Nuffnang

Thursday, June 28, 2012

~ Saya perlukan buaian ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oh..saya ingin gembira, saya perlukan buaian. Bukan buaian untuk Mir Aydin ya, yang tue mummy Aydin akan belikan sendiri.Gembirakan hati dengan memusingkan diri dan sudah tentu yang penting hati perlu tenang lalu perasaan akan gembira selalu. Hati tenang hendaklah kita selalu membaca ayat-ayat suci yang sungguh indah maknanya jikalau kita memahami dan kalau tidak faham, boleh rujuk tafsir Al-Quran yang sahih maknanya.
Pencinta pusing-pusing

Kalau dah ada rumah sendiri nanti, angan-angan mahu ada 1 buaian sendiri supaya petang time minum petang boleh tengok anak-anak bermain buaian di halaman sendiri. Harus berangan seangan-angannya.

Dulu masa saya kecil, suka ke taman permainan dekat rumah dan saya akan berebut untuk buaian dan saya akan swing sepuas hati saya. Sampaikan bila Arwah Abgchaq dan Abgchik saya tengok, mereka akan tempikk dari jauh supaya slow sikit. Seronokkk laa. Rasa kalau lagi jauh dari tanah, lagi seronookk..

Haiishh....seronok betul masa kecil-kecil dulu. Tak kisahkan semuanya. Semua kawan-kawan seronok. Semua suka sebab semuanya bermain. Tapi dah besar macam ini, susah nak jumpa kawan-kawan masa kecil dulu. Sebab sekarang ini bila sudah besar banyak persaingan sesama kawan-kawan. 

Sebab itulah kawan-kawan masa kecil lagi di kenang dan di ingati. Bila besar senang datang dan pergi. 

Selamat bekerja semua. Assalamualaikum..

Photo 1 credit to: Here
Photo 2 credit to: Here
Photo 3 credit to: Here

No comments: