Nuffnang

Tuesday, June 12, 2012

~ Renovate Dapur Mak ~

Assalamualaikum,

Kabare semua? di doakan semuanya sihat-sihat belaka ya..InsyaALLAH.

Hari nie saya nak bercakap pasal dapur mak pula, kalau sebelum ini saya bercakap pasal Meja Makan Mak, now pasal dapur mak pula. Sebagai mak, pastinya dapur adalah tempat bekerja beliau. Macam kita yang bekerja ada our own workplace, mak pun ada juga. Di dapurnya... hihi.

Ini la plan asal, mari kita tengok apa hasilnya minggu depan :)

Mak saya..ayah saya, abg saya, kakak ipar saya, adik saya dan saya sendiri ada idea untuk dapur mak. Tapi kuasa besar hanya ada pada mak saya. Hahahah. Kami dah membeli tiles untuk dapur including wet kichen mak, and last Friday she called me saying that she want to change the color. Omooo..omoooo..Yes, tiles color untuk dry kichen adalah hasil persetujuan saya dan ayah saya. Jadinya, kemungkinan besar color akan berubah since tiles untuk dry kitchen pun tak sampai lagi at that moment. Lupa pula sy nak follow up dengan mak saya. Yang pastinya, masa kat kedai tiles hari tue, kami duk usung la buku yang mak saya nak tiru tue. Nice design as well. 

Mak saya memang nak buat color putih and top cabinet color hitam tapi saya lebih menggemari granite. Tapi mahai nak menggila. 1kaki pun dah RM170 tanpa upah lagi. Harus lah saya start kumpul duit untuk kitchen cabinet sendiri nanti. Hihihi. Tapi memang puas hati la kalau guna granite. Mau tak tidur malam kalau duk asyik p lap-lap cabinet ja tiap malam. Hihihi. Anak kemana, suami kemana..

Tak sabar nak balik rumah, nak tengok hasilnya..sure mak saya akan gembira dengan dapur kering dan basahnya nanti. Bukan itu sahaja, toiletnya pun di ubahsuai juga. Cuma kami tak adalah mampu nak pasang macam kat bawah ini...how i wish mum will install this..


Nanti kita tengok hasil toilet mak saya pula. Yang pastinya mak saya sungguh gembira dengan new design dapurnya itu. Last renovate dapur masa saya sekolah lagi. Hiihi dan mak saya suka renovate dapurnya sebelum puasa. Sebab puasa kami dah makan di dapur baru..like last time...

Enjoice ur day allz...Assalamualaikum.. :)

Photo credit to : Kitchen Cabinet Here
Photo credit to : Shower room

No comments: