Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

~ Dasar anak order! ~

Assalamualaikum,

"Dasar anakkkkk! Hang tau order saja. Buat sendiri tak nak!" *Hahaha. ini hanya dialog liar*.

Pulangnya ibu dari 1 menyuarat tergempar di dewan sukaramai taman tadi, ibu lantas bertanya mahu makan apa. Oh tipu. Sebenarnya si anak yang bertanyakan ibu dahulu, apakah menu makan malam kita hari ini? Anak yang menggelupur kelaporan sebab hari ini ayah keja balik dekat pukul 4.30pm so tak ada hint hint pisang goreng. AKhirnya petang tadi aku kelaparan, aku merajinkan diri menarik-narik pintu cabinet mak aku cari apa benda untuk di makan. Ada tepung kek, ada beras pulut, ada beras nasi jenama Jasmine, ada mixer, ada minyak matahari jenama Naturells. Tapi akhirnya aku jumpa apa yang aku mahu.. Megi cup perisa kari..lantas aku bukak fridge ada blueberry cheese cake yang aku dapat sempena bulan birthday aku. Thank SB!

Aku sluuurppp megi cawan sambil berimaginasi yang aku sedang berada di bumi Melbourne. Sebab last makan megi cawan meletops ini semasa di rumah Maksu Shima di Clayton. :)
Sambil slurrrrppp aku duk pulun tengok ikan paus di China @Discovery Channel.

Ohhh..sebenarnya menu malam ini adalah bihun kuah. Di mana plan asal adalah bihun goreng tetapi sebab dah lama tak makan bihun kuah, jadi buatlah bihun kuah. Yaaay! Tapi carrot and cauliflower pula tak ada. Sebab pulun nak makan, usai solat Maghrib aku start Gaius and mak aku lari pecut masuk kereta dan duduk sebelah aku. Kami pergi mencari benda-benda yang tiada itu. Asalnya dua tue saja tak ada, sekali buat itu saja, aku beli sabun mandi antabax sekali yang paling murah di pasaraya Mutiara Ambar, kendian ke kedai tabib Cina dan kendian mak aku ajak masuk 7E. Sejak dah ada 7E kat Simpang 4 nie, mak aku pun dah pandia ayaq slurpee tue. Ini adik aku dengan cousin aku la kejanya. Kalau p 7E saja sure nak pow slurpee tue.

Balik-balik dari membeli barang, kami berdua pumpang-pumpang kat dapor. And of course Master Chef Merah yang masak, aku tukang potong sayur, dan barang-barang hiasan di atas bihun rebus tue nanti. Sambil tonton Master Chef Malaysia musim ke-2, so feefiiiling macam berada di dapur MasterChef la dengan pantry terbuka..of course terbuka, kalau duk buat bagi 2 minit mana dan mak aku nak cekau bahan apa nak suruh aku potongkan. Hihihi.

Che Lah ini manja betul lah..suka tengok ngaga-ngada dia tue. :|
Oklah allz, aku mahu concentrate tonton Masterchef musim ke-2 nie. Kukus grill panggang!

Happy working tomorrow ya.. harapnya besok aku tak ada nak mebai-mebai sebab for sure mak aku akan kerah bangun seawal 4.30am, then di office besok ada harapan aku mengantuk kat cubic aku.

Assalamualaikum.. :)

Besok dah Oktober kan..cepatnya masa berlalu...bermulalah new fiscal year for my company 2012/2013..

~ Nak datang rumah? ~

Assalamualaikum..

Baru lepas makan nasi putih + sambal udang + ayam masak kicap + air teh = KENYANG sambil melayan Melodi dan penyudahnya mak suruh makan ubat demam. Ini pun duk batuk-batuk dengan kahak dah banyak. **Sorry kotor pulak**

Semalam anak angkat mak aku datang sebab demo nak konvo kat UNIMAP pagi ini. Mak aku super power dapat info dalaman di mana mama kepada Hafiz tue baru lepas operate mata a week before Ramadan yang lalu. HaHaHa, of kos la hafiz yang bagitau kat mak aku. Mak aku mana ada kuasa tilik meninik nie. Mereka datang dalam 14 orang. Alhamdulillah muat la dengan ruangan rumah comel keluarga i.

Sebab mama Hafiz ini baru lepas operate, masa tue mak aku dah habis masak..tup tup mak aku keluarkan 1 periuk. Rupanya nak masak 1 lagi dish untuk orang operate. Tengok rajin betul mak aku. Ikhlas dalam melayani tetamu. Aku patut belajar lagi part ini. So far, depa malam tadi tak la makan banyak sangat. Lagi-lagi tengok badan memasing kurus memang jenis tak makan banyak. Penat tauu i dok potong-potong bawang segala bagai. Tapi itu di hidangan anak dara, hidangan mak-mak, ayah-ayah dan mereka yang berkeluarga, memang licin la. Nasib baik i dah makan awal lagi..sebab i nak maka ubat kan after Maghrib.

Memang ramai semalam, jauh dari Terengganu dan jauh lagi dari Sarawak. Makan-makan di rumah aku malam tadi merupakan tempat pertemuan keluarga Hafiz dan keluarga gf dia, Amy. HaHaHa. Pandai nooo..
Taniah both. Datanglah lagi ke Perlis yaa..jangan serik dengan suhu panas di sini. Kalau nak kulit lagi tan, mai la sini selalu.

Semoga berjaya dalam hidup, nak makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput kami di Perlis ini. Boleh la aku terjah Terengganu lagi. Last ke Terengganu pun masa w-day Yuzi. Ada juga keluarga yang baik-baik di Terengganu yang aku kenali..Alhamdulillah..at least tak semua warga negeri tue berhati...errm..jawab dowhh.

Assalamualaikum..

SESAL: Malam tadi tak ambil gambar pun. Dah reramai terjah kan.

Saturday, September 29, 2012

~ Apa yang best bila balik kampung? ~

Assalamualaikum,

Iya..minggu ini saya pulang ke kampung halaman lagi. Last week saya tidak pulang sebab ada agenda lain kat Penang. HoHoHo..

Apa yang best bila balik ke kampung halaman?

Oh..saya nyatakan yang kurang best dulu, di mana saya kena drive menyusuri highway demi mencium tangan dan belaga pipi dengan ayahanda bonda. Hanya dengan ayahanda sahaja saya berani berlaga pipi, lepas ini suami saya pula. Hehh.

Berbalik kepada soalan....

1. Yang best saya boleh mandi dengan puas di mana shower gel dalam toilet rumah sewa saya pun dah habis. Sampai ke tahap aku korek sabun-sabun free hotel yang sempat aku rembat time kat Hatyai dulu.

2. Sampai saja rumah malam itu, terus mak jamu nasi sambal udang, sayur campur. Dengan nasi yang limited saya ratah saja udang yang lebihan itu.

3. Makan nasi 3 kali sehari. Breakfast kalau tak nasi lemak, sure nasi tomato yang superr sodap. Then lunch makan nasi and ofcourse malam makan nasi lagi. Kalau di Kulim saya akan pekin duit untuk makan semewah itu. Tak mampu aku nak beli udang besar kat Hussain Nasi Kandar Giant Kulim mahupun membeli sotong. Hanya mampu ayam tandori saja.

4. Ishh..pukul 2 dah, rasa nak makan pisang goreng sedap kat market laaa...then tup tup dengar bunyi moto di start...ouch! Ayah keluar rupanya..dan dalam 10mins kemudian..naahhh 1 plastik pisang goreng sedap itu.

5. Makan ikan fresh. Haaaa..ada rezeki leh makan ikan yang ayah saya tangkap. Itu sungguh nikmat.

6. Bermalasan susuka hati. Ini memang terjadi jua di Kulim, tapi di sini bermalasan ada makanan untuk di telan, di Kulim kalau bermalasan, memang kelaparan tahap gorrila la jawabnya.

7. Belajar potong sayur dari Top Chef Merah. Hahaha. Kerjaya potong sayur, kopek kulit bawang adalah kepakaran saya. Cuba bagi ayam sekoq, ikan 2 ekoq..jawabnya mak aku akan dapat semua bahan-bahan itu lunyai la di belanga. HoHoHo.

Ofcorse la tak semeriah buih macam dalam gambar di atas.

8. Home made teh ais (kalau masa saya tak demam) dan teh panas (time saya demam macam sekarang). Bukan cap lipton tapi cap Trektor. Cap ini lebih sedap dari Teh 888.

9. Buleh seronok2 pakai SK2. Tak payah pakai sunblock bagai, compact powder bagai sebab aku duk dalam rumah saja.

Itu saja untuk saya rungkaikan buat masa ini. Mostly it's about thaaaaa fooods. HaHaHa.

Happy weekenders peeps. Assalamualaikum..

pssss: Tiba-tiba ada rombongan nak terjah rumah aku malam ini. Not really short notice since mum dad dah tahu pun. So aku haruslah buat-buat rajin tolong mak aku memasak sejak pukul 5pm td. Aku belum reaady!

Photo credit to : Here

Thursday, September 27, 2012

~ Mengira rambut putihku ~

Assalamualaikum,

Usia menginjak ke tua dan rambut pun semakin berwarna-warni. PERINGATAN TEGAS: AKU BUKAN MEWARNAKAN RAMBUT AKU tetapi kurniaan ALLAH TAALA yang menganugerahkan rambut putih di kulit kepala aku ini. Alhamdulillah..tak lama lagi sekepala color putih nak challenge color rambut ayah aku. Harr harrr harrr. Sebenarnya ini bukan perkara baru bagi aku, sejak sekolah rendah lagi aku dah memiliki rambut putih ini, jadi tak hairan pun kalau sekarang semakin ada. Cuma masa kecil-kecil dulu jahil, aku p cabut. Nak kata gatal, tak gatal tapi gatal tangan p cabut. Genetik rambut putih ini aku warisi dari keluarga side ayah aku. Arwah Nenek Minah aku dan ayah aku memang rambut super putih. Arwah Nenek Minah lagi laa, cantik rambutnya di sangul kemas kembung. Arwah sungguh pembersih, pengemas, perajin dan segalanya pe pe pe..tapi cucunda Arwah sungguh me me me..memalas!

Seingat aku, rasanya macam tak sampai 5 tahun aku nampak rambut ayah aku hitam, selebihnya aku nampak putih saja. Jadi makanya, anak-anak aku pun macam ini la rasanya..tengok rambut putih ibu saja. Harrr harrr harrr. Syokk wooo, pepagi time duk gosok gigi, selak-selak rambut, cari rambut putih...dah lama tak jumpa jadi once jumpa rasa macam syookkk yang ntah apa-apa..sebab bagi aku cantik rambut putih ini. Hihihi. And aku tak berkenan kalau nak inaikan..bagi aku buat masa ini tak sesuai la nak inaikan sebab terjadi kat ayah aku. Mak aku inaikan rambut dia then bilamana inai dah nak habis color rambut ayah aku dah jadi macam letak pewarna perang pulat. Menyampahh macam tengok Dato' M.Daud Kilau jadinya..cuma ayah aku tak geleng pinggul ja ala-ala Dato' tue saja.

Uban bukan menampakkan ketua-an, tapi menampakkan kematangan yang bersedia untuk menghadapi hari tua. :)



Apakah Hukum Mencabut Uban?

Oleh : Shibli
Ramai manusia zaman sekarang sangat suka mencabut uban atau rambut yang sudah menjadi warna keputihan tanpa mengetahui hukumnya. Ramai juga yang tidak tahu langsung tentang hukum mencabut uban. Dengan sedikit rujukan dan kajian, saya sediakan jawapannya di bawah ini.

"Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa'i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Jawapan Tambahan :

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Abu Daud).


Nota : Oleh itu seelok-eloknya tidak perlu lah anda mencabut uban :)

Wallahualam..

Article credited to: here
Photo credited to: Here

Monday, September 24, 2012

~ Happy birthday Adik Comel ~

Assalamualaikum,

Khas nak ucapakan selamat hari lahir yang ke-19 kepada adik comel saya pada 23-Sept. Ucapan ikhlas dan jujur dari kakak sebagai menggantikan hadiah yang di inginkan. Ooo..meaning bgcik bagi hadiah in advance la. Tak apa, kakak bag hadiah hujung-hujung tahun laa dengan harapan bonus berjuata-juta lemon. Pasrah sebab macam akan dapat C. Huhuhu.

Semoga panjang umur..Fuad..
Pepagi ahad tengok FB, and terus inform mak aku. Mak ada call, tapi budak kecik nie tak jawab rasanya. Hahaha. Ayah ada sms. At the end, kemarin sebelum aku balik, budak comel ini call ayah mintak RM30 lagi. Uishh hang nie, banyak benor guna duit kan. Kami dulu tak macam nie pun. Rasanya sebulan saja mak ayah aku bg dia 100-150. Banyak wooihh..tue hanya untuk makan, topup phone, tix bus balik Perlis saja tau. Memang mewaah!

Semoga menjadi anak yang soleh, dengar cakap mak ayah. Dan adik-beradik yang terbaik dunia akhirat. Amiiiiiiiiiiin..

Monday, September 10, 2012

~ Kita tidak tahu bila.. ~

Assalamualaikum, salam sejahtera, :)

Alhamdulillah syukur di panjangkan usia dari-NYA dengan bertambahnya 1 lagi tahun untuk umur tua aku. Dah masuk 29 tahun pun pada 1hb hari tue. Perasaan? Ermmm..gembira, syukur, takut pun ada, risau pun ada. Macam-macam ada la rasanya. Cuma macam mana nak hadapi tue semua, bergantung pada diri kita sendiri. Kalau BMW, semakin tinggi series-nya, semakin mahal..kalau kita sebagai insan biasa ini untuk memahalkan diri haruslah bersiap sedia untuk menghadapi YANG MAHA ESA pada suatu ketika yang kita sendiri tidak tahu bila.

Aku baru saja sampai dari KL nie. Once in the blue moon in KL..wow! Bestnyaa...jumpa kawan-kawan and hari-hari terpandang KLCC. Iya-iya, orang yang stay kat KL dah tak larat nak pandang KLCC kan, aku anak orang kampung semestinya rasa bangga tgk twin tower tue. Tadi pun masa otw to Pudu, aku dengan SIL memasing duk memuji KLCC while our driver a.k.a Abgcik aku duk cakap biasa ja. Maybe di mulut dia saja. Siapalah yang tak impress tgk KLCC kan and memang bernas idea Tun M. untuk bina such a mega building in KL.

Tadi dalam bus, aku busy sms dengan kawan sek rendah aku. SMS saja buat masa nie, nak whatsapps pun tak ada lagi phone mcm tue. Kami bercakap pasal macam-macam. Antaranya memohon maaf sesama kawan-kawan. Iya benar, kita semua tak tahu bila akhir umur kita. Jadi sementara ada waktu, jangan kita 'bertagak-tagak' bak kata orang Kedah, terus saja mohon maaf dari kawan yang kita rasa ada buat salah tue. Lantas aku terus sms kawan aku nan sorang ini. Iya, dia tiada salah denga aku tapi dia ada salah dengan kawan aku. Kalau berjumpa, sure kisah tue akan kami cakap, bbla bla bla bla..aku hanya penambah aroma kebencian kawan baik aku nie kepada kawan yang sorang itu. Jadi terus aku sms kawan yang sorang itu. Tapi sampai sekarang masih belum dia tak reply lagi. Mungkin tengah tunggu line clear kot baru nak reply. Aku harap dia akan reply, and kawan baik aku cakap, tak apa..aku dah mohon maaf, just tunggu dia reply saja saja.

Semoga dia akan reply, aku berdoa..

Tak kurang juga ada seorang kawan yang penah wujud dalam hidup aku, last time aku jumpa dia, dia cakap dia datang ke mumuyani.blogspot ini. Dan kalau dia masih baca pun, aku nak bgtau kat dia, aku dah maafkan salah silap dia kat aku. Kalau tak baca pun tak apa, aku dah maafkan dia pun. Sebagai orang Islam, untuk apalah sangat kita berdendam sesama kita. Tiada untungnya..Aku mendoakan yang terbaik untuk semuanya..

Kita memaafkan orang yang penah buat salah pada kita, insyaALLAH orang yang kita penah buat mereka merana atas tindakan kita juga akan memaafkan kita. Semuanya dengan izin DIA. :)

Oleh itu, kalau kita rasa nak minta maaf dari orang yang kita penah buat salah padanya, teruskan minta..jangan di simpan-simpan sebab kita tak tahu bila kita akan habis umur ini. Ada kesempatan, terus minta..lagi bagus direct face-to-face or give them a call. InsyaALLAH silaturrahim yang terputus akan terjalin kembali..

Sedangkan Nabi Muhammad SAW kekasih ALLAH yang tinggi darjatnya pun memaafkan umat, inikan kita insan biasa di muka bumi ini. Jom mulai hari ini kita jadi pemaaf. Aku ingatkan diri aku dan semua kawan-kawan yang baca ini juga. Semoga dengan ini hati kita akan menjadi lebih tengan dan hidup seharian dengan penuh keredhoan atas apa yang terjadi pada diri kita. Amiiiin.

Happy working tomorrow peeps. Assalamualaikum and enjoy ur Monday blueess ya. Hihihi.

Photo credit to : Here