Nuffnang

Saturday, February 18, 2012

~ Dia datang.. ~

Assalamualaikum,

Penat, letih, tak larat, seronok, lawak, sedih, laparrrr,
Aku duduk terdiam mengadap Caramel Macchiato with vegi-sandwich @Starbuck KL Central.
Dia datang dengan membawa sesuatu,
Lantas dia letaknya di atas meja,
Meletakkan kadnya di atas meja,
Aku membacanya,
Dia menyusun sesuatu,
Satu per satu,
Tidak ada satu pun menarik hati aku,
Tanpa membuang masa aku membuka purse aku lantas aku hulurkan not merah kepada dia,
Dan aku membuat isyarat yang aku tidak ingin mengambilnya,
Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu yang lebih comel dan ianya menarik perhatian aku.
I want it! I want it!
Aku mengambilnya, dengan isyarat tangan dari atas hidung ke mulutnya,
Dalam tiga kali dia mengulanginya,
Aku terharu dan menghadiahkan senyuman sebelum dia bergerak pergi.
Ohhh, sungguh kesian dia.
Seorang yang pekak dan bisu.

Aku harap dia gembira malam ini..
Aku ikhlas menghadiahkan yang tak seberapa..

Goodnite,
Yani@KL Central


No comments: