Nuffnang

Friday, August 31, 2012

~ Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 ~

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!

Alhamdulillah tahun ini genap sudah 55 tahun Tanah Melayu bebas dari penjajah. Dan genap 29 tahun yang lalu, masa ini juga mak aku tengah sakit menunggu masa untuk melahirkan aku. Hihihi.

Keadaan Malaysia yang semakin pesat dan membangun di mana kita bukan lagi sedang meniarap atas tertatih untuk membangun tapi kita sedang berlari untuk pesat membangun. Banyak bangunan tinggi terbina yang melambangkan identiti setiap syarikat itu sendiri.

Bagi diri saya pula, rakyat Malaysia sendiri yang datang dengan pelbagai warna kulit dan bangsa. Berbezaanya kita, tapi semangat kekitaan begitu penting  demi mengekalkan keamanan yang ada sekarang ini. Kepada anasir yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan yang sedia ada sekarang ini, anda haruslah beringat sama sekali. Perpaduan yang telah berpuluh tahun di pupuk ini bukan senang dipecahkan bentengnya. Ingat itu!

Aku sempat membuka Google Malaysia pagi ini. Nice! Ada bunga raya di tengah-tengah logo Google itu sendiri. Bunga raya bunga kebangsaan kita.
Google Malaysia pada 31-Aug 2012
Walaupun aku tidak bersama-sama lautan manusia di Dataran Merdeka mahupun di Stadium Kangar, tapi perasaan cinta negara tidak pernah pudar dalam diri aku. Malaysia tanah tumpah darah aku dan darah kita semua. :)

Seronok long weekend tapi yang penting apa yang kita dapat rasai dan hadirkan dalama diri sempena hari kemerdekaan pada tahun ini.

Take care all. Assalamualaikum.

Thursday, August 23, 2012

~ 2nd last Kodok mahu ... ~

Assalamualaikum,

Esok saya akan bergerak ke Seremban untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Zati dan Azam. Maaf saya tidak dapat bersama-sama untuk melihat kegembiraan Zati selepas Azam melafazkan akad nikah. Perhaps masa itu saya masih lagi bersesakan di jalan raya atas bas. Saya mendoakan majlis akan berjalan dengan lancar dan malam besok boleh la tolong apa yang patut. InsyaALLAH.

Perasaan saya, ofkos gembira sebab akhirnya Zati pun ketemu jodoh dengan pilihan hatinya. Saya gembira melihat kawan-kawan saya berbahagia bersama keluarga memasing. Dan saya, masih gembira seperti sekarang..to be a righteous woman so that can attain Jannah with married or not. And of course I keep my doa that one day I can be with my husband. InsyaALLAH.. Aamin. ALLAH Taala know the best for us, what I can do  - prepared myself.

Today after office, saya akan gerak pulang ke kampung halaman dan besok bersedia untuk menaiki bus ke N9. Hari Sabtu sendiri saya akan bergerak pulang ke kampung halaman dengan tidak mahu menunggu lagi sebab saya harus berhari-raya dengan abgcik dan kakak ipar saya pula. Di harap Zati faham the reason why I don't want to stay longer.

Saya akan prepare mental and physical semasa saya di Seremban nanti. InsyaALLAH. Selamat berhari raya untuk semua. Hati-hati di jalan raya..

Assalamualaikum. :)


Wednesday, August 22, 2012

~ Kembali ke fitrah ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Tahun ini dapat lagi menyambut lebaran dengan serba sederhana untuk kami sekeluarga. Last minutes aku pergi mencari baju raya dengan Kak Aziyah. Dengan penuh gigih dan pulun aku merayu pada boss untuk pulang seawal 3.30pm pada hari Jumaat tapi pukul 3.05pm aku dan mula menapak ke kereta. Around 5.45pm aku selamat sampai rumah Tok aku di Kuala Jerlun. Menanti untuk berbuka puasa dengan penuh sabar dan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH Taala limpahkan untuk kami semua. Hari akhir Ramadan, Wa (abg ipar mak aku) kembali kerahmatullah atas sakit tua. Arwah meninggal di depan mata aku sendiri di mana mata aku memang asyik terpandang muka dan dada (Arwah tidak memakai baju). Tiba-tiba dada Arwah berhenti dan kami semua panic. Cucu-cucu Arwah baju saja berhenti membaca Al-Quran,lantas Chu aku mengajar Arwah mengucap and tiba-tiba  Arwah bernafas semula. Dalam 10mins selepas itu, Arwah pergi meninggalkan kami, pergi mengadap MAHA PENCIPTA sekalian makhluk di alam ini, bertemua YANG MAHA ESA. Al-Fatihah..aku doakan Arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman lagi dikasihi-NYA. Aamin..

Kembali ke fitrah. Zakat fitrah pada tahun ini ayah aku sendiri bayarkan kepada amil di masjid. Selalunya tiap tahun aku yang akan pergi mengadap tok guru mengaji untuk bayarkan zakat fitrah untuk aku dan adik aku. Saban tahun buat, tapi tahun ini sebab ada kekalutan, jadi awal-awal lagi ayah dah settle kan. Cuma aku menyusul dengan duit raya saja pada Mak Ah tahun ini. Alhamdulillah.

Aku berdoa sesuci diri kita semua yang boleh di anggap seperti bayi baru lahir, suci dari dosa-dosa sepanjang tahun lepas. Setelah kita pohon keampunan dari ALLAH Taala dan mohon maaf sesama kita, di harap hidup kita lebih diberkati-NYA dan dapat teruskan hidup dengan rasa tenang hati dalam process untuk kita semua menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaALLAH. Berazam untuk menjadi umat yang mengikuti dan menjalani cara hidup Mukmin sejati yang perlu kita utamakan.. azam..azam!

Pada 1 Syawal, kami merayakan dengan serba sederhana dan aku di rumah Perlis tak kurang terima kunjungan yang tidak putus setelah usai solat sunat hari raya. Jiran tetangga bertali arus datang berkunjung untuk melawat mak aku yang baru selesai operate dalam  2 minggu yang lalu. Semua yang tak ada kesempatan melawat masa mak di PMC datang juga dalam kekalutan memasing untuk melayan tetamu yang datang di rumah masing-masing. 



Here is some picca:





Gambar beraya di kampung tak download lagi..itu lagi meriah kebabooommm..

Hari pertama bekerja pada hari raya ke-4 adalah sungguh tidak gembira. Ada 4 orang Melayu yang datang bekerja. Aku tak pasti kenapa mereka pun gigih bekerja..semuanya ada sebab tersendiri..

Happy working and selamat kembali bertugas kepada diri sendiri. :)
Assalamualaikum..

Wednesday, August 15, 2012

~ Saya tahu dah kenapa.. ~

Assalamualaikum,

Sesi pencarian baju raya memang giat saya lalukan. Akan tetapi tiada satu pun yang betul-betul menarik hati saya. Ada ja kekurangan baju tersebut di mata saya. Maafkan saya baju-baju semua. Tahun ini saya tidak membeli-belah dengan keluarga saya kerana emak saya kurang sihat. Jadi, tiada pendapat dari emak saya membuatkan saya canggung untuk membuat pilihan. Selalunya emak ada bersama-sama memberi buah pendapat. Ayah ada juga kadang-kadang. Most of the time, emak saya yang mempengaruhi warna pakaian saya.

Jadi sesi pencarian akan saya teruskan pada petang Jumaat ini. Di doakan perjalanan pulang saya ke Kuala Jerlun (kampung ayah dan emak saya) akan berjalan dengan lancar. Saya berdoa semoga boss saya memberi izin untuk saya pulang ke rumah seawal 3.30pm. :)

Saya merancang untuk pergi ke office awal pada pagi Jumaat itu dan saya ingin bekerja dengan tekun supaya tiada kerja saya yang terbengkalai. Kepada semua PI,PTE,UPS tolong faham, saya mahu pulang awal demi mengurangkan kesesakan di jalanraya. Jasa baik dan toleransi anda semua amat saya hargai.

Perasaan saya tika ini, ermm..saya tak sabar nak berhari raya dan saya juga risau dengan baju raya saya juga dengan tiket bus saya menuju ke Seremban pada hari Khamis atau hari Jumaat selepas raya. Tikt flight pulang ke Alor Star sudah saya beli, cuma tiket untuk ke Seremban masih samar. Saya mendoakan adalah bus untuk saya ke sana. Saya target bus siang, hari cerah dan terang di harap semuanya akan berjalan lancar..insyaALLAH.

Ramadan hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Sayu pun ada, gembira pun ada. Semuanya ada. Apa yang penting, nikmat dan faedah pahala yang kita dapat dari segala amalan yang telah kita lakukan di bulan yang mulia ini. InsyaALLAH. Misi saya masih diteruskan hingga ke akhir Ramadan. Semoga kita semua beroleh syafaat dari-NYA. Aamiiin..

Assalamualaikum.. :)

Tuesday, August 14, 2012

~ Banyak sungguh pintu untuk ke cubicle ~

Assalamualaikum, Guten Morgen!

Ini bukan mengeluh tapi nak bagitau sungguh banyak pintu untuk saya buka sebelum sampai di office saya. Mooooooooooooore than 4 pintu rintangan api yang harus saya tarik/tolak. Muscle di lengan saya, usahlah di persoalkan, kurang sikit dari Dato' Malek Noor saja. Hihi. Kidding.
Photo credit to: Here

Pintu-pintunya adalah:
1. Pintu Gaius saya.
2. Pintu rintangan api-1 from shoe locker to lift or kalau rajin naik tangga.
3. Pintu rintangan api-2 untuk menapak dengan tangga ke Level3- ini kalau pepagi selalunya saya akan menggunakan lift aja.
4. Pintu rintangan api-3 apabila habis menapak untuk ke fab lobby.
5. Pintu rintangan api-4 daripada fab lobby ke laluan tepi.
6. Pintu rintangan api-5 menuju ke bridge
7. Pintu rintangan api-6 daripada bridge menuju ke ruangan untuk tangga.
8. Pintu rintangan api-7 daripada ruangan tangga menuhju ke ruangan untuk bertemu pintu masuk office.
9. Pintu rintangan api-8 finally pintu menuju ke office saya.

See, terbilang kan pintu-pintu rintangan api di office saya. Saya sendiri kadang-kadang naik 'mebai' dengan pintu-pintu ini semua. Ada pintu yang berat, ada yang kurang berat dan walau apapun, ianya still memerlukan kudrat tenaga yang super tinggi dari saya.
Our Chips in My Kad
Saya tahu, itu untuk keselamatan juga lagi-lagi kilang saya merupakan pengeluar microchips untuk kad pengenalan baru anda semua. :)

Happy working peeps! Assalamualaikum.

Monday, August 13, 2012

~ Alhamdulillah. She getting better ~

Assalamualaikum,

Mum already discharged last Friday. Stayed for 5D4N in Putra Medical Centre Alor Star, Kedah.
After 2days investigation by Doc Ng, finally we know what is the problem which is there's a stone in her gallbladder. Doc advice for surgery to take out the both stones and gallbladder. While duk ding dong ding dong whether insurance will cover or not, we decided to pay by ourselves. Alhamdulillah operation successfully done with more than 40 stones in different shape but almost same color. That is the man reason why mum cannot poopoo for 8days and even can't fart toooo. Huuu.. I can't imagine how suffer she is for 8days...

Alhamdulillah on day 4 doctor informed us insurance will cover everything and on Friday mum can go home..yeayyy!!!..

Tok will take care of her with ayah and ayah already prolong his leaves to 14days. Bestnya working with government will more than 30days annual leaves every year. Jeles OK!

Mum have to pantang a few food and can eat lots of fruit except durians! Kesian pula time mak tengok time kami bebuka puasa. Banyak lauk while for her just ikan and bubur nasi. Nevermind mum, after 3 months you can slowly take your fav food with minimum quantity. OK. Pls be patient for a while ok. :)

My experienced, taking care mum in ward was great opportunity for me and whole family. Only one night I sleeping with my mum in the ward the next day, ayah, abgcik and adik together stayed in the room. I'm not easy to take care patients lepas surgery, we have to be more careful.

Mak semoga cepat sembuh dan kembali ceria..we love you mak..  :)

Assalamualaikum.. 

Monday, August 6, 2012

~ Mak Merah saya kurang sihat ~

Assalamualaikum,

Sungguh susah saya nak lelapkan mata malam ini. Emak Merah saya kurang sihat since last week and I'm doing nothing to help her. Just called her everyday asking her condition and she said everything was OK. And I take it like demam biasa for her. And on Friday she have to stay at PMC for a fews hours and later she decided to going home after 2 injections and rest a while in PMC. I asked her, why don't she stayed in the hospital and she reply me "it's almost iftar hour and pity to dad and lil brother to break their fast". Mum , mum, mum. Eventhough you are in bad conditions pun still thinking of your family..that's our mum right..my mum and maybe ur mum as well.

A few hours back, I'm thinking to drive back to hometown and she disagree with me. She asked to go back tomorrow morning. Ok mum, I'm listened to you.

Right now I felt like.. errmm.. I thought I am a bad daughter to her. I'm crying like baby.. So many things in my mind. I don't know how to express it here. Only me and myself and HIM.

Oh ALLAH, pls take care of my mum. Pls grant her health like before, pls don't make her feed sad or disappointed of anything. Pls make her always beautiful mother for us. Oh ALLAH, pls..pls..pls..she the only mother I ever have. No one else.. Pls forgive my sins, my mum sins, my dad sins and whole of my family sins. Amin..Ya Rabbal'alamin.

I think I can imagine how pain she right now. Mum, I'm so sorry... :(