Nuffnang

Monday, October 15, 2012

~ Beza tak? sama sama tak? ~

Assalamualaikum,

Survey la kekonon.

Sama tak doa mak dan doa kita?

Doa Mak kalau Anak sakit:
Mak pinta pada ALLAH Taala sembuhkan sakit kita, andai nyawa beliau dapat digantikan dengan hilangnya sakit kita, mak sanggup beri nyawa beliau. Mak cakap, mak tak gembira kalau kita tiada di dunia disisinya..Mak mahu sangat kita hidup, membesar dengan mak. Mak nak sangat jaga kita even mak tak larat. Kita sungguh penting buat mak.

Doa Anak kalau Mak sakit:
Pastinya anak akan berdoa sepenuh hati agar ALLAH Taala menyembuhkan sakit mak kita. Tetapi apabila sakit mak kian worst, pasti ada anak akan berdoa agar ALLAH Taala ambil nyawa mak SEBAB tak sanggup tengok mak menderita... apakah mak sudah tidak berharga lagi pada kita sampai sanggup berdoa macam tue sekali. Sudah penat menjaga mak sakit?

Semoga kita semua taat menjaga mak kita. Ya..kita semua tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang, semoga kita semua dapat jaga bila mak kita sakit, dapat suami yang memahami untuk izinkan kita menjaga mak apabila mak tidak sihat.

Apa yang di idamkan, agar mak akan merasa puas hasil jagaan kita semasa beliau sakit. Mampukah kita?
Semoga kita mampu..Amiiiiiiiiiin.

Anyway: Happy birthday bgcik, Kaza. I love youu...semoga you lagi kaya rayaa..dan semestinya panjang umur, dikurniakan kesihatan yang terbaik agar dapat melaksanakan arahan-NYA. Semoga cepat-cepat dapat baby. Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin..

Assalamualaikum..

No comments: