Nuffnang

Thursday, December 1, 2011

~ Pin kain baju kurung ~

Assalamualaikum,

Ini kisah kain baju kurung. Adalah malas untuk aku menjahit semula pin kat kain baju kurung kalau dah tercabut. Aku sedaya mungkin tekan kuat², kemas² kat zip tue. Oleh kerana lately banyak sungguh kenduri-kendara yang meriah sekali, so aku jenuh la nak memakai baju kurung. Dan apa yang aku dapati, banyak kain-kain aku sudah di baiki pin-nya. Bila aku tengok-tengok "Ahha! Ini mak aku yang jahit la nie". Oh Mak...rasanya anak yang kena jahit untuk mak since aku pun dah besar panjang. But then, mak juga yang tolong jahitkan. Mungkin mak aku tak sampai hati agaknya...kang tak pasal mak aku malu SEBAB...kain aku terlondeh di khalayak ramai. Hiihii..
Zip! zaaass!


Butang baju untuk kurungan pun boleh.

Haaaaaaaaa...pin tercabut maknanya??? Apa yaa?? Apaaaaaaaaaa? Hohoho..maknanya lemak makin menebal la di pinggang ku yang bak kerengga ini. Hooo...azam adalah untuk mengurangkan KG kat part pinggang aku yang tepu sungguh dengan lelemak..alhamdulillah...kalau ada baby, leh bg baby aku tidoq ja atas lemak aku...then aku tak sedaq, dengan baby aku lenyekk.. uihshh..ibu kejam!

Sungguh aku malas. Nak jahit sponge kat bahu kalau tercabut, nak jahit pin kat kain and nak jahit butang kat leher baju. Semua tue mak pasti bereskan. Apa yang aku mampu adalah: menjahit dengan sungguh keadaan merepek kat kaki seluar. Yang nie cik Laila akan terkesima dengan teknik jahitan aku yang sungguh hebacckkk...tak ada jurujahit hebaaacckk menjahit seperti aku untuk part kaki seluar. Hahahaahaa..

Untuk aku yang pemalas, niat untuk amik class menjahit memang ada, cuma belum ketemu si-fuu yang sesuai sahaja. Hihihi..

Photo credit to: hidayahrfid05.blogspot.com, Cloth cat[Flickr]

No comments: