Nuffnang

Tuesday, June 5, 2012

~ Oh Kus-kus ~

Assalamualaikum,

Tak kuasa aku nak story mory pasai kuskus. Tapi terpaksa. Malam tadi keadaan adalah separuh gila di mana almost 2hrs aku duk tercongok depan toilet bilik bawah sebab nak tgk kuskus nak gerak ke mana. Kuskus tue datang dari bilik aku di mana aku dan dia dalam keadaan terkejut. Aku naik atas sebab nak cuci tangan sebab pili bawah sedang digunakan untuk cuci pakaian. Masa aku melangkah ke toilet, macam separuh sedar tengok macam ada benda baru lepas membo-bo dalam toilet aku. MENJERITTTT!!! JERIT seperti nampak sesuatu yang besarrrr. Aku menjerittt..takut woo..then kuskus nak ajak menari dengan aku aku ke kiri dia jalu ke kanan, and kuskus ada hati nak menuju ke katil aku. Lawan aci ligan and finally dia nampak pintu. Terus laju kuskus turun tangga. Mentang-mentang la mampu lari dengan laju. Turun tangga..speed dia aku tak tahu la berapa. Kalah Choong Wei smashh kot. Terus dia bawak diri ke himpunan kotak-kotak bawah tangga. Husih..besarnya kuskus. Makan apa tah.

Housemate aku terus terlompat duduk atas himpunan tilamnya. Hahaa. Lawak weii. Kami berdua dalam ketakutan sungguh. Jenuh kami buat kubu kuat untuk halang kuskus dari lari ke tempat lain dengan harapan agar kuskus aku keluarkan diri, lari selajunya ke pintu masuk rumah. Hancuss semuanya. Kuskus lari melompat ke tempat lain and kami halau lagi, kuskus terus menuju ke toilet. Haaaa..di sini la bermulanya drama kuskus. Kuskus main2 aci cakk cakk cakk. Berbekalkan besi ampaian Mas kami jadikan sebagai pedang tetapi kuskus hanya dengan dirinya sahaja. Kuskus ketegaqqqqq tak mau masuk lobang bawah, jenuh nak halau masuk, kuskus memang tak nak masuk. Terus dia dengan yakin cubaan membunuh diri dengan masuk ke dalam mangkuk toilet. ahaa..Lantas kami mengambil tong sampah untuk cekup lubang mangkuk tandas. Takus kuskus keluar. Pikir. Nak bunuh terus or macam mana. Kami sebenarnya tak nak bunuh kuskus. Biar saja kuskus dalam tue. Pikir apa next step nak buat. Jirus air ke dalam mangkuk tandas, kuskus naik atas sebab dia kelicinan. Kuskus main tarik tali dengan kami. Lama juga la tunggu nak bagi kuskus masuk kembali ke dalam lobang yang akan menghala ke longkang. Tapi kuskus tak nak juga. Penat and lenguh kaki duk terpacak ja depan pintu toilet. Then kuskus dengan berani berlawan nak datang ke arah kami, apa lagi, aku spray Ridsect banyak-banyak atas lantai and Nina letak sabun atas lantai supaya lantai licin. Kuskus pun tak pening or lali or apa-apa tanda nak pengsan. Aku amik roti, baling ke arah kuskus. Kuskus lapar, laju ja sambar roti. Ceehh. Roti nak, masuk lobang longkang tak nak! Hangin.

Finally, kuskus masih di situ, kami keletihan dan decide nak kurung kuskus dalam toilet bawah saja. Apa lagi buat la tembok besar kat depan tue. Letak towel untuk halang kuskus dari cubaan nak keluar dari bawah pintu. Kami letih, terus penat. Aku ketiduran and Nina pening akibat banyak sangat hidu Ridsect tadi.

Kuskus oh kuskus..tak tahu la apa nak jadi dengan kau kuskus.. jaga diri kat dalam toilet tue ya.

Ikhlas dari Penghuni Taman KTC.

Photo credit to: Here

No comments: