Nuffnang

Sunday, January 1, 2012

~ 2012! Happy New Year ~

Assalamualaikum! Olla.....

New year, new spirit...moh kita mulakan entry pertama untuk pembukaan 2012 ini dengan kenduri perkahwinan...Hoyeay! Permulaan yang bagus nie.

Kemarin ada kenduri ex-officemate kat Kulim Hitech tue. Cantik perantin, majlis pun tenang dan semua muka ceria dan gembira di sampin sahabat-sahabat sekalian..

Pantun untuk perantin:
Matahari terbenam waktu malam
Berlaku ke arah sebelah Barat
Bila ilmu agama mendalam
Pertimbangan hidup mirip ke akhirat

Majlis ini berlangsung di Dewan Serbaguna Komlek Kejiranan Presint 16, Putrajaya (Belakang Alamanda) No Tel: 03 - 88877000 haa...sekali no tepon aku bagi..majlis sungguh tenang, aman dan damai. Aku sukaa...can't imagine w-day aku nanti, sure penuh orang sana sini duk cakap-cakap, semak telinga nak tadah dengar..**Ececece...haruslah berangan nak kawen kan even putera idaman hati belum kujumpai lagi**. Kami sampai agak lewat dari perancangan awal di mana nak bertemu pukul 1, tapi pukul 12.40 kot baru nak gerak dari Setapak then nak mengadap jalan yang penuh sesak dengan kenderaan manusia yang nak pergi kenduri macam kami. Alhamdulillah 1.40pm sampai dengan jenuh mencari parking yang selesa. Haruslah kena cari parking yang mudah untuk aku park keta aku tue. Huiish...Berbekalkan azam yang tinggi, terus menapak ke dewan untuk ketemu perantin yang sungguh ayu...Membawa hadiah yang di import khas dari Bumi Langkawi Island. Jauhhh tuee.. Hihihi...Di doakan Asfahani dan Aizat akan kekal bahagia dunia akhirat. Semoga keberkatan perkahwinan ini akan melahirkan zuriat yang ceria, bijak pandai, soleh dan solehah yang ikut ajaran agama Islam. Aamin..

Gambar sekitar majlis As..
Rainbow cake..sedap!
Pelaminan....cantik!
Mereka sama-sama PI untuk technology yang sama suatu ketika dahulu...
Bersama perantin yang sungguh tenang..seronok dengar As duk cakap utara.. :)
Antara kami yang hadir...
Gegirl yang gelishh i nyahh!

Balik dari kenduri As, kami terjah ke Meru, Klang. Huishh..jenuh juga nak drive sana dalam keadaan aku yang separa sedar untuk drive. Hahaha..Ketemu baby Qisya yang comel dan kemudian beralah pulang ke Setapak. Lepas-lepak sebentar then keluar makan dengan baju kurung lengkap seperti di atas. Then berjalan-jalan di Danau Kota, Setapak hanya membeli asam sahaja...Sedappnya..ada lagi tue..tak habis makan lagi...leh buat bekal dalam bus nanti kot nie. :)

Sekian saja untuk hari ini.. 1Jan2012..diharap permulaan 2012 ini memberi lebih kegembiraan dalam hidup kita semua...insyaALLAH..

Pantun Credit to: HMS Abu Bakar

No comments: