luar dan dalam rumah..Lawo la juga design yang mak aku pilih..

Oh ya, tadi dalam kereta memasing duk pikir nak makan apa. Then semua cakap nak makan nasi cuma aku tak tak terkeluar nak makan nasi. Then aku cakap nak makan bihun suo. Lantas ayah tibaiiii "Kita orang Asia, kena makan nasi sehari sekali. Tak kisah siang or petang or malam" Haaaaaaaaaaa...hambik kauuu..ayah aku macam tau ja aku malas nak makan nasi..Orang Asia kauuu...awat? Nak budget diri ie western sangat? Betul kata ayah aku...Jangan terlalu nak bangga sangat hidup ala-ala western..Hahaha. Tak tuju kat sapa-sapa tau, aku tuju kat diri aku sendiri...Kadang-kadang aku pikir, nak masak gulai pun tak reti, tapi gagah nak belajaq masak spaghetti bagai....genaaa weiss.. Hahaha. Paling penting reti buat sambal belacan dengan sedappp..sesedap ibu-ibu kita membuatnyaa..kerna, itulah menu penyedap makan nasi paling utama nak tuju di meja makan..

And tadi masa makan memang betoi aku amik bihun sup tanpa cabai. Aku dop suko sambal sambal tue tapi sambal tumis aku makan. Hihihi. Nie pun memang Melayu tak sedar diri aku nie.. Haishh!

Ulam? Reti makan cicah-cicah sambal belacan? Hohohohoho..Aku suka ulam timun, salad, ulam raja dengan ulam pucuk janggus. Dah ada rumah sendiri aku nak tanam ulam raja sendiri la. Letak baja banyak-banyak, sure tembun ulam raja aku nanti. Angan-angan mau tinggi KLCC..

Oh ya...aku dah dapat debit, ATM card Citibank. Iyalah..orang lain dah ada CC, aku baru nak ada. Teringin nak berhuteng juga jah..Welcome to the world debt with credit card. Hoohoooooo...Aku rasa kena bijak la dalam nak guna semua nie.. Target aku nak collect point supaya aku leh beli lense. Hooohooo...

Baiklah semua, besok aku nak bangun seawal 4.30am, driving back to Kulim with mere little brother.. Pls pray for our safety on roads back to Kulim ya...Thank you.. Good night and Assalamualaikum...

~ This is my cubicle ~



Assalamualaikum semua,

Bohsan lak pagi nie. Pepagi dah jadi macam loser ja. Malas nak mai keja, bak kata housemate aku "kalau sampai tua macam nie, memang mau mebai tiap-tiap hari nak p keja". Betul, betul, betul!

Nie picture kemarin, saja aku snap since ada camera department kat tempat aku. Cubic aku sungguh semak sampai nak muntah tengok paper. Sungguh aku malas nak implement 5S kat cubic aku ini. Malas aku nak kesah. Malaaaaas! Tapi kalau tak buat 5S memang setinggi bangunan 4tingkat agaknya paper yang aku duk print. *ok tipu!

Begitu juga dengan wall arrangement kat cubic aku, malas aku nak kesah. Kalau nakjatuh, jatuh la. Kalau nak lekang, lekanglah. Malaaaaaas! Tempat aku nie ramai juga orang nak datang contohnya orang-orang penjawat jawatan seperti PI, PTE, UPS! Cukup tue saja la. So masa depa mai tempat aku, sure depa tengok..mak aiii! semaknya dia nie. Ada aku kesah? Malass weii....hari-hari nak kemas..it's so NOT me!

Bilahlah rasa rajin nak datang? Kalau aku boleh beli kat Sivaria, hari-hari aku terjah sebab nak beli rajin..Tak kisahlah kalau hari-hari kena jumpa Uncle Siva pun. Aku relaa yang penting aku rajin! Mungkin kena ada something interesting kot kat cubic aku nie, baru tiap pagi rasa gila excited nak dtg keja. Hohoho. Orr....ada someone prepare breakfast kat aku, so tiap hari pasati tertanya-tanya apa menu breakfast aku pagi nie. Nie duk budget diri ala-ala MD la nie. hohohoo...gena weiiii!!!

Ermm...oklah, tak kisahlah..just enjoy the show....



Happy working all...Assalamualaikum..

Monday, September 19, 2011

~ Happy surprise ~

Happy birthday Yani!!

Happy birhtday to you, belated,

Happy birthday to you, belated,

Happy birthday to Yani..happy belated birthday to you...

HOohoho. Dengan keadaan separuh sedar dan terkejut, pepagi tadi around 10am, my colleagues di ketuai oleh boss aku sama-sama celebrate birthday aku yang sungguh delay 18days. Neverminds, I tak kisah pun boss. I need a good news saja. Hihihi.

Cake without fireeee!

Cutting the cakeCutting the cake lagi.This is my team...thanks guys..
Thanks guys..
Before dismiss, amik picture nie dulu. Every birthday celebration kami akan draw macam nie. hihhi

Terima kaish semua atas kek yang nampak sungguh yummy! Aku berpuasa tadi and puasa ganti so aku tak bebuka la. Even dalam keadaan tadi aku boleh bukak since depa meraikan hari lahir aku. Tapi depa memahami and allowed me to continue my puasa and bagi aku half of the cake. Nice cake...originally from Klang since boss aku balik kampung dia.

After celebrate birhtday, then continue with our weekly meeting which is aku memang siap masuk meeting room untuk meeting. Ohh..tertipu jah!!!

Thanks all...

Love, Yani

Sunday, September 18, 2011

~ Haaaaa, berjaya pun! ~

Assalamualaikum...

How was your long weekend semua? I had great weekenderss...Alhamdulillah. Tapi aku nak story kisah Jumaat aku. It's a great achievement for me and my colleague's cum my friend as well. Bangun seawal 6am sebab a night before aku mimpi aku lambat bangun tapi aku pergi juga..tapi kena tibai la dengan kawan aku. Kawan aku nie hatinya baik bak kata orang dalam hati ada taman. Nice girl who really concerns on her's friend. Alhamdulillah.

Baiklah. Kami hiking Bukit Mertajam kat Cherok Tok'kun, Penang. This is my 2nd trial after failed the 1st one. Hihi. Itulah natijahnya kalau tak breakfast then tergedix-gedix nak bersukan. Mengaji tak habis la nie. Hihihi.. Aku park keta aku kat Sunway Carnival Mall and then having our breakfast kat Seberang Jaya. Aku makan nasi lemak..hambiikk..takdak energy lagi memang aku sengaja la tak nak panjat bukit tue.

Ini 2nd station and here ada mini gym if you still larat to angkat-angkat ur body, cycling here. At this stage, we keep on asking people yang dari atas mahu turun bawah, some of them told us, 20mins to the top, ada juga yang bg semangat suruh proceed to top and ada juga gang's bicycle keep on saying, "jauh lagi" hihi. Rupanya memang jauh and we still determine to proceed until the end.
We're on the top ya'll. Alhamdulillah..
We decided to be heroins of the day, so kami tanamkan semangat kesukanan yang tak berapa nak tinggi dalam diri masing-masing untuk berusaha sampai ke puncak. And finally after 2hrs, we reach the top with Telekom/ TBN tower over there. Here we met one uncle, he sharing with us his working life, his Nigerian's friend and etc. Kami dengar saja la. Hihi. We do tawaf the area and snap few pictures. It was nice Friday hiking day and perhaps we can do it again and again..as we plan it..

Inilah bukitnyaa... Cheruk Tok Kun Bukit Mertajam On the wat to meet Marhanis's friend, Hani...happy to hear her's story..

Usai jumpa kawan Marhanis, kami balik ke rumah Marhanis, to get some refresher and lunch.. Yummy! Makan gulai ikan tongkol or ikan mambu I used to called it. Lama aku tak makan ikan, sukaanya makk! around 2.15pm kami gerak ke rumah Kak Sobah for beraya and then round taman to look for something and heading to Sunway Carnival Mall for some wedding's gift. Penat weiss. Nak cari hadiah idaman hati kawan-kawan. Cubaaa mencarinya segagah yang mungkin...

Around 6.20 Marhanis guide aku ke Taman Inderawasih untuk aku jumpa Along masa aku study kat YPM and UUM dulu. YPM she's my roomates tapi UUM tak..Reach home aorund 9pm with dizzy head. Sebab aku minum nescafe plus with dead tiring body but I enjoy it sooo much!! it's called it A-date-day with Marhanis.

I'm happy and perhaps you too happy as well..Take care all....

Assalamualaikum..

Wednesday, September 14, 2011

~ Oh 'macam' co aku punya ~

Assalamualaikum,

Hoooo hoooooo hooooooo...

Lately p keja lambat, tapi ada juga balik awal. Gena nie? Apa nak jadi...? Kalau aku keja co lain, buleh dak buat mcm nie? Intel buleh kot nooo...Kalau keja gov, leh dak buat gini? Mauu nak kena sumpah seranah dengan rakyat lain nooo..

Sungguh..dah la p kerja lambat, then jalan pun loleh-loleh...ikhlas tue memang ada, cuma semangat tue kureng...maybe kurang hot-guys kat office aku nie. Haishh..Mamat mata biru pun kurang kat level3 aku nie. Yang ada pun boss depa ja. Oh ya..ada new interns tue pun besok dah nak balik Regensburg pun. Sungguh tak ada perkembangan yang seronok!!!

Nak lelaki mata biru kena la body macam Shakira kot...hoho...Inikan, bukan saja nak kuku macam Shakira...

Malaysia's flag - kebanggaan aku..

German's flag - baguih noo extend lagi 2nd phase la nie..

Kedah's flag...negeri kelahiranku..

Pagi-pagi mai keja, nampak bendera German, Malaysia, Infineon, Kedah...sungguh 4 susunan bendera nie la duk tenung tiap pagi. Namun, semangat bekerja tak juga reach level yang aku inginkan. Pepagi menapak ke lobi, time-in menapak lagi ke shoe's locker, waiting for lift to level 3 then menapak lagi ke cubicle aku yang super duperrrr semak, penuh paper, nak muntah tengok paper semak...

Ohh biarlah! Start buat kerja dengan perasaan yang ada sat, hilang sat..hihihi. jenuh nak seruuu...macam seruuu tettttttttt...takuttt.. Then cukup time lunch, cukup time p solat cukup time pulang ke rumah...

Besok ulangi perbuatan yang sama dan harapan pun sama tapi semangat level yang sama..Hoyeay!! Tak meningkat...La nie boss tengah table..Gena la muka boss aku kan..aku leh imagine dia cakap..whuaaaa...

Bila la nak berubah kembali datang kerja awal, then buleh balik awal..nak majukan diri dak? Tanyaaa sapa Pokok...huhuhu...Have a nice day all...Assalamualaikum..

Photo credit to: Malaysia's flag
Photo credit to : German's flag
Photo credit to: Kedah's flag

Tuesday, September 6, 2011

~ Baby Aishah Qistina ~

Assalamualaikum All....

Hari raya yang lepas, aku duk geram dengan anak cousin aku nan sorang nie. Nur Aishah Qistina. Mummy dia sebaya aku, which is anak Makngah aku, kakak mak aku. She's so adorable, geram dengan pipi dia..

Nur Aishah Qistina
Aishah yang hyper with her mummy


Jalan kesana kesini saja..
Nangis sebab ntah apa-apa...manjaa!

Masa Aishah dah habis pantang, Kak Nora bawak Aishah balik Kedah, ada cousin aku, siap nak berhenti sekolah sebab nak jaga Aishah. Tapi cousins aku side mak semua suka main dengan baby, datang la baby mana pun, semua nak mengasuh, baik cousin lelaki mahupun perempuan. Semua suka kalau ada baby masuk dalam rumah tok...lagi suka kalau baby jenis tak kisah. Senang depa nak main-main, usik-usik baby tue.. Hihihi..

Semoga Nur Aishah Qistina menjadi anak yang solehah, jangan duk merap-merap mummy. Mummy dah kurus tue. Hihii...

Friday, September 2, 2011

~ Saya tiada hak ~

Assalamualaikum...

Happy raya ke-4! BIasalah dah raya-raya nie, semua pulang berhari raya.. Tibalah masa untuk pulang ke tempat memasing...aku tak ketinggalan juga beramai-ramai ke rumah tok aku untuk tengok pakcik, makcik and cousins aku nak balik Perak, KL, S.Alam..seronok sungguh.

"Ohhhh anak mak nak balik dah ya".. "Ohhhhhh...bila lagi nak balik sini lagi nakk?".. "Tak tahu la mak".. "Baliklah selalu".. "InsyaALLAH mak".. Itulah harapan mak nya di kampung..ohhh anak nak balik dah...mak yang selalu tak sihat, terus bangun sihat masak itu ini. Ohh anak tuahhh makk...hohoho...

Alhamdulillah..ada hikmahnya semua ini...aku hanya tengok dan pandang saja. Betullah, kadang-kadang aku tengok ibu bapa tak adil memberi kasih sayang pada anak-anak mereka. Iya, bukan salah mereka...kasih sayang datang sendiri..nasiblah kau wahai anak yang kurang mendapat kasih sayang, pepandailah cari kasih sayang di tempat lain yaa nakkk...hahaha..ada ka ibu bapa cakap macam tue...ok ok..aku merepek..tak ada ok... :)

Hak saya sebagai anak, hormati kedua orang tue, ambil gambar mereka sebanyak mungkin sebab bila masa mereka tiada lagi, hanya gambar itu sahaja yang mengubat rindu duku kepada kedua orang tua kita... Hargai jasa ibu bapa, senangkan hati mereka..jangan lah ketika mereka sakit, kita gagah nak tunggu lebaran baru nak balik...kesian aku tengok mereka yang begitu mengharap anak kesayangan akan pulang. Mungkin cukuplah takat tolong picitkan kepala yang tengah pening kepala saja...Itu sudah cukup memadai...

Aku ingatkan diri aku dan kome-kome semua....
Berbuat balik pada ibu bapa....insyaALLAH.... doa mereka tetap dengan kita.. :)

Happy raya...Assalamualaikum...