Nuffnang

Saturday, March 31, 2012

~ Bulan 3 oh Bulan 3 ~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita semua masih dikasihi-NYA dengan nikmat masih bernyawa dan di harap kita semua tidak leka. InsyaALLAH.

Ouchh!! so many events happen on March.

Disney On Ice (DOI). Being a kiddos for almost 2hrs early of March.

My best friend engagement in Paroi Jaya, Seremban. Oh..haven't blog about her e-day yet. Will be sooonn..

Tok Minah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah sempat lawat dan ziarah Arwah untuk kali terakhir. Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang beriman. Aamin.

My officemate wedding day at Butterworth, Penang. Happy for her, she's older 2yrs than me..I know some story of their wedding and I hope both of them can happily living together, stay strong and produce a lots of kiddos ya. Hihihi.

Girlzzz day outing - Penang Island kami terjah!! Sepetang memusing-musing kereta dan badan di Penang. Having our tea time at Pantai Seagate **i think so.**, makan rojak and pisang goreng before having heavy meal at PakSu Nasi Ketam. Yummy!

Balik Perlis dalam keadaan tergesa-gesa. Hihihi. Adik aku jatuh masa dalam poli. Bukan jatuh moto tap jatuh diri sebab dia pening. Masa dalam kelas pengaturcaraan itu, dia pening and he decided to toilet, masa nak ke toilet dia jatuh 2 kali terhantuk sampaikan dagunya luka and kena jahit 3 jarum. Nasib baik ada senior nampak. Then pensyarah yang mengajar bawak dia ke Hospital Kulim ke was kecemasan. Lepas tue dia sms aku suruh datang hospital. Bersalaman dan terima kasih pada lecturer. Bersurai. Kami pulang ke Perlis sebab mak ayah nak tengok keadaan anak kesayangan mereka. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.

My friend sister's wedding **mcm pelik ja** at the same dewan at Butterworth, Penang. Nirda and Akmal - Congrats from Ateh.

And today already 31March, my maybank acc still zeroooo..Someone pls donate to me a bit. Nak makan pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hihihi. Tapi satgi nak pergi wedding Nirda. Hihihi. Nasib baik minyak kereta ada lagi sikit. Cukup la pergi dan balik. Tol?? Tol?? Tol?? RM7.40 ada tak? kena hadap 6 tol, 3 pergi 3 balik. Rasanya balance TnG ada RM4.40 saja. Gena nie?

Buat teroookkk nooo.. Hihihi..

Sekurang-kurangnya bersyukur la dengan apa yang kita ada. Aku nie saja ja suka buat terokkkk. Bukan tak ada, saja buat terooookk.. Hihihi.

Weekend macam biasa, ini masa dengan kemas rumah sikit, siap-siap breakfast, tengok tv sat, online sat, mandi and get ready nak ke kenduri. Before that nak ke rumah Fizi hantar barang sikit.

Ada pihak, keluarga yang dilanda musibah dari-NYA, apa yang kita buat? Hanya peluk tubuh? Hanya dengar musibah itu saja..moh la kawan-kawan kalau ada singgit dua, baju-baju yang kita sudah tak pakai tapi masih elok, kita sedekahkan pada mereka. Ringan almari baju kita, kita leh beli baju baruuu. hihihihi.

Happy weekenderss allz. Semoga hari-hari kita diberkati-NYA. InsyaALLAH.

Assalamualaikum. :)

Monday, March 26, 2012

~ Nasi Ketam Pak Su - Juru ~

Assalamualaikum,

Kami sungguh suka makan! After a few times postponed, and last Sat we decided to re-visit Pak Su Nasi Ketam. Awalnya kami nak makan di Penang Island saja, but then semua pikir nak makan mana, lastly..tingggg!!!! Pak Su Nasi Ketam. Yuummmehh! Dari tahun lepas kami nak makan reramai di situ tapi tak terlaksana due to some limitations among us. Alhamdulillah dapat juga makan lagi nasi ketam itu. Rasanya juga masih sama.

Menu yang kami selalu order:
1. Nasi Putih
2. Ketam
3. Udang
4. Kerang Bakar
5. Ikan Bakar
6. Sotong Goreng Tepung

Ketam dan udang masak merah/sambal sungguh sedap. Manis-manis isi ketam dalam kuah yang membuatkan asyik teringin ja nak makan situ. Kerang bakar pun sedap, rasanya kerang-kerang dari Pak Su ini bukan keran bela, semua kerang dari laut sendiri. Sotong goreng tepung pun sedap, tapi tak boleh celen sotong goreng tepung kat Kuala Perlis. HiHiHi..

Adik manis - tukang tolong hantar makanan kami. Ambil order air dengan muka yang sungguh manis, suwweett!

Udang untuk dua orang makan.

Ketam untuk 3 orang makan

Gerai satay. Kak Long-Kak Long ini bannyak akai, kami suruh Pakcik Bakar Satay ini bakar sekali lagi satay sebab kami beranggapan satay tue kurang masak. Pakcik Bakar Satay sungguh baik hati, ambil pinggan kami dengan senyuman and after 10mins later dia hantar pinggan kami semula. :)

Tengok orang sungguh ramai, tatkala ini pukul 8.20pm. Jalan-jalan cari makan ada 2 host, ini host kami Cik Hanis and Cik Marhanis.

Selepas habis makan, apa pun tabboleh! Sayangnya nasi kami makan tak habis sebab nasi banyak and kami banyak meratah isi-isi ketam, satay, ikan and udang saja.

Masa ini pukul 9.20pm rasanya. Dah habis semua barang mentah.

Maafya, sudah habis. Sebab itu kami selalu call order dulu sebelum kami ke situ. Then tukang masak akan asingkan bahan mentah untuk kami. HiHiHi.. Kang sia-sia, niat nak pergi makan nasi Ketam Pak Su tapi ketam sudah habis. Kan sia-sia jadinya..tapi tak apalah, makan ja kedai lain. So far, kedai Pak Su nie yang sedap.

Rasanya bulan 3 bukan musim ketam, sebab ketam yang kami tengok rata-rata tak besar, and as per my housemate ketam yang kami makan malam itu adalah ketam Nipah. Comel-comel ketammnya, tapi still kuahnya masih sama. Ada lebih, kami tapau bawak balik rumah makan malam tadi and masih sedapp!!

Kenyang perut, bayar bill, ambil ketam yang di bungkus, ambil gambar depan kedai Pak Su, cross jalan, menuju ke kereta, gerak ke Permatang Pauh, pulang ke Kulim nan permai.. zzz...Zzzz..

Assalamualaikum..

Photo credit to: nuariza76[Flickr]

Thursday, March 22, 2012

~ KISAH SEKEPING HATI ~

Assalamualaikum,

Hati wanita sungguh lembut.......

KISAH SEKEPING HATI

Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.


Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.


Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.


Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.


“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.


Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.


Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.


TERTANYA-TANYA


"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.


Sementara itu, pemuda tampan tertawa.


"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.


"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.


Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.


"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.


Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.


"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.


Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.


Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.


Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.


Yakinlah :


ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.


Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.


Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Assalamualaikum..


Photo credit to: James Jordan [Flickr]

Wednesday, March 21, 2012

~ Banding² ~

Assalamualaikum.. :)

Masa awak semua kecil-kecil dulu ada suka banding-banding tak?

‘Mak kenapa orang tue mak dia belikan dia kertas bunga-bunga tapi saya tak ada?’

‘Mak kenapa orang tue ada seluar jeans mahal, tapi saya ada jeans harga 20 ringgit saja?’

‘Mak kenapa orang tue ada kereta besar, tapi kita kereta kecil saja?’

‘Mak kenapa orang tue selalu bawak bekal yang sedap-sedap, tapi saya hanya nasi lemak 5 kupang saja?’

Oh!! Apa agaknya mak kita nak menjawab dengan soalan macam nie ya? Sememangnya semua ibu bapa nak membesarkan anak-anak dengan sebaiknya, semampu mereka. Cuma kenapa anak-anak sekarang tidak faham akan bukan mudah nak dapatkan sesuatu. Lagi-lagi kita bukan golongan kaya raya yang punyai tanah 100 ekar di Pahang, lading getah di Perak 500 ekar, tanah bendang di Kedah dan Perlis seluar 405 relung. Kita hanya ibu bapa biasa yang hanya makan gaji, end of the month dapat la sehabuan gaji untuk menyara seisi keluarga.

Ibu bapa bekerja bersungguh untuk keluarga, tak penah mintak balasan, tapi sebagai anak-anak jangan pula nak meminta lebih. Sebagai ibu bapa kena ingatkan anak-anak agar tidak terlalu mintak sesuatu yang tidak mampu di penuhi kehendak mereka itu. Kalau inginkan sesuatu yang tinggi harganya, ajar mereka membuat sesuatu kemudian baru beri sebagai hadiah atau tanda penghargaan atas apa yang mereka lakukan. Mungkin dari situ mereka akan sedar, ouch! Susahnya nak dapat benda nie, kena buat something baru leh dapat benda nie.

Alhamdulillah. Sepanjang pembesaran aku dan adik-adik masa kecil dulu. Tak adalah nak meminta jeans yang berharga rm200, tapi Alhamdulillah tiap kali raya ada lah merasa baju mahal-mahal. Oh mahal-mahal dalam keluarga kami bawah dalam range rm0-rm100. Tak ada nak membeli mahal dari tue semua. Mak cakap sekali setahun, biar la pakai mahal sikit.

Anak-anak sekarang aku tengok hidup bermewahan sungguh, tapi tak semua juga yang hidup mewah. Kalau dari kecil terbiasa dengan makanan sedap-sedap, pakaian mahal-mahal apatah lagi branded(bukankan pakaian mahal, branded tue punyai kualiti yang bagus, tahan lama – jimat tue tak payah beli 2,3 kali), tak boleh nak panas-panas di majlis kawen orang yang kurang kipas angin dan sebagainya. Betul, ibu bapa sekarang nak berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka since mungkin dulu mereka susah untuk dapatkan semua tue, jadi untuk anak-anak mereka, mereka ingin pastikan anak-anak mereka tidak terlepas merasai semua yang mereka tidak dapat dahulu. BOLEH! Tapi haruslah kena caranya. Ishh..aku tak ada anak, suka-suki ja nak cakap kan. Ini dari pandangan aku la.

Rasanya ajar anak-anak dengan penuh sederhana adalah cara yang terbaik dalam mendidik mereka, tapi kalau kau mampu pls go ahead. Sure ada yang cakap, “kau tak ada anak lagi, pandai la cakap!”. Betul. Tapi insyaALLAH aku dah ada method macam mana nak besarkan anak-anak. InsyaALLAH semoga ada rezeki aku.

Ibu ayah sayangkan kita semua..jaga diri semua..

Assalamualaikum..

Photo credit to:puzzler4879[Flickr]

Tuesday, March 20, 2012

~ Mak Silah oh Mak Silah ~

Assalamualaikum..

Jepun, Korea, Putrajaya, Danial, Puteri, Planet..ini adalah antara nama orang dan dua ekor kucing kesayangan beliau. Tiap nama yang diberikan ada sebab-musababnya. Jepun, Korea, Planet and Puteri adalah nama orang yakni nama anak-anak buah beliau. Danial and Putrajaya adalah nama kucing-kucing beliau. Hahahaaa...Mak Silah adalah ibu kepada Farhana dan ibu saudara kepada Zati Hanani, adik kepada Makcik Saleha dan Pak Kamal. For almost 36hours spend time with her, sometimes will be like in playgroud, sometimes will be like in exam's hall, sometimes will be like in a room that fully with so many unwanted gases. Hahahaa..

Ammar, me, Mak Silah and Mia

Jepun - adalah panggilan untuk adik Malina. Rasanya sebab muka adik macam orang Jepun.

Korea - adalah nama untuk Fatin. Maybe sebab suka tengok drama Korea. Mak Silah panggil Korean ada nada music tau..Korreeaaa...

Planet - adalah nama untuk one of our friend sebab lambat hantar barang, jauh macam planet agaknya.

Puteri - adalah nama anak Pak Kamal.

Danial - adalah nama kucing beliau sebab kucing itu adalah degil macam Danial yang nakal. Danial anak Pak Kamal. Budak-budak menang nakal, but he is sweet boy for me. :)

Putrajaya - adalah nama kucing yang mana ingin beliau berikan kepada adik Malina since adik staying in Putrajaya. Due to some problems adik don't want to take that cats, thus Mak Silah name it as Putrajaya sempena adik stay situ. FYI, adik Malina taking care more than 9cats at this moment. Huhuhu.

Mak Silah memang lawak, tak kering gusi aku duk bergelak kalau dia ada. Ada saja dia nak sakat, kacau orang even dia dengan kucing pun cukuplah buat aku gelakkk. Wakakaakaa..Sememangnya beliah adalah lawak la, and anak buah dia sorang tue pun lawak juga. Can't stop laughing when I met her. Ada saja benda lawak, lucu akan terjadi.

Kisah dia mencari calon suami pun lucu. Siapa buat batas untuk tanam semaian paling cantik, dia akan pilih menjadi suaminya. Hihihhi. Finally Pak Said telah berjaya mencuri hatinya dengan line yang sungguh lurus dan kemas. Wakakakaa..lawak tidak terhingga.. Even Mak Silah suka sakat Pak Said, mereka sungguh bahagia. :)

Apapun, nasihat Mak Silah kemarin (Ahad 8.30am rasanya) akan aku ingat and akan aku betulkan and amalkan. Thanks for her concerns on me..alhamdulillah.. Hope to see you again this coming Aug-12 ya.InsyaALLAH.

Semoga ALLAH Taala kurniakan kesihatan yang tinggi untuk Mak Silah. Untuk Mak aku, Makcik Saleha, semua makcik-makcik yang aku sayangi. Amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, March 14, 2012

~ MARAH! ~

Assalamualaikum,
Marah? Sabar itu separuh dari iman. Kenapa harus cakap dengan kasar sedangkan orang yang bertanya bukanlah datang untuk dimarahi. Work is work, bukan sampai mati pun nak bawak kerja tue. Tapi hubungan sesame manusia yang perlu di jaga. Itu yang akan di kenang orang lain. Bukan hanya pangkat dan jawatan yang kita ada.

Angry bird?

Aku pun tak faham, kenapa harus marah? Ego? Aku ingatkan diri aku sendiri juga. Sebab kadang-kadang aku juga jadi pemarah and tak lepas tue aku ABC. Itu semua syndrome nak ABC rupanya. Tapi itulah kawan-kawan, selagi kita boleh cakap dengan molek, surely people will respect us. Kita pun tak suka orang marah kita, apatah lagi perasaan orang yang kita marah. Kan lagi bagus berbincang dengan baik, masalah selesai dan hubungan pun baik. Dua-dua seronok kan :)

Aku tau, orang marah ada sebabnya tapi tak salah kalau bercakap dengan nada yang
Aku sungguh admire the way Kak Aziyah talked to her kids, husband. Sungguh lembut dan penyayang lagi. And aku dengan Kak Sobah penah cakap ja depan-depan Kak Aziyah yang cara dia cakap tue lembut, sedap ja dengar. Hihihi. Kak Aziyah seperti biasa akan bagi senyuman manis dia itu..sweet tauu dia nie..

Aku kalau rasa nak marah:

1. Senyum saja dekat orang itu **even cakap dalam phone**
2. Kutuk-kutuk dalam hati aku **ini tidak bagus, tp ini ja leh kurangkan rasa amarah itu**
3. Lepas itu baru aku istifar dalam hati. **patutnya istifar dulu, then tak adalah nak kutuk**
4. Ke toilet. **to pee maybe, at least cuci muka**

Taknak la ada orang jauh hati dengan aku. Semoga kita semua dekat saja di hati keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang jugak sesiapa sahajaa...

Happy working..Assalamualaikum..

Photo credit to : GOFORUS

Tuesday, March 13, 2012

~ Petrol May Damage Your Eyes ~


Assalamualaikum,

Some reminder to share with you. Be careful when pumping petrol. Always hold on to the nozzle during filling.

PETROL SPLASHED ON EYES MAY CAUSE BURN & BLINDNESS

Reminder - to hold the petrol pump nozzle at all times; don't be lazy...!!!

Always hold the pump nozzle when you are filling your vehicle petrol tank.

A recent incident of a guy who was badly injured in his eyes when it was splashed with petrol. He was filling petrol into his vehicle at a petrol station. As usual, he set the pump nozzle and put it into his vehicle petrol tank and stood by the vehicle. Suddenly, the pump nozzle flew out of the vehicle petrol tank and spewed petrol at high speed onto the guy.

The petrol got into his eyes and he felt the pain and not able to see. His companion quickly brought him to the toilet to wash his eyes. After that the guy was sent to the hospital.

According to the petrol station staff it was not the first time that the pump nozzle came off the vehicle petrol tank when it was left alone during the filling of petrol. But this was the worst incident. The top layer of the guy’s right eye was damaged and the area around his eye was burnt. His eyes had to be bandaged for 10 days. And later he became blind.

Apparently this pump nozzle was lighter than the normal one and the speed of the petrol created a backward thrust that pushed the pump nozzle out of the vehicle petrol tank when it was left alone.


It is advisable to hold the pump nozzle when you are filling your vehicle petrol tank. Share this information with your friends, family & relatives ......

Careful ya friends..Enjoy your day..

Assalamualaikum.. :)

Photo credit to : mikecogh

Monday, March 12, 2012

~ 4 BIG MONSTERS for DOI ~

Assalamualaikum and happy Monday blueesss..

What!! Monsters at PISA? They're not only one but FOOOUUUURRR! Omooooooooooo...We are ready to be a little kids like 25yrs ago. :) Hehehe. After all the hardest things (to buy the tickets), finally we get our own seat! No one can take it ya. Really enjoy the show but them some 1,2 character I can't recognize them much, Hahaha. Nampak sangat tak tengok masa kecil-kecil dulu. :)

We pick 1st show on 1st day. So the expectation onlu 80-20. 20% for any funny funny things will happen since this is 1st show of the event. Alhamdulillah every thing was great! good! besttttt! The show was started at 8.30pm and finish around 10.30pm.

Those character having their tea party, while we as crowd really screaming like hell. Haha. No really. Only those kiddos keep on screaming while watching the show. It's make the show reaalllly happening on that night. Watching Mickey and Minnie Mouse, Donald Duck and Daisy and all Disney Princess and Prince Charming (Cinderella, Snow White, Mulan, Jasmine and many mooore).

Here is some picctuaarrrr:

While waiting show started.























Here is the 4 monster. Sorry Cik Mas, Puan Zai and En Zam sebab I cakap you all as monsters..me too giant monsterrrr! Naaa haii..hentam giant monster pula. :)


Let's make happy together after 2 months you guys being in terrible moment in your life. InsyaALLAH ada hikmah dari-NYA.

Weii gemsss nya aku.. Nampak macam perut kembung dengan air saja. Gosh!

This was my 2nd time of live event (after MLTR), and it was honestly an unforgettable experience! Yay!!! It doesn't matter how old you are now and it's never too late to watch those kiddos show. Btw, until now I'm still watching Sinchan, Doremon, Tom and Jerry, Disney cartoon and Thomas and Friends.

Patiently waiting for Lion King Musical show in Malaysia since I missed to watch it last year in Singapore :( .

Pls take note ya. The marvelous picture is from my housemate's camera while the not-so-good-quality picture is from mine camera.

Assalamualaikum semua..
H-A-N-D