Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

~ Dasar anak order! ~

Assalamualaikum,

"Dasar anakkkkk! Hang tau order saja. Buat sendiri tak nak!" *Hahaha. ini hanya dialog liar*.

Pulangnya ibu dari 1 menyuarat tergempar di dewan sukaramai taman tadi, ibu lantas bertanya mahu makan apa. Oh tipu. Sebenarnya si anak yang bertanyakan ibu dahulu, apakah menu makan malam kita hari ini? Anak yang menggelupur kelaporan sebab hari ini ayah keja balik dekat pukul 4.30pm so tak ada hint hint pisang goreng. AKhirnya petang tadi aku kelaparan, aku merajinkan diri menarik-narik pintu cabinet mak aku cari apa benda untuk di makan. Ada tepung kek, ada beras pulut, ada beras nasi jenama Jasmine, ada mixer, ada minyak matahari jenama Naturells. Tapi akhirnya aku jumpa apa yang aku mahu.. Megi cup perisa kari..lantas aku bukak fridge ada blueberry cheese cake yang aku dapat sempena bulan birthday aku. Thank SB!

Aku sluuurppp megi cawan sambil berimaginasi yang aku sedang berada di bumi Melbourne. Sebab last makan megi cawan meletops ini semasa di rumah Maksu Shima di Clayton. :)
Sambil slurrrrppp aku duk pulun tengok ikan paus di China @Discovery Channel.

Ohhh..sebenarnya menu malam ini adalah bihun kuah. Di mana plan asal adalah bihun goreng tetapi sebab dah lama tak makan bihun kuah, jadi buatlah bihun kuah. Yaaay! Tapi carrot and cauliflower pula tak ada. Sebab pulun nak makan, usai solat Maghrib aku start Gaius and mak aku lari pecut masuk kereta dan duduk sebelah aku. Kami pergi mencari benda-benda yang tiada itu. Asalnya dua tue saja tak ada, sekali buat itu saja, aku beli sabun mandi antabax sekali yang paling murah di pasaraya Mutiara Ambar, kendian ke kedai tabib Cina dan kendian mak aku ajak masuk 7E. Sejak dah ada 7E kat Simpang 4 nie, mak aku pun dah pandia ayaq slurpee tue. Ini adik aku dengan cousin aku la kejanya. Kalau p 7E saja sure nak pow slurpee tue.

Balik-balik dari membeli barang, kami berdua pumpang-pumpang kat dapor. And of course Master Chef Merah yang masak, aku tukang potong sayur, dan barang-barang hiasan di atas bihun rebus tue nanti. Sambil tonton Master Chef Malaysia musim ke-2, so feefiiiling macam berada di dapur MasterChef la dengan pantry terbuka..of course terbuka, kalau duk buat bagi 2 minit mana dan mak aku nak cekau bahan apa nak suruh aku potongkan. Hihihi.

Che Lah ini manja betul lah..suka tengok ngaga-ngada dia tue. :|
Oklah allz, aku mahu concentrate tonton Masterchef musim ke-2 nie. Kukus grill panggang!

Happy working tomorrow ya.. harapnya besok aku tak ada nak mebai-mebai sebab for sure mak aku akan kerah bangun seawal 4.30am, then di office besok ada harapan aku mengantuk kat cubic aku.

Assalamualaikum.. :)

Besok dah Oktober kan..cepatnya masa berlalu...bermulalah new fiscal year for my company 2012/2013..

2 comments:

SuriaRashid said...

Pasaraya Ambar...lama tak pi..rindu simpang..tempat jatuh lagikan dikenang..apa lagi tempat dating ngan member tersayang sorang tuuu...

Yani said...

Hahaha Ya..betoi tue..tapi semakin crowded la pasaraya tue. tak ada langsung nak follow 5S. Hahaha..

fyi, cubic aku pun macam sarang kerbau..maluuuu sebab sebab tapi malas nak kemas..