Nuffnang

Wednesday, June 13, 2012

~ Malam terakhir bertiga - Goodbye Nina ~

Assalamualaikum,

Semalam dan hari ini adalah hari terakhir kami bertiga di rumah. Lepas ini Nina akan tinggal bersama Andak, suaminya. Alhamdulillah..good for her..life must go on.. Malam tadi dinner bersama-sama di De Pauh Garden Restaurant & Cafe. Jalan Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Penang. Not bad makanan kat sini. It was my 2nd time makan kat situ. Tapi malam tadi aku order Mee Hailam. Unlucky for me since the chef forget to put salt into my food. Next time jangan main-main lupa tau..

After dinner, kami ke JJ. Jalan jalan belanja duit. Just want to spend time together and lepas nie tak tahu bila boleh hangout macam nie lagi. Life must go on..Last night watching Ameera together and kira duit rumah, utility bills and kami mintak halalkan sesama kami. Sedih woooohh. Lepas nie tak nampak la muka Nina lagi di rumah. Lepas ini hanya FB ja la boleh tahu apa yang terjadi sesama kami. Lama juga kami duduk sama-sama. Rasanya dalam 2 tahun 4 bulan aku dah stay dengan Mas dan Nina. Lepas ini hanya tinggal aku dengan Mas. Kami pun dalam proses mencari housemate baru. Ramai juga yang tanya, kami dalam proses pemilihan lagi.. :)

Kami duk bertiga lama juga...dekat 6 bulan rasanya..Dulu masa Kak Shida tinggal sekali pun banyak masa juga kami saja. Seronok la tinggal sesama. Susah senang, takut gembira kongsi bersama.

Kami bertiga adalah lebih kurang sama.
1. Tidak kisah keadaan rumah.
2. Tidak berkira atas apa jua.
3. Berkongsi bersama.
4. Tolong menolong - teringan kami siapkan doorgift untuk wedding Nina bersama-sama. Seronok sangat masa tue.
5. Masak sesama.
6. Makan adakala sesama, adakala tak sesama.
7. YANG PALING PENTING SEMUA TAKUT TIKUS dan CICAK PELIK.
8. Risau anjing datang dekat rumah kami.
9. Suka simpan sampah dalam rumah, bila dah ada ulat baru kami akan kalut nak buang. Then gelis-gelis.

Lepas ini bukan senang nak jumpa lagi. Semoga Nina berjaya dalam new challenge beliau-  memasak! Hihihi.

Jangan lupakan kami di Kulim ini ya.. jaga diri, any good news jangan lupa share dengan kami dan doakan untuk kami berdua juga tau..

Nanti kita jumpa di KL, insyaALLAH..

Mode: Sedih datang lagi..sob sob sob...

2 comments:

~CIk nINA~ said...

Huhuhu..rindunyer kat korg berdua...
Teringat masa kita berkampung sambil membina tugu semata2 nak halau cik Ti..hihihihi..

Yani said...

Hihihi..tue la nina...rindu juga kat nina..tinggal berdua dgn mas and ada housemate baru juga 2 org..

ada rezeki kita jumpa lagi..