Nuffnang

Tuesday, May 22, 2012

~ Day 4 in Melbourne ~

Assalamualaikum,

Hari keempat kami memulakan aktiviti memborong barangan idaman memasing. Hari terjah shopping complex and shopping until you drop! Memang drop sampai tinggal tak sampai 70AUD saja until tomorrow. Kami memang jalan sakan sampai IKEA tutup pukul 9 kami masih menapak di IKEA. Dari tak nak membeli apa-apa di IKEA, beli juga small bag kat IKEA. Murah 2.99AUD saja. Aku beli 2, one for me the other one for my housemate. :)

1st kami terjah DFO kat Moorabbin and tak jauh dengan tempat young pilot belajar memandu di situ. Semasa kat situ ada la a fews student pun kat situ, makan-makan, maybe got some shopping juga kat situ. Apa ada kat DFO Moorabbin?? Omoooooo...ada hundreds of shop with up to 70% discount. Kat sini la aku membeli Corelle barang 2 set, Pyrex for mum a few sets..ahaa..that's all!!! Siap tuan tanah kedai tue bg discount sebab dah kenal Maksu yang selalu datang shopping kat situ. Dari nak beli 1 terus beli 3. Wahahaa.. Kat situ juga kami terjah Calvin Klein shop, Quiksilver, Royal Doulton, Adidas, Kate Hill and a fews kedai bags and luggage kami masuk. Ada 1 handbag yang aku berkenan kat Kate Hill, tapi dah habis and the last one pun ada orang dah booking. Rugii-rugii..... :(

Around 2.30pm kami gerak pulang ke Clayton sebab maksu nak kena ambil Danial and Sarah dari sekolah. So kami pun decide balik makan-makan dulu, solat then nak ke Chadstone. Chadstone nie macam Gurney Plaza la kalau kat Penang. Macam-macam ada even kedai Swarovski. Kat situ nak membeli alat make-up..opss bukan aku punya, housemate aku punya then kami ke Chemist sebab konon-konon nak survey harga perfume murah. Tapi murah juga la situ and kami tak membeli pun sebab dah tahu nak membeli malam nanti dengan maksu. :) Kami kat Chadstone pun dah sampai ke Maghrib dan lantas pulang ke rumah. Lepas solat dan keadaan bilik adalah macam kapal pecahhh, penuh barang-barang kami. Sampaikan Danial cakap semua tue 'rubbish' ahahaha..Malam tue kami terjah ke IKEA dulu then ke Chemist yang bersebelahan dengan Coles. Kat IKEA just round saja and rasanya besar dari IKEA kat KL nun. Then IKEA dah nak tutup and we are among their last customer on that day. Pulunnn nooo kami..Then terus lajuu ke Chemist. Membeli perfumessss...Banyak beli kat sini and murah! Sebelum tue kami ke Coles beli chocolates. Froggy cholocate yang sungguh sedap..adakah sebab kelaparan sebab tue sedap? Tapi masa kekenyangan makan Froggy pun memang sedappp..Ternyata sedapp. :)

Balik rumah maksu and semua get ready nak kemas barang memasing. Sambil-sambil timbang juga sebab risau overload nanti. Ada masa kat sana ada 2 malam kami akan bukan website AA and add luggage. Ahaha...sungguh banyak membeli jadinya..Esok pagi awal-awal kami kena tinggalkan bumi Clayton and malam tue aku dah siapkan diri untuk terima keadaan yang kami dah kena balik ke Malaysia.

Day-5 - leaving...
Sayuuuu....lepas lapik perut and paksu ring the bells. Have to go now..Salam, mintak maaf, mintak halal dari maksu dan keluarga...kami banyak menyusahkan maksu dan keluarga..Semoga ALLAH Taala mudahkan urusan mereka di mana saja mereka berada. Aamin..

Kami sampai airport dan check-in bags semua. Ada kisah juga kat airport. Luggage Izyani tak cukup. Sebenarnya kami aspect that bag akan bawak naik cabin, sekali AA staff kat situ memang very straight. So bag tue kena masuk cargo. Sayang seribu kalu sayang..sayang segalanya...Tak apalah, bukan rezeki Izyani..Lepas cop passport semua, Masturah laju pergi mencari Tierack, aku menyusul lepas tue. Alhamdulillah jumpa! Buy one and get 50% off for 2nd items. Kami membeli la kat situ..Then laju-laju ke waiting area. Ada hari hujan flight kami slightly delay. Dalam 40mins juga la duk dalam flight sebab flight take turn for take off. Ketaqqq juga masa tue. Berdoa saja. Dalam flight ada kenal dengan Aussie man nie, sampai ke sudah tak tanya nama. :) yaaaay..

Kami sampai LCCT around 5.45pm and sesi amik luggage memasing lagi. Perjalanan pulang dari Melbourne ke KL dalam 7hrs. Aku tertinggal purse dalam flight! Gilaaaaaa..ada stewardess datang pulangkan kat aku. Alhamdulillah..kalau tak mau meroyan aku..Kami berlalri-lari untuk kejar flight ke Penang at 6.05pm. Can you imagine macam mana keadaan kami? Luggage dr Melbourne clear around 5.20 rasanya then heading to domestic area untuk check-in luggage ke Penang. And orang kaunter AA buat tak nak terima luggage kami. Baca doaa...semoga depa terima sebab masa tue mcm dah 5.45pm. Alhamdulillah mereka terimaa..Alhamdulillah..tapi memang they should pun. We already pay kan.

Keadaan hujan masa on the way back to Penang, and touchdown Penang around 7.00 kot sebab tadi pun flight delay sikit. Sebab hujan rasanya..Kami yang tak solat asar lagi, laju-laju solat Asar dan Zohor, jamak dan qasar. Tunggu Maghrib and tunggu ketibaan ayah Izyani dan Chu aku. Chu aku as backup incase kereta ayah Izyani tak muat. Alhamdulillah semuanya muattt...Letihhhhhh...

Sampai rumah Kulim dengan selamat..Alhamdulillah..berakhirlah perjalanan kami di Melbourne yang mengambil masa 4 hari saja. Sungguh ternilai pengalaman di sana, pelbagai angan-angan sudah terpasang dan di harapkan dapat kembali lagi ke Aussie one day...insyaALLAH..

Happy working all...Assalamualaikum...

Psstt: will update picturess later. :)

No comments: