Nuffnang

Thursday, January 19, 2012

~ Hutang perasaan? ~

Assalamualaikum,

Aku tengah mendengar rancangan hayya bil arabiah di IKIM.FM. Mari belajar bahasa Arab, bahasa indah bahasa Al Quran. Huhuhu. Aku nak bilang 1 dari 10 dalam bahasa Arab pun tak lepas kot. Jahil sungguh. Akan tetapi bukan bahasa Arab untuk kita bualkan di sini, saya bukan Hanna dalam rancangan ini yang sungguh lancar bercakap Arab.

Pernahkah anda berhutang perasaan? Terhutang perasaan?
Anda ada perasaankah?

Kadangkala tidak tak perasaan dalam kehidupan seharian kita mungkin ada yang terasa dengan kita, makan dalam bak kata orang. Sungguhpun begitu, jangan la terlalu amik pusing. Kadang-kala ada yang tidak sengaja, cuma mungkin ada certain time ada yang terlalu sensitif. Oh macam pokok semalu yang mana sekali tersentuh pasti akan tertutup seluruh tubuhnya. Hihihi.
Pokok Semalu yang pemalu bila disentuh.

Tidak kurang juga dalam hidup aku, ada ja aku duk makan dalam, tapi tak lama sebab tak kenyang pun..bertambah lapar adalah. Jadinya, eloklah dilupakan dan dimaafkan segalanya. Maafkan aku juga naa andai ada perasaan hampa semua yang aku hutangi. Hahaha..dah macam ayat Indonesia pula gayanya. Gitulah hidup, sentiasa tolong menolong, faham memahami dan bertimbang rasa.

Oh ya, hanya di mumuyani.blogspot.com la tempat aku mengadu-domba-bomba segala perasaan. Alangkah indahnya mumuyani boleh bercakap kembali dengan aku untuk memberi sejuta kekuatan untuk aku harungi hidup mendatang..Aamin...

Sekian dulu untuk malam ini. Yohhh solat Isya' dulu yokk. Satgi terkentut, apapun taboleh! Bolehhh..amik la wudhuk sekali lagi.. :)

Assalamualaikum..esok dah nak Jumaat. Malam nie kena banyak berzikir, buat amalan-amalan sunat untuk besok di hari Jumaat. InsyaALLAH.
Photo credit to: Cahaya Cinta

2 comments:

Anonymous said...

Bila nak upload gambar sendiri nih. Kasik gempak sket.hehe
-wanabee-

Yani said...

wanabee,
aku nie tak pandai amik gambar, duk cilok dari orang lain sahajas. Baru aku sedaq, gambar² yang aku amik tue ntah apa2 saja. buat rugi shutter aku saja. :(