Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

~ Ramadan 1433 untuk tahun 2012 ~

Assalamualaikum,

Cameron Highland Oct 2011
Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ini lagi. Alhamdulillah. Tahun depan masih samar, tak tahu berada di mana lagi. Panjang umur dapat lah berpuasa lagi andai tak dipanjangkan, ini akan menjadi angan-angan yang tidak kesampaian.

Malam pertama solat Taraweh di Perlis dan hari pertama puasa, dapat berbuka bersama sedara mara side mak. Renyuh la apabila semua berkumpul dan dapat makan makanan yang sungguh enak lagi sedap. Petang Ahad dah kena balik ke Kulim dengan bekal yang mak kirim untuk adik sekali. Last weekend pun aku balik lagi kali ini semua terjah rumah mak ayah aku. Hari Sabtu semua adik-adik ayah datang berbuka puasa di rumah kami. Pukul 7pm, tokwan buat majlis Tahlil untuk kami hadiahkan kepada Arwah-arwah yang telah kembali ke Rahmatullah. Kami bebuka dan bersolat Maghrib berjemaah. Yang cucu-cucu perempuan kat dapur kena mengemas dapur.

Ramai suka dapur mak aku. Kembang la omak den. Mana tak nya, nak pilih semua tue bukan mudah. Apa-apa pun ramai suka color kitchen cabinet and siapa lagi yang pilih kalau bukan aku. Hoo hooo..So far kami sekeluarga pun berpuas hati la dengan dapur baru omak den. Banyak juga berhabis sekali dengan toilet baru omak den. Syukur dengan rezeki yang ALLAH Taala berikan. Dalam pada itu, mak aku ada cakap. Pakcik jual roticanai masa kami kecik-kecik dulu tak sihat...sedey pula dengar berita macam itu. Semoga di bulan yang penuh barakah ini, dia sekeluarga akan di kurniakan rezeki yang tak terhingga dari-NYA..Aamin..

Hari ini 31July..kalau Arwah Tok Hjh Aishah Binti Abdul masih ada, pasti hari Sabtu ini akan lagi meriah. Sabtu akan datang semua akan berbuka di rumah Wan side ayah. Dulu pasti kami akan sambut hari lahir Arwah Tok dan Wan bersama-sama dan tanggal pada hari besok juga 1Aug genaplah 14tahun Arwah abgchaq, Khairul Azmir Bin Ahmad. Macam baru ja rasa mereka berdua ini pergi meninggalkan kami, kasih sayang, rindu pada mereka berdua tidak pernah rasa kurang. Tiap hari usai solat, insyaALLAH aku tak lupa untuk hadiahkan sebutir doa untuk mereka. Memang akan lain kalau mereka masih ada di samping kami semua..Semoga kedua-dua roh mereka tenang di SANA dan ditempatkan bersama orang-orang Mukmin dan dikasihi-NYA. InsyaALLAH..Ameen.

Semoga berbaki 19 hari untuk kita berpuasa pada tahun ini, usaha kita untuk menjadi lebih baik, lebih beriman kepadaNYA akan terus kita lakukan. Untuk aku pada tahun ini diharapkan segalanya serba sederhana..insyaALLAH.

Selamat berpuasa semua..Assalamualaikum. :)

Monday, July 2, 2012

~ 2 Julai hari lahir ayah saya ~

Assalamualaikum,

Hari ini hari lahir ayah saya. Saya selaku anak yang malas, saya menghantar sms kepada ayah saya. Lantas ayah saya membalas "Terima kaseh anakku Yani". Tahun ini tiada hadiah untuk ayah. Mungkin saya balik kampung minggu ini boleh la belanja ayah makan kek barang 2,3 potong di Kangar.

Ayah saya seorang polis dari Unit Peronda Kangar. Saya selalu mendoakan agar ayah saya tetap dan selalu menjalankan tugas dengan adil dan amanah. Well I know my dad so much.. no worries. Kalau salah, pasti akan dapat hukumannya. Saya selalu juga kena.

Seperti ayah-ayah hampa juga, ayah-ayah ini simple saja. Tak perlu nak beli barangan jenama. Kadang-kadang sandal pun beli kat pasar malam. Tak kisah murah janji selesa di pakai. Begitu juga ayah saya. Sebab tue dulu ada sekali raya, ada orang jahat (maaf saya cakap dia jahat) curi kasut baru ayah saya. Bagi saya itu kasut mahal la buat ayah. Bukan jenama woww woww pun, cukuplah pasa masa itu jenama BATA. Bagi saya kalau dah hampir RM70 pada 19 tahun yang lalu, memang mahal la. Ayah tak kata apa, diam saja and pakai saja selipar toilet balik ke rumah. Untung la orang tue dapat kasut baru di hari lebaran.

Saya sayang ayah saya macam mana ayah saya sayangkan dan manjakan saya dari saya kecil sampailah sekarang. Ohh..rasa nak menitis air mata pula bila saya pikir salah silap saya dengan ayah saya. Dulu masa saya kecik-kecik. Time soq (sahur) saya malas nak bangun and ayah akan dokongkan saya and letak saya atas kerusi. Gosok gigi? Haaa..tak yah cakap la. Memang tak gosok gigi. Sedangkan muka pun saya tak basuh sendiri. Jadi ayah akan amik air di sinki dan akan menyapukan muka saya dengan air di tangannya. Biasalah kecik-kecik manja terlebih and time tue saya masih bongsu lagi. Petang-petang sebelum bebuka puasa, ayah akan bawa saya round naik moto dan saya bukan duduk di belakang, saya akan duduk di hadapan dengan kaki saya dalam raga. Hihihi. Ayah akan beli apa yang saya teringin, walhal lepas bebuka saya tak adalah makan banyak sangat. Manja punya pasal...ayah turut saja.


Saya tak pasti bakal suami saya mampu buat semua tue nanti untuk anak-anak kami. Betullah, saya penah baca..anak gadis pasti ingin mencari calon suami seperti ayahnya.

Kalau ayah saya menyapu di depan rumah, bukan rumah kami saja dia akan sapu untuk pasir atau daun-daun kering, tapi rumah jiran pun ayah akan sapu juga. Then ayah akan kutip pasir tue sampai habis. And pasir yang kecik-kecik tue ayah akan sapu/kutip dengan tangan saja. Oh ayah...saya sungguh kagum dengan anda.

Untuk ayah, kami semua sayang ayah. Bekerja siang malam untuk memcari duit demi membesarkan anak-anak. Bila tanya ayah (time tue ayah dah pakai uniform) .. "Ayah nak p mana?" ayah jawab "p keja nak cari duit nak bagi anak-anak makan.." saya? uhuu..

Semoga ayah sihat sejahtera, diberikan kekuatan untuk beramal kepada-NYA, dimurahkan rezeki dan semoga project ayah kat kampung berjaya!!! InsyaALLAH..

Saya anak Malaysia yang sayangkan ayah saya.. :)