Nuffnang

Monday, October 1, 2012

~ Oktoberr dahhh ~

Assalamualaikum,

Yooo..dah Oktober pun untuk tahun 2012. Sat ja weis..usia aku pun dah injak ke 29tahun 1 bulan hari ini. Kalau 29 tahun yang lalu, mak aku masih dalam sesi berpantang tatkala ini. mak aku melahirkan aku di usia beliau 28 tahun. uihh..penat aihhh..

Hari ini perasaan pergi ke keja adalah biasa-biasa saja. Rasa nak amik MC pun ada cuma tak sampai percentage yang tinggi, hanya dalam 10% sebab aku ada agenda lain nak buat dengan MC ini nanti. Gerak dari bumi Perlis seawal 6.30am dan cubaan untuk sampai ke Kulim seawal 8.30am meleset sama sekali. Aku sampai 8.20am. ahahaha. and and and..of course I'm calling my mum around 8.45am..kekonon aku tak speeding la. Tapi memang aku tak speeding pun. My luck today which is cuaca tak panas, kereta pun kurang busy dan aku plg laju pun 110km/j saja. Average is 100km/j sebab aku dengar cakap mak aku jangan bawak laju. Tapi sebab traffic lancar, tiada kesesakan..jadi aku pun berjaya sampai awai plus aku ada touch n go..so aku go fast laa. :)

Keja aku banyak, keja aku banyak...tapi buatnya tak bersungguh hari nie. Mungkin sebab MOnday and boss aku awal-awal mai tanya about my meeting last week. Blurr weii pepagi dah kena terjah. Dah la suara aku sexy pagi ini akibat batuk and flu yang tak lega lagi. Ini pun masih berkahak. Yang best demam kali nie, aku tak makan antibiotic. Yaaaaaaaaay! Aku mengamalkan minum air masak yang super banyak masa di rumah. Berkesan..memang air masak sungguh berkesan untuk coooling our body yang sedang heated inside.

Lunch sungguh dinantikan dan aku lunch dengan mummy-to-be, Meen with Kak Sobah. Keluar dengan ibu dan bakal ibu ini, tajuk perbualan haruslah berkisar pasal anak-anak, baby-baby tak kurang juga pasal budget 2013 yang diumumkan oleh PM pada Jumaat yang lalu. Aku duk seat belakang hanya mendengar saja..so far Samurai burger biasa-biasa saja. Untuk mereka yang sukakan kepedasan, mungkin burger ini kurang ummppp di mulut mereka, tapi bagi aku. best saja. Tak pedas jadi tak perlu aku gagah-gagah nak sulam minum air Milo panas lantas perut aku akan kurang muncitnya. Hihihihi.

Akibat dari balik Perlis makan seperti Maharani, jadi pemakanan di Kulim adalah seperti hamba sahaya saja. Aku nak control makan dan penjimatan tahap maksimum sebab aku nak beli kasut sukan untuk aku ber-marathon di Penang Bridge pada bulan November nanti. Tue la tamak haloba sangat, orang amik 20km aku pun nak amik juga, walhal hari tue StarWalk 10km pun dah macam jalan dari Perlis ke Johor. Jadi aku mempunyai perancangan yang jitu untuk ke arah meningkatkan stamina badan. Mula-mula harus kawal pemakanan. BUt haven't decide when I wanna to start it. As for now, I put it on HOLD. Waiting my proper sport shoes dulu yaa..

Penangan budget 2013, perihal pembayaran PTPTN. Banyak juga kerajaan concerns tapi masaelahnya, untuk aku tiada apa. NULL! Apahal PM? Untuk golongan macam aku nie tak ada apa-apa kaa? Penat laa macam nie. Menggalakkan beli iphone adalah. Orang swasta rugi, penjawat awam untung aku tak kisah, yang penting sekarang di mana keadilan untuk semua pihak? Aku pengguna minyak, turunkan harga minyak boleh tak supaya lagi boleh tiap minggu aku dapat tatap wajah ayahanda bonda aku. Juga toll sekali tauu..1 lagi aku teringin nak beli rumah, cakap budget 2013 harga rumah nak turunkan, aku nak tengok sikit banyak mana nak turun. Kalau macam tue juga aku tengok, so tengoklah apa aku nak vote dalam election nanti.

Anda ingat, anda dapat..

Assalamualaikum..

Aku nak habiskan roti Damiral ini. Sedapnya..Nak kemas baju yang bawak dari Perlis, aku tangguhkan kepada hari esok.

No comments: