Nuffnang

Sunday, September 30, 2012

~ Nak datang rumah? ~

Assalamualaikum..

Baru lepas makan nasi putih + sambal udang + ayam masak kicap + air teh = KENYANG sambil melayan Melodi dan penyudahnya mak suruh makan ubat demam. Ini pun duk batuk-batuk dengan kahak dah banyak. **Sorry kotor pulak**

Semalam anak angkat mak aku datang sebab demo nak konvo kat UNIMAP pagi ini. Mak aku super power dapat info dalaman di mana mama kepada Hafiz tue baru lepas operate mata a week before Ramadan yang lalu. HaHaHa, of kos la hafiz yang bagitau kat mak aku. Mak aku mana ada kuasa tilik meninik nie. Mereka datang dalam 14 orang. Alhamdulillah muat la dengan ruangan rumah comel keluarga i.

Sebab mama Hafiz ini baru lepas operate, masa tue mak aku dah habis masak..tup tup mak aku keluarkan 1 periuk. Rupanya nak masak 1 lagi dish untuk orang operate. Tengok rajin betul mak aku. Ikhlas dalam melayani tetamu. Aku patut belajar lagi part ini. So far, depa malam tadi tak la makan banyak sangat. Lagi-lagi tengok badan memasing kurus memang jenis tak makan banyak. Penat tauu i dok potong-potong bawang segala bagai. Tapi itu di hidangan anak dara, hidangan mak-mak, ayah-ayah dan mereka yang berkeluarga, memang licin la. Nasib baik i dah makan awal lagi..sebab i nak maka ubat kan after Maghrib.

Memang ramai semalam, jauh dari Terengganu dan jauh lagi dari Sarawak. Makan-makan di rumah aku malam tadi merupakan tempat pertemuan keluarga Hafiz dan keluarga gf dia, Amy. HaHaHa. Pandai nooo..
Taniah both. Datanglah lagi ke Perlis yaa..jangan serik dengan suhu panas di sini. Kalau nak kulit lagi tan, mai la sini selalu.

Semoga berjaya dalam hidup, nak makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput kami di Perlis ini. Boleh la aku terjah Terengganu lagi. Last ke Terengganu pun masa w-day Yuzi. Ada juga keluarga yang baik-baik di Terengganu yang aku kenali..Alhamdulillah..at least tak semua warga negeri tue berhati...errm..jawab dowhh.

Assalamualaikum..

SESAL: Malam tadi tak ambil gambar pun. Dah reramai terjah kan.

No comments: