Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

~ Aku yang tak COOL ~

Assalamualaikum...

Tika ini aku rasa sangat gelisah sebab aku dah berjanji dengan team yang aku akan membawa Merlin end of april. Until now mulut aku zippp tak habaq lagi kat mak aku. Gena nie? aku takuttt...sedey, risau, takut semuanya ada. Mengalahkan perasaan bakal pengantin..ewaah...Tue la masalahnya. Aku risau once aku mintak, mak aku tak izinkan. Restu bonda adalah no.1. Tapi gena?? Tolong-tolong. Tiap kali usai solat, aku berdoa pasal Merlin juga. Semua orang dah mula bertanya dan makin rancak nampak gayanya. Aku pun tak kurang rasa teringin nak drive Merlin. Penat menumpang orang, segan semuanya ada. Ermmm.. Last week kan aku ke kenduri Murni. While waiting for the bus, ada pakcik taxi tanya aku keja mana? Then dia tanya aku, ada keta ka? AKu cakap la ada. P keja dengan apa? Aku cakap p dengan moto. Then pakcik tue tanya pasai apa, aku lantas menjawab, aku tak cekap bawak keta lagi, keta ada kat kampung. Then pakcik tue pun advice aku bawak keta. Laa nie macam-macam katanya. Kalau patah tangan, patah sana sini, payah. Tatkala tue aku terus rasa kecut perut. Iya lah bukan doa pakcik tue, tapi kecelakaan ada di mana-mana saja. Ntahlass! AKu kekadang give up nak amik Merlin tue, aku rasa macam biaq la aku selamanya gini tapi perasaan aku nak berkereta macam orang lain tue ada. Kenapa nasib aku macam nie? Aku tatau kenapa aku jadi macam nie... Sedei wooo...

Usia-usia macam nie aku perlu menghabiskan masa dengan membuat sesuatu yang aku suka. Ya! Suka aku nak cakap di sini, banyak perkara yang aku suka terbantut dengan keadaan aku yang hanya bermotosikal Honda kesayangan itew. Tapi apakan daya, aku pasrah awai-awai lagi. Aku redha. AKu biarkan diri aku susah begitu. Hanya aku yang rasa. AKu naik bus kesana kesini, naik cab untuk balik ke rumah sewa. Kalau aku kira-kira semua tue, lagi mahai tambang bagai. Mungkin kalau berkereta tak semahal tambang bagai. Mak pernah bilang, "Tak apa mahai, janji orang hantar sampai depan rumah". Dari situ aku dah nampak, makin susah aku nak dapatkan kereta. Serius, aku cakap. Kalau aku ada duit banyak, aku nak beli kereta lain. Aku akan lupakan Merlin. Aku akan cari kereta lain biarlah second hand pun. AKu sanggup. Ya! Selama ini aku hanya meluahkan pada mereka yang aku paling percaya saja. The only one. I think you know once you read this. Tapi kini aku dah tak tertanggung. Tak semua aku reveal di sini. Adalah tidak sopan dan kurang ajar aku suka-suki bercakap yang hanya untuk kesenangan hati aku, walhal kisah hidup aku tetap sana. Still naik moto.

Kadang-kadang aku rasa diri aku tak dihargai pun ada. Semua orang nampak aku ok. Iya. AKu pandai naik moto, dan jaraknya tak jauh. Aku mampu bawak moto! Hanya ALLAH Taala yang tahu bila aku bawak moto, tup-tup ada orang mai tolak moto aku ketepi, aku jatuh. Nauzubillah. Aku sering membayangkan begitu. Dan nak masuk tahun ke3 aku bawak moto kat Kulim nie. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tangan aku sebelah kanan dah gelap dari kebiasaannya. Tangan kiri leh juga aku sembunyi2 tapi tangan kanan nak press minyak lagi. Kalau hari petang nak hujan, YA ALLAH! aku tebalkan muka nak tumpang orang. Aku tau semua ikhlas nak tumpangkan aku, hanya aku yang rasa segan. Tapi sampai bila aku nak tumpang orang. Time keja banyak, aku berharap aku dapat stay-back tapi bila pikiaqkan jam dah menjengah ke 7pm, aku terus shutdown pc dan terus kemas barang nak balik rumah. BILA hari malam, sure mak aku akan call tanya pasal aku. Thanks mum! I know you do concerns a lot for me. Tapi kenapa mak tak nak bagi lagi? Mungkin mak ada sebabnya. Tak apa. Mak pikir-pikir la dulu ya.

Kenkadang aku berpikir, kalau aku bawak Merlin sama saja. Merlina still dengan aku. Even Merlina bukan atas nama aku, tapi awal-awal lagi aku dah request kat ayah aku, aku nak Merlina. Ayah izinkan. Thanks ayah! Tak kurang kalau aku balik kampung, semua orang macam seronok nak memainkan perasaan aku. "Ada kereta, tapi naik moto" . "Kereta buat show room". Kalau boleh la tue juga aku nak amik Merlin, tapi apa aku leh buat? Nak menculik kereta sendiri? Owhhh wooo woo! Tak pasal aku masuk jail. Ya mungkin kalau fight kat mahkamah, aku akan menang sebab Merlin adalah dibawah nama aku. Ehhh..ehh..apa aku melalut sampai ke court nie. Aku akui, aku drive tak sehebat hangpa semua. Aku tak diberi kepercayaan selama ini untuk drive keta ayah aku. Ya. AKu pun takut nak bawak. Sebab kalau jadi apa-apa, mana aku nak cekau duit nak bayaq masa tue. Ntahlah kekawan. AKu pun tatau.

Masa aku typing nie, air mata aku mencurahcurah, air hidung pun kuaq tapi macam ini la selalu menangisi hidup aku tak ntahla. Kenkadang aku pikiaq, aku yang cari susah sendiri. Kalau boleh di pusing kembali, aku takkan beli Merlin lagi. Bukan masa yang sesuai. Dan apa yang aku nampak, adalah bukan untuk kesenangan aku tapi untuk kesenangan orang lain yang mereka lebeh sayang....

Ohh...abaikan entry ini. Hanya luahan perasaan aku yang takut sekiranya request aku di reject macam document kena reject dalam teamcenter! Aku bukan nak cakap sesiapa baik, sesiapa buruk, sesiapa disayangi, sesiapa tidak disayangi. Tapi aku rasa aku ada hak pada kereta itu. Tak apa lah kalau sesiapa yang faham aku. Biarlah aku yang faham sendiri. Sebenarnya aku tak suka entry aku bercakap macam ini seolahkan aku tidak disayangi. Tidak. Aku disayangi tapi mungkin ada sebab lain. Aku redha.

Ohh...hati tabahkanlah atas kesusahan yang aku alami ini. Mungkin bukan rezeki aku lagi.

Aku baru rasa susah macam nie pun dah sakan mengeluh, menangis bagai nak rak..orang lain yang langsung tak pernah bekereta elok saja naik bus, cab kesana kesini tak bising pun. Inilah aku yang sangat terbiasa dengan kesenangan. Tapi di sini aku susah sendirian. Banyak orang aku terhutang budi di sini. Mereka-meraka yang ikhlas lagi jujur sudi membawak aku menumpang kereta mereka. Trimasss.. Budi baik hangpa semua takkan aku lupakan. Tika aku susah, tika aku cuba elak dari kebasahan. Trimasssss!! Moga ALLAH Taala permudahkan urusan hangpa semua. InsyaALLAH.

Aku agak cool. Tak tahu macam mana aku nak cakap kat mak ayah aku. Doakan aku kuat semangat ya!

Assalamualaikum....

No comments: