Nuffnang

Saturday, September 29, 2012

~ Apa yang best bila balik kampung? ~

Assalamualaikum,

Iya..minggu ini saya pulang ke kampung halaman lagi. Last week saya tidak pulang sebab ada agenda lain kat Penang. HoHoHo..

Apa yang best bila balik ke kampung halaman?

Oh..saya nyatakan yang kurang best dulu, di mana saya kena drive menyusuri highway demi mencium tangan dan belaga pipi dengan ayahanda bonda. Hanya dengan ayahanda sahaja saya berani berlaga pipi, lepas ini suami saya pula. Hehh.

Berbalik kepada soalan....

1. Yang best saya boleh mandi dengan puas di mana shower gel dalam toilet rumah sewa saya pun dah habis. Sampai ke tahap aku korek sabun-sabun free hotel yang sempat aku rembat time kat Hatyai dulu.

2. Sampai saja rumah malam itu, terus mak jamu nasi sambal udang, sayur campur. Dengan nasi yang limited saya ratah saja udang yang lebihan itu.

3. Makan nasi 3 kali sehari. Breakfast kalau tak nasi lemak, sure nasi tomato yang superr sodap. Then lunch makan nasi and ofcourse malam makan nasi lagi. Kalau di Kulim saya akan pekin duit untuk makan semewah itu. Tak mampu aku nak beli udang besar kat Hussain Nasi Kandar Giant Kulim mahupun membeli sotong. Hanya mampu ayam tandori saja.

4. Ishh..pukul 2 dah, rasa nak makan pisang goreng sedap kat market laaa...then tup tup dengar bunyi moto di start...ouch! Ayah keluar rupanya..dan dalam 10mins kemudian..naahhh 1 plastik pisang goreng sedap itu.

5. Makan ikan fresh. Haaaa..ada rezeki leh makan ikan yang ayah saya tangkap. Itu sungguh nikmat.

6. Bermalasan susuka hati. Ini memang terjadi jua di Kulim, tapi di sini bermalasan ada makanan untuk di telan, di Kulim kalau bermalasan, memang kelaparan tahap gorrila la jawabnya.

7. Belajar potong sayur dari Top Chef Merah. Hahaha. Kerjaya potong sayur, kopek kulit bawang adalah kepakaran saya. Cuba bagi ayam sekoq, ikan 2 ekoq..jawabnya mak aku akan dapat semua bahan-bahan itu lunyai la di belanga. HoHoHo.

Ofcorse la tak semeriah buih macam dalam gambar di atas.

8. Home made teh ais (kalau masa saya tak demam) dan teh panas (time saya demam macam sekarang). Bukan cap lipton tapi cap Trektor. Cap ini lebih sedap dari Teh 888.

9. Buleh seronok2 pakai SK2. Tak payah pakai sunblock bagai, compact powder bagai sebab aku duk dalam rumah saja.

Itu saja untuk saya rungkaikan buat masa ini. Mostly it's about thaaaaa fooods. HaHaHa.

Happy weekenders peeps. Assalamualaikum..

pssss: Tiba-tiba ada rombongan nak terjah rumah aku malam ini. Not really short notice since mum dad dah tahu pun. So aku haruslah buat-buat rajin tolong mak aku memasak sejak pukul 5pm td. Aku belum reaady!

Photo credit to : Here

No comments: