Nuffnang

Friday, October 7, 2011

~ Kisah semasa makan tengahrari Jumaat ~

Salam Jumaat semua... :)

Tadi after drop housemate aku ke stesen bus Kulim then aku dengan Kak Ina p makan kat kedai belakang Maybank. Then masa aku tengah makan, ada nampak pakcik tua masuk kedai..dia tengok saja lauk-pauk kemudian dia keluar. Masa tue aku tengah makan. Aku telan sampai habis makanan yang ada dalam pinggan aku tue. Alhamdulillah. Lepas aku bayar makanan aku tadi, aku keluar..aku nampak pakcik tue ada kat depan kedai tue.

Dia tak tadah tangan pinta kat orang lalu lalang. Aku rasa bersyukur sesangat, aku ada duit untuk aku beli makanan, aku ada rumah sewa untuk aku berteduh, aku ada kereta, moto untuk aku ke office dan gerak ke mana-mana. Alhamdulillah...Alhamdulillah aku ada banyak, cuma ada fews things yang ALLAH Taala masih uji aku..jadi haruslah aku terus berusaha berdoa dan berusaha mendapat apa yang aku inginkan itu.

Untuk pakcik tua tadi, aku harap dia dapat membeli makanan tengahari dia..dan mungkin jumlah banyak tue bagi dia dapat tampung perut dia selama sehari saja..dari fizikal pakcik tua, dia kurus... Aku doa murah lah rezeki dia lagi...dia tidak meminta-minta, cuma atas belah ikhsan kita untuk berkongsi rezeki yang ALLAH Taala berikan pada kita dengan mereka yang kurang mampu...

Psssttt! Tiada niat apa-apa di sini. Hanya mahu kongsi rasa kasihan, ikhsan dengan hampa semua..Jangan pandang kotor, jijik pada orang-orang susah yang berpakaian kotor kerana hati mereka lagi suci bersih dari kita yang serba-serbi bersih di luaran...aku doakan juga...hati kita semua sesuci hati mereka...

Sememangnya kita semua tak sanggup tengok kesusahan orang lain juga kan, sama-samalah kita membantu mereka yang kekurangan even kita pun sebenarnya bukan dalam kesenangan yang sungguh senang.. Syukuri rezeki dan nikmah yang ALLAH Taala kurniakan kepada kita.

Ouuh!! Hati aku terusikkkk weii...

Semoga ALLAH Taala bagi kekuatan kepada mereka yang behttp://www.blogger.com/img/blank.gifrada dalam kesusahan..Aamin...

Aku juga mahu share pasal pengasas Apple., Apple, Apple Apple Wiki Steve Jobs

No comments: