Nuffnang

Wednesday, May 9, 2012

~ Tenang hati ~

Assalamualaikum,

Aku dengar lagu ini kat radio. Terngiang-ngiang lagu Nowseeheart nie. Damai jaa melodinya... Zaman uni suka dengar lagu nasyid, tapi la nie dah jarang pun. Sebab tue la jiwa pun kurang tenang, jiwa menjadi kurang pedoman. Mana satu syurga mana satu neraka, kita harus bijak membuang pertimbangan. Kalau pikirkan dunia semuanya indah-indah tapi ingat akhirat jua yang kita ingat tujui. Aku ingatkan untuk diri aku sendiri. Rasanya macam nak buat buku nota untuk catit apa dosa yang aku dah lalukan setiap hari. Tak kisahlah apa-apa saja selagi benda itu adalah salah. Especially kalau berkaitan dengan orang lain.



Dalam mendengar lagu-lagu nasyid ini, boleh juga kita pikirkan sejenak. Pikir apa yang tersirat dan tersurat dari lirik yang ada dalam lagu-lagu itu. Terapi jiwa juga. Belajar untuk redha atas apa yang ALLAH Taala dah tentukan untuk diri kita.

InsyaALLAH, ceria hidup pasti ada, tenang hati pasti hadir yang penting ikhlas hati dan maafkan mereka yang lain. :)

Good nite. Assalamualaikum

No comments: