Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

~ Ramadan 1433 untuk tahun 2012 ~

Assalamualaikum,

Cameron Highland Oct 2011
Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ini lagi. Alhamdulillah. Tahun depan masih samar, tak tahu berada di mana lagi. Panjang umur dapat lah berpuasa lagi andai tak dipanjangkan, ini akan menjadi angan-angan yang tidak kesampaian.

Malam pertama solat Taraweh di Perlis dan hari pertama puasa, dapat berbuka bersama sedara mara side mak. Renyuh la apabila semua berkumpul dan dapat makan makanan yang sungguh enak lagi sedap. Petang Ahad dah kena balik ke Kulim dengan bekal yang mak kirim untuk adik sekali. Last weekend pun aku balik lagi kali ini semua terjah rumah mak ayah aku. Hari Sabtu semua adik-adik ayah datang berbuka puasa di rumah kami. Pukul 7pm, tokwan buat majlis Tahlil untuk kami hadiahkan kepada Arwah-arwah yang telah kembali ke Rahmatullah. Kami bebuka dan bersolat Maghrib berjemaah. Yang cucu-cucu perempuan kat dapur kena mengemas dapur.

Ramai suka dapur mak aku. Kembang la omak den. Mana tak nya, nak pilih semua tue bukan mudah. Apa-apa pun ramai suka color kitchen cabinet and siapa lagi yang pilih kalau bukan aku. Hoo hooo..So far kami sekeluarga pun berpuas hati la dengan dapur baru omak den. Banyak juga berhabis sekali dengan toilet baru omak den. Syukur dengan rezeki yang ALLAH Taala berikan. Dalam pada itu, mak aku ada cakap. Pakcik jual roticanai masa kami kecik-kecik dulu tak sihat...sedey pula dengar berita macam itu. Semoga di bulan yang penuh barakah ini, dia sekeluarga akan di kurniakan rezeki yang tak terhingga dari-NYA..Aamin..

Hari ini 31July..kalau Arwah Tok Hjh Aishah Binti Abdul masih ada, pasti hari Sabtu ini akan lagi meriah. Sabtu akan datang semua akan berbuka di rumah Wan side ayah. Dulu pasti kami akan sambut hari lahir Arwah Tok dan Wan bersama-sama dan tanggal pada hari besok juga 1Aug genaplah 14tahun Arwah abgchaq, Khairul Azmir Bin Ahmad. Macam baru ja rasa mereka berdua ini pergi meninggalkan kami, kasih sayang, rindu pada mereka berdua tidak pernah rasa kurang. Tiap hari usai solat, insyaALLAH aku tak lupa untuk hadiahkan sebutir doa untuk mereka. Memang akan lain kalau mereka masih ada di samping kami semua..Semoga kedua-dua roh mereka tenang di SANA dan ditempatkan bersama orang-orang Mukmin dan dikasihi-NYA. InsyaALLAH..Ameen.

Semoga berbaki 19 hari untuk kita berpuasa pada tahun ini, usaha kita untuk menjadi lebih baik, lebih beriman kepadaNYA akan terus kita lakukan. Untuk aku pada tahun ini diharapkan segalanya serba sederhana..insyaALLAH.

Selamat berpuasa semua..Assalamualaikum. :)

No comments: