Nuffnang

Wednesday, March 7, 2012

~ Semua ada peranannya ~

Assalamualaikum,

Ermm..rasa geram juga bila kadangkala orang tak nampak apa yang kita buat. Orang pikir dia saja yang berjuang habis-habisan. Tidaaaaaaaaak. Semua orang antara kita ada role memasing. Jangan nak pikir hanya kita saja yang berjuang untuk semua kejayaan, output yang terhasil. Kadang-kadang aku geram dengan orang macam ini. Ohh purleaseee laaa. Jangan pikir diri sendiri saja. Pikir orang lain juga. Even kecil saja jasa orang tue, tapi itulah outputnya. Jangan duk ingat kita saja yang hebat, bergaya, mutu keunggulan.

Terlebih dahulu, aku juga ingatkan diri aku sendiri juga. Jangan riak takbur. Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan asyik cakap aku buat ini, hang buat itu. Tapi aku lebih bagus. Naaaa..tak baik macam itu. Tiap kita ada role memasingggggg. Haiishh..Penat aiih.

Iya, aku boleh dengar orang duk cakap macam tue, tapi aku tak leh terima. So masuklah dari telinga kanan and selamatlah keluar dari telinga kiri. Tapi itulah, hati ini duk geram saja. Sabar, sabar..

So kawan-kawan, jangan nak kecilkan seseorang itu dengan menganggap kita lebih berkuasa dari segala-galanya. Kerana semua tue ada rezeki, nikmat dari-NYA juga. Iya..semua orang antara kita pasti bersyukur atas apa yang kita dapat, tapi jagalah kata-kata kita juga. Sebab tue la kadang-kala berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap yang akan membuatkan orang lain tak suka. Jadi cakaplah benda yang baik-baik.

Aku juga ada saja duk cakap yang mungkin tak dapat di terima oleh lain, so lepas nie kena beringat sebelum bercakap la. Kelak ada yang tak suka and peoples surrounding me lagi suka aku diam dari bercakap. Itu lagi sedih jadinya bukan..

Apapun, permudahkan urusan orang lain, insyaALLAH ALLAH Taala akan permudahkan urusan kita. Kadang-kadang ada orang hanya pikir diri dia saja, asalkan diri dia lepas, orang di belakang lantaklah hang lepas or tak. Pepandai lah hang. Tak bagus macam tue. Dah alang-alang bersama se'ia-sekata, biarlah sama-sama lepas. Inilah manusia. At least learn something from here. I thought everyone same with me, tapi tak sama. This is life..Aku ingat nasihat Kak Sobah kat aku last 2weeks. InsyaALLAH aku akan ingat kata-kata dia tue.

Sentiasa berlapang dada, maafkan orang yang pernah buat salah dengan kita. Jaga adab kita. Biarlah orang buat buruk pada kita, tapi kita jangan balas buruk itu kepada mereka atau orang lain. Biarlahh..biarlah..

Teruskan pandang kehadapan dan berusaha menjadi lebih baik untuk agama nusa dan bangsa..

Doakan juga semua antara kita akan berbaik-baik hendaknya. Aamin..

Enjoice ur day kawan-kawan. Assalamualaikum. :)

No comments: