Nuffnang

Sunday, January 22, 2012

~ Jadilah bodyguard hati sendiri ~

Assalamualaikum,

Siapa lagi ingin menjaga hati dan perasaan kita kalau bukan diri kita sendiri. Kenapa? Sebab tak ada orang yang lebih sayang hati merah kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain tak akan benar-benar akan pikir hati dan perasaan kita sedalamnya. Sebab itulah, kita kena jadi pengawal hati sendiri. Free bukan, tak payah untuk bayar installment pun. Bukanlah untuk berlaku pentingkan diri sendiri atau tidak hiraukan perasaan orang lain, tetapi apa-apapun biarlah kita menjaga hati dan perasaan kita sendiri terlebih dahulu. Kemudian barulah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Tak rugi, malah mungkin kita akan lebih gembira. Andaikata mungkin keputusan kita (demi menjaga hati dan perasaan sendiri) adalah salah, jadinya kita memerlukan sahabat, teman yang boleh membetulkan keadaan.


My red heart..

And, and, and tak semua kawan-kawan kita sensitive pada persekitaran. Tapi jangan salahkan mereka sama sekali. Let them know the reason why we feel uneasy with them, else jenuh nak korek di mana salah silapnya. Di sinilah perlunya teman-teman untuk membetulkan keadaan yang sedia keruh. Apa-apapun, susah-senang kawan-kawan juga yang membantu. Aku dah penah rasa kot. Masa aku collapse dulu contohnya…ada yang sedia membantu. Alhamdulillah.

Menjaga hati dan perasaan sendiri mungkin akan membuatkan diri kita berasa lega mungkin juga seronok. Iyalah dah hati gembira, aura gembira tue akan buat semuanya akan gembira dengan kita. Tak lupa juga pesanan mak aku, permudahkan urusan orang, InsyaALLAH ALLAH Taala akan permudahkan urusan kita juga. Cuma hati dan perasaan ini susah nak control kan, ada saja yang akan rasa tak kena.

Untuk aku, cuba sedaya mungkin untuk elokkan hati, jauhi dari ingatan yang buruk dan be nice to others. InsyaALLAH.

No comments: