Nuffnang

Monday, May 7, 2012

~ Dia India, Dia itu Melayu ~

Assalamualaikum,

Yay! Baru balik dari bumi Australia. Melbourne was wonderrrrful. Rasa nak visit lagi. Perhaps with the loved ones. Hoyeayyy. Ermm hari nie cuti untuk a few state and lucky me, my kilang kicap ayam juga mengambil cuti Wesak ini. Jadinya harus pulang ke kampung halaman. Ehh..kot mana kena balik juga sebab cousin kawen hari Sabtu. Tak balik jugak, memang nak kena dengan mum. Since keja aku tak siap and tomorrow nak kena review dengan boss, aku gagahi juga balik Kulim seawal jam 10.30am tadi. Berbekalkan gulai ikan senangin dan bau ikan goreng yang mana aku sengaja letak dalam keta bukan kat bonet. Memang berbau harum la. Tak sabar nak sampai rumah nak makan. Yum yumm yuuumm. Sampai Kulim 12.30pm, 2hrs yollssss. Terus angkut barang-barang, kunci rumah and masuk rumah duk diam sambil makan sambil tengok WHI. Geli aku tgk dances tue. Yuckss.

Petang tadi around 6.40 aku balik dari office ada la 2 orang budak remaja naik moto. Comel ok. Ini masa tunggu lampu isyarat Hijau. So yang depan tue duk main-main helmet dia yang sungguh longgar and aku rasa macam tak ada sponge. Sambil gerakan helmet atas bawah, atas bawah. Hahaha. Yang penumpang di belakang pula Melayu dok seronok duk cuit-cuit ketiak la, pinggang la, nak pegang peha si India tue la. Hahaa. Comel dan lawak ok. Tergelak-gelak aku dalam kereta. Moto pula bukanlah moto berkuasa tinggi macam Roland or Thomas or Bern punya tue, hanyalah moto kapcai biasa dan mereka mcm membawa sebalang gas. Tak tahu la apa nak di buatnya. Tapi aku tengok kemesraan mereka amat luar biasa and of course di mata aku tak nampak mereka adalah gayess. Aku terpikir ada lagi tak pasangan Melayu, India, or Cina lagi di Malaysia nie. Ada lagi la kot kan..kan.. Tapi unik la mereka berdua tue. Macam seronok ja mereka berkawan. Naik moto sesama, gurau-gurau bersama, cuit-mencuit, ketawa sesama, gembira sesama untuk ke destinasi pilihan. Lampu dh hijau, aku pikir nak bagi laluan dulu kat depa tapi si pembawa moto tue duk main-main lagi sampaikan si Melayu tue duk cuit-cuit dia suruh jalan at last aku jalan ja dulu. Aku bangga la ada lagi sahabat macam tue lagi kat Malaysia nie. Semoga mereka kekal berkawan baik. InsyaALLAH.

Aku bukan nak cakap apa, kadang-kadang persahabatan macam tue tak ada untuk golongan kelas atasan. Untuk golangan bawahan dan sederhana macam kita ini sure akan punyai persahabatan sedemikian. Aku tak nafikan ada juga golongan atasan yang bersahabat baik dengan mereka yang berlainan bangsa tapi adakah mereka juga akan naik moto biasa macam tue, dengan t-shirt selekeh macam tue. Aku rasakan persahabatan Si India dan Si Melayu tadi sungguh ikhlas. Ini dari hati aku. Kadang-kadang kalau berkawan dengan mereka yang high class, anak datok datin lain rasanya. Pilihan aku mereka yang biasa saja, keja kampung, keja biasa. Tapi apa yang penting hati kan. Tak kisah la siapa diri hang, yang penting apabila ikhlas dalam bersahabat, pasti akan terpancar nilai persahabatan yang suci dan murni. Jangan menjadi hipokrit dalam bersahat. Aku ingatkan diri aku sendiri juga. InsyaALLAH.

Aku juga ada sahabat naik basikal, naik moto masa dulu-dulu tapi sekarang nie susah la nak rasa tue semua lagi. Alhamdulillah ada juga pengalaman tue semua and aku masih ingat sampai ke hari ini. Pengalaman naik basikal ke Kg Permatang Bongor, ke Sungai Baru, ke Kg Lat Seribu C, ke Sg Padang...waaaaaaa..semua tue tak dapat nak rasa lagi. And kalau di ulangi pun takkan sama lagi kan...Haiishh..rindunya kawan-kawan lama... Untuk kita semua - semoga semua menghargai kawan-kawan yang kita ada sekarang ini. Hargailah mereka, kongsi susah senang bersama dan yang penting kita enjoooy!! :)

Good nite peeps. Assalamualaikum..happy working tomorrow. :P


No comments: