Nuffnang

Wednesday, February 15, 2012

~ Hari Rabu? Terkata-kata.. ~

Assalamualaikum,

Ermm...sememangnya diri kita tak sama dengan orang lain. Tapi kalau yang baik, yang elok tue, moleklah kita ikut juga and jadikan panduan hidup memasing. Tapi kalau yang buruk tue, jangan nak ambil contoh and ikutan pula Buang jauh-jauh dalam diri and binalah sahsiah yang baik lagi disukai orang yang akan deal dengan kita. Untuk menjadi seorang yang di sukai orang lain, hati hendaklah ikhlas dan jangan mengharapkan sebarang balasan atas apa yang kita hulurkan.

Sama juga, ada sesuatu perkara tue ada orang suka, ada orang lain tak suka. Jangan salahkan mereka atau burukkan mereka, mungkin dah nature mereka suka yang seperti itu. So kita jangan lah pula memburukkan mereka di belakang mereka. Tak baik macam tue eventho kita tak suka, terimalah kesukaan mereka itu. Kalau kita tak suka, jangan keep on mentioned it, just accept it. Lama-lama kita akan adapt la dengan kesukaan mereka itu. Tapi kalau kesukaan mereka adalah benda yang tak baik untuk diri mereka dan di halang dalam ISLAM, itu kita kena bagitau and let them understand properly. :)

Sometimes in term of foods, ya. Kita suka makan manis-manis, mereka suka masam-masam, kita suka sambal belacan, mereka suka soup (2soups! 2soups! 2 soupsss!!) janganlah nak kata ermm.."makanan yang mereka makan tue, tak sedap langsung, mereka boleh makan nooo". Haiishh..dah itu yang tekak mereka suka, jangan la kita nak herdik lebih-lebih. Ada juga makanan yang kita makan, mereka tak suka and adakah mereka pun keep on mentioned it everytime? Tak ada kan.. jadi kalau tak suka, cakap sekali saja, orang lain akan faham juga. "O, kamu tak suka, tapi saya suka. Cuba kamu cuba lagi, mana tahu kamu akan suka pula".

Kadangkala, sukar nak memahami orang. Sungguh banyak character diri semua individu sekeliling kita. Kalau tak suka, tolaknya dengan baik agar mereka yang semawa pada kita tidak berkecil hati. InsyaALLAH..

Berbuat baiklah sesama kita, pasti ada hikmahnya..InsyaALLAH..

Happy working dear. Assalamualaikum.

No comments: