Nuffnang

Sunday, January 15, 2012

~ Meja makan Mak ~

Assalamualaikum,

Semalam Tokwan aku kena admit, tiba-tiba dapat lelah. Then ayah yang baru balik dari bertugas terus mandi and get ready balik kg tengok keadaan Wan and bawak ke hospital Kangar. Asalnya nak bawak ke PMC, tp keadaan tak berapa teruk jadi semua decide bawak saja ke Hospital Kangar. Semoga Wan cepat sihat, kembali bertenaga dan kembali ceria...insyaALLAH.

Kami yang di Perlis ini, mak aku masak lauk-pauk untuk Wan aku. Then tadi masa lunch ayah aku p hantar ke hospital. Gulai kepala ikan...yummehh! menjilat jari.. habis Wan aku makan, alhamdulillah selera makan ok...Then 1 lebih ayah balik dengan Fuad and kami lunch sesama. Satgi siap nak p hospital tengok Wan. Sure cousins lain dah otw juga. Mereka semua dari Kedah..

Tadi masa makan, full table. Hohoho...Then omak den berkiasan nak beli meja makan 4k. OMG! 4K!!! Awat 4k? Omak den cakap, "Tak apalah, sekali nak beli" Hohoho. Juling ja mata aku..

Sebelum apa-apa...

Daulat Tuanku Sultan Kedah,
Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 15 Januari 2012, bersamaan 21 Safar 1433H

Daulat Tuanku Sultan Kedah, patik hampa yang hina ini doakan Tuanku panjang umur, sihat sejahtera dan Tuanku terus menaung negeri Kedah dan negara Malaysia dengan penuh adil dan saksama. Semoga ALLAH Taala lanjutkan usia Tuanku.

Patik rakyat yang dilahirkan di Kedah, membesar di Perlis dan sekarang bekerja di Kedah.
Pastinya ini bukan pilihan mak...hohoho..

Yang nie? Lagilaaa...rejected!

Mak kita tanam ja la pokok jati, lagi 20 tahun dapatlah menaj kayujati hasil tuaian kita..Nak?? **Abaikan jejaka itew..


Segala usaha mencari telah dimulakan..nantikan meja makan omak den.. Have a nice weekend ya..Besok cuti lagi.

Picture credit to : dinarjp[Flickr], fotokenangan_manto[Flickr]

No comments: