Nuffnang

Monday, November 7, 2011

~ Aidiladha 2011, 10 Zulhijjah 1432 ~

Assalamualaikum semua,

Salam Aidiladha aku nak ucapkan kepada semua. Amacam, banyak dak daging korban yang hampa semua makan? Jangan banyak sangat ya, makan biarlah berpada-pada, daging pula tue. Tapi tue la kan, bukan selalu nak jumpa, setahun sekali ja nak jumpa tulang-tulang gear box besar-besar gitu kan..ermm..makan la, tapi berpada-pada la nooo..

Aku ada terbaca, terdengar dari Ustaz duk sampaikan ceramah pasal hari raya korban ini, sebenarnya kita semua patut lebeh meraikan hari raya korban lebeh dari hari raya aidilfitri. Apa-apapun jangan membazir, sambutlah dedua dengan gembira tapi jangan berlebihan :)

Untuk keluarga aku, tahun nie pun alhamdulillah amik sebahagian juga untuk korban. Reramai gotong royong kat taman aku, sembelih reramai, melapah reramai, mengagihkan reramai, memasak reramai dan memakan reramai. Aku? Aku duk pulun snap-snap saja. Then masa makan aku muncul! Sebanyak 6 ekor lembu korban kat taman aku tahun ini and ada sekor lagi simpan untuk raya ke-3. Sure yang sekor tue kesunyian. Tapi sayangnya...yang sekor terlepas juaa...Semalam masa kami otw back to Simpang 4, lembu sekor tue dibagitahu telah terlepas and terbang tinggi *tipu!* ke sekolah Syed Saffi. Petang tadi pukul 6 dah selamat di sembelih. Adik aku cakap, dia lari masuk dalam kawasan berair sampai hapus badan dia. Mungkin dia nak sembunyikan diri and ada lintah gigit telinga dia. Kesiann..lembu sekor nie aku tak makan sebab tue jiran aku punya abg yang nak buat kenduri besok. Alhamdulillah lembu tue dah selamat..besok reramai orang akan menjamahnya. Redhalah kau wahai lembu, syurga la tempat kau...
Inilah lembu yang ayah akan tunggangi di akhirat kelak..

Untuk family aku, tahun ini ayah punya turn, sebelum orang sembelih lembu tue, sesi niat and pegang tali, then ayah aku p pegang kepala dia, usap-usap hidung dia. Seolah-olah ayah aku nak tenangkan dia. Alhamdulillah, ada serangan juga di situ, akhirnya dia si lembu hitam di sembelih jua. Putuslah urat merih dan urat Syurgalah kau...
















Di harap kita semua beroleh kebaikkan di atas apa jua yang kita lakukan demi ALLAH Taala..Aamin..

Ini aku amik dari blog http://our-halal.blogspot.com:
Sembelihan secara Islam
Konsep Sembelihan
Sembelihan dengan mengikut Syara’ disamping memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syariah Islamiyah adalah satu-satunya cara bagi menghalalkan daging haiwan bagi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan didalam ayat berikut :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)
Hukum menyembelih
Hukum menyembelih adalah wajib keatas haiwan yang halal untuk dimakan dagingnya. Bagi haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Sembelihan Halal ialah dengan menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum (saluran udara) dan urat mari’ (saluran makanan/minuman) (mengikut mazhab As-Syafie) dengan menggunakan alatan tertentu yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.
Rukun Sembelihan
1. Penyembelih. Hendaklah seorang Muslim, mumayyiz dan berniat menyembelih. Sembelihan yang tidak disengajakan adalah tidak sah.
2. Binatang yang disembelih. Binatang yang Halal, masih hidup (mempunyai Hayat Mustaqirrah) dan wajib memutuskan urat Mari’ dan Halqum.
3. Alat Sembelihan – Mestilah tajam dan boleh mengalirkan darah kecuali yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi.
4. Proses menyembelih – Niat kerana Allah, sembelih di leher dan haiwan tersebut mati semata- mata disebabkan penyembelihan.
Ehsan dalam penyembelihan
يقول النبي صلى الله عليه وسلم : " إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتل ، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبح ، وليحد أحدكم شفرته ، وليرح ذبيحته "
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya. "(Hadits riwayat Muslim)

Sunat dalam penyembelihan
1. Menghadap Kiblat kerana ia semulia-mulia pihak
2. Menyebut nama Allah : “Bismillah”
3. Menenangkan haiwan yang hendak disembelih
4. Mengendalikan haiwan tersebut dengan cermat
5. Menajamkan mata pisau
6. Menyembelih dengan mantap
7. Memberi minum sebelum disembelih
Makruh dalam penyembelihan
1. Tidak menyebut nama Allah
2. Tidak Menghadap kiblat
3. Mengasah pisau di hadapan haiwan sembelihan
4. Menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain
5. Menyembelih dari belakang tengkuk,
6. Mengendalikan haiwan dengan kasar
7. Tidak memberi minum kepada haiwan tersebut
8. Menggunakan pisau yang tidak tajam

Kesimpulan
Sembelihan cara Islam adalah yang terbaik dan merupakan cara yang penuh penghormatan kepada haiwan dan ihsan dalam penyembelihan (iaitu yang tidak menggunakan kaedah stunning). Pengusaha-pengusaha rumah sembelih perlulah membangunkan tata cara pengendalian yang sesuai dengan jumlah sembelihan haiwan dan dalam masa yang sama hendaklah memastikan syarat-syarat dan adab-adab sembelihan dipatuhi
-END-

Info credit to: Muhamad Elyas Harun http://our-halal.blogspot.com/2009/09/sembelihan-secara-islam.html

No comments: