Nuffnang

Saturday, March 10, 2012

~ Apa itu jenayah Kolar Putih? ~

Assalamualaikum dan selamat malam,

Malam ini tengok Majalah3. Kisahnya selepas gelombang Tsunami 10March-2011 pukul 2.45pm waktu Malaysia. Selama sejam, syahdu rasanya apabila melihat rupnya tidak semua recover lagi. Ada a few places yang masih tidak dibersihkan lagi dan masih ada takungan air masin lagi. Alhamdulillah nampaknya usaha untuk membaik pulih sedang giat dijalankan. Teringin juga nak pergi ke Japan nak tengok kesan Tsunami Mar-2011.

Oh ya, dalam Majalah3 tadi ada mentioned about Kolar Putih, lantas aku terus google pasal Kolar Putih. Here is some onfo that i cilok from this website.

"Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.


Langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini.

Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional secara halus tanpa kekerasan. Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah. Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.

1. Penguatkuasaan Undang-Undang
• Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini.
• Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama.
• Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan)
• Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan.
• Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut.
• Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.
• Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya.
(Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi)

2. Didikan Agama
• Agama akan mengajar kita berkelakuan baik.
• Agama membantu kita mengawal nafsu.
• Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan.
• Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan.
• Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti.
• Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita.
• Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.)

3. Kawalan Prosedur Kerja
• Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa.
• Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)
• Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu kelulusan.
• Ketelusan kelulusan juga harus ada.
• Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari.
• Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar.
• Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya.
• Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya

4.Kakitangan Yang Menjalankan Siasatan dan Dakwaan Jenayah Kolar Putih Juga Perlu Ditambah.
• Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional.
• Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional.
• Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong
• Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan dan undang-undang perdagangan.
• Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan.
• Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting.
• Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil.

5.Kempen Kesedaran
• Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.
• Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting.
• Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini.
• Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa.
• Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya.
• Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini.

Punca-punca:
1 Kelonggaran undang-undang.
2. Kekurangan keimanan
3. Kelonggaran prosedur kerja.
4. Penghasut dan penyogok.
5. Budaya tradisi kaum tertentu
6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan.

Contoh kes :
curi wang ATM
lesap wang bank
pegawai imigresen minta layanan seks
polis menerima rasuah
beri kontrak kepada syarikat sendiri"

Semoga kita beroleh sesuatu dari info diatas. :)

Happy weekenderss all..Assalamualaikum and take care all..

Psssttt: Tomorrow one of my best friend wedding at Dewan Sivic, Arau Perlis. Can't wait to gossiping with my primary classmates at SKSE. :)

Info credit to: Portal Polis Kontinjen Perak

No comments: