Nuffnang

Sunday, September 25, 2011

~ Elokkah hati macam itu? ~

Assalamualaikum,

Susah benor nak jaga hati, I'm not taking about your hati, her's hati, his' hati...but it's my hati. Haa la. Whose gonna taking care of your hati? Just only YOU! Hang toksah gagah nak suruh semua orang jaga hati hang, jaga dan sedarlah hati sendiri ya. Ouchh!!! Jangan mudah juga terasa hati with other's, because tak semua yang kita nak, rasa SAMA macam others nak, rasa. Yang penting ikhlaskan diri ya.

Jangan nak suka-suki SENTAP tak hingat dunia, umur dah makin meningkat, jadi pepandai la kita jaga hati dan diri memasing. Sometimes if being too close among us, sure akan ada sentap-sentap Pahhhh nie, Hohohoho.. dalam berhubungan haruslah pepandai jaga diri, jaga hati sendiri and lagi bagus menjaga hati orang lain..Ehhh...baiknya kau Pahhhh!

Penat juga nak jaga hati orang lain noooo. Tak apalah, yang penting kita ikhlas kan. Bukan aku ber-ustazah bagai ya aku di sini. Saja ja nak ingatkan diri sendiri dan baguslah kalau kome semua yang baca nie amik barang secebis dua ilmu/maklumat yang aku nak share di sini. InsyaALLAH.



Tidak kurang, hati aku sendiri masih kaya dengan titik-titik hitam yang semakin cuba untuk aku hilangkan sedikit demi sedikit. Cara-caranya adalah dengan:
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”.
2. Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W - Paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orangsayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah”sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati. Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan.http://www.blogger.com/img/blank.gif
13. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang syubhat. (Penting dalam aspek menuntut ilmu)
14. Berkawan dengan ulama’.
15. Berkawan dengan orang miskin. (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.”

Credit to: Here

Hihi..Itu saja untuk hari Ahad ini. Nak join mak aku tengok Nona sat..
Assalamualaikum..take care allz...

No comments: