Nuffnang

Wednesday, March 21, 2012

~ Banding² ~

Assalamualaikum.. :)

Masa awak semua kecil-kecil dulu ada suka banding-banding tak?

‘Mak kenapa orang tue mak dia belikan dia kertas bunga-bunga tapi saya tak ada?’

‘Mak kenapa orang tue ada seluar jeans mahal, tapi saya ada jeans harga 20 ringgit saja?’

‘Mak kenapa orang tue ada kereta besar, tapi kita kereta kecil saja?’

‘Mak kenapa orang tue selalu bawak bekal yang sedap-sedap, tapi saya hanya nasi lemak 5 kupang saja?’

Oh!! Apa agaknya mak kita nak menjawab dengan soalan macam nie ya? Sememangnya semua ibu bapa nak membesarkan anak-anak dengan sebaiknya, semampu mereka. Cuma kenapa anak-anak sekarang tidak faham akan bukan mudah nak dapatkan sesuatu. Lagi-lagi kita bukan golongan kaya raya yang punyai tanah 100 ekar di Pahang, lading getah di Perak 500 ekar, tanah bendang di Kedah dan Perlis seluar 405 relung. Kita hanya ibu bapa biasa yang hanya makan gaji, end of the month dapat la sehabuan gaji untuk menyara seisi keluarga.

Ibu bapa bekerja bersungguh untuk keluarga, tak penah mintak balasan, tapi sebagai anak-anak jangan pula nak meminta lebih. Sebagai ibu bapa kena ingatkan anak-anak agar tidak terlalu mintak sesuatu yang tidak mampu di penuhi kehendak mereka itu. Kalau inginkan sesuatu yang tinggi harganya, ajar mereka membuat sesuatu kemudian baru beri sebagai hadiah atau tanda penghargaan atas apa yang mereka lakukan. Mungkin dari situ mereka akan sedar, ouch! Susahnya nak dapat benda nie, kena buat something baru leh dapat benda nie.

Alhamdulillah. Sepanjang pembesaran aku dan adik-adik masa kecil dulu. Tak adalah nak meminta jeans yang berharga rm200, tapi Alhamdulillah tiap kali raya ada lah merasa baju mahal-mahal. Oh mahal-mahal dalam keluarga kami bawah dalam range rm0-rm100. Tak ada nak membeli mahal dari tue semua. Mak cakap sekali setahun, biar la pakai mahal sikit.

Anak-anak sekarang aku tengok hidup bermewahan sungguh, tapi tak semua juga yang hidup mewah. Kalau dari kecil terbiasa dengan makanan sedap-sedap, pakaian mahal-mahal apatah lagi branded(bukankan pakaian mahal, branded tue punyai kualiti yang bagus, tahan lama – jimat tue tak payah beli 2,3 kali), tak boleh nak panas-panas di majlis kawen orang yang kurang kipas angin dan sebagainya. Betul, ibu bapa sekarang nak berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka since mungkin dulu mereka susah untuk dapatkan semua tue, jadi untuk anak-anak mereka, mereka ingin pastikan anak-anak mereka tidak terlepas merasai semua yang mereka tidak dapat dahulu. BOLEH! Tapi haruslah kena caranya. Ishh..aku tak ada anak, suka-suki ja nak cakap kan. Ini dari pandangan aku la.

Rasanya ajar anak-anak dengan penuh sederhana adalah cara yang terbaik dalam mendidik mereka, tapi kalau kau mampu pls go ahead. Sure ada yang cakap, “kau tak ada anak lagi, pandai la cakap!”. Betul. Tapi insyaALLAH aku dah ada method macam mana nak besarkan anak-anak. InsyaALLAH semoga ada rezeki aku.

Ibu ayah sayangkan kita semua..jaga diri semua..

Assalamualaikum..

Photo credit to:puzzler4879[Flickr]

No comments: