MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!
Alhamdulillah tahun ini genap sudah 55 tahun Tanah Melayu bebas dari penjajah. Dan genap 29 tahun yang lalu, masa ini juga mak aku tengah sakit menunggu masa untuk melahirkan aku. Hihihi.
Keadaan Malaysia yang semakin pesat dan membangun di mana kita bukan lagi sedang meniarap atas tertatih untuk membangun tapi kita sedang berlari untuk pesat membangun. Banyak bangunan tinggi terbina yang melambangkan identiti setiap syarikat itu sendiri.
Bagi diri saya pula, rakyat Malaysia sendiri yang datang dengan pelbagai warna kulit dan bangsa. Berbezaanya kita, tapi semangat kekitaan begitu penting demi mengekalkan keamanan yang ada sekarang ini. Kepada anasir yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan yang sedia ada sekarang ini, anda haruslah beringat sama sekali. Perpaduan yang telah berpuluh tahun di pupuk ini bukan senang dipecahkan bentengnya. Ingat itu!
Aku sempat membuka Google Malaysia pagi ini. Nice! Ada bunga raya di tengah-tengah logo Google itu sendiri. Bunga raya bunga kebangsaan kita.
![]() |
Google Malaysia pada 31-Aug 2012 |
Seronok long weekend tapi yang penting apa yang kita dapat rasai dan hadirkan dalama diri sempena hari kemerdekaan pada tahun ini.
Take care all. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment