Nuffnang

Wednesday, August 15, 2012

~ Saya tahu dah kenapa.. ~

Assalamualaikum,

Sesi pencarian baju raya memang giat saya lalukan. Akan tetapi tiada satu pun yang betul-betul menarik hati saya. Ada ja kekurangan baju tersebut di mata saya. Maafkan saya baju-baju semua. Tahun ini saya tidak membeli-belah dengan keluarga saya kerana emak saya kurang sihat. Jadi, tiada pendapat dari emak saya membuatkan saya canggung untuk membuat pilihan. Selalunya emak ada bersama-sama memberi buah pendapat. Ayah ada juga kadang-kadang. Most of the time, emak saya yang mempengaruhi warna pakaian saya.

Jadi sesi pencarian akan saya teruskan pada petang Jumaat ini. Di doakan perjalanan pulang saya ke Kuala Jerlun (kampung ayah dan emak saya) akan berjalan dengan lancar. Saya berdoa semoga boss saya memberi izin untuk saya pulang ke rumah seawal 3.30pm. :)

Saya merancang untuk pergi ke office awal pada pagi Jumaat itu dan saya ingin bekerja dengan tekun supaya tiada kerja saya yang terbengkalai. Kepada semua PI,PTE,UPS tolong faham, saya mahu pulang awal demi mengurangkan kesesakan di jalanraya. Jasa baik dan toleransi anda semua amat saya hargai.

Perasaan saya tika ini, ermm..saya tak sabar nak berhari raya dan saya juga risau dengan baju raya saya juga dengan tiket bus saya menuju ke Seremban pada hari Khamis atau hari Jumaat selepas raya. Tikt flight pulang ke Alor Star sudah saya beli, cuma tiket untuk ke Seremban masih samar. Saya mendoakan adalah bus untuk saya ke sana. Saya target bus siang, hari cerah dan terang di harap semuanya akan berjalan lancar..insyaALLAH.

Ramadan hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Sayu pun ada, gembira pun ada. Semuanya ada. Apa yang penting, nikmat dan faedah pahala yang kita dapat dari segala amalan yang telah kita lakukan di bulan yang mulia ini. InsyaALLAH. Misi saya masih diteruskan hingga ke akhir Ramadan. Semoga kita semua beroleh syafaat dari-NYA. Aamiiin..

Assalamualaikum.. :)

No comments: