Nuffnang

Thursday, October 25, 2012

~ Saya balik raya.. ~

Assalamualaikum and good evening everybody,

Ahha. I'm the last among my MDM team leaving office. Dalam kalut-kalut nak balik tue ada ja urgent request. Ohhh..ini bukan nak mengadu domba, hanya meluahkan bagaimana rasa kalut saya pada petang tadi.

1. All day long - waiting to release BNR --> Pending from PTE
2. All day long - waiting any green light from PI whether do we need to add sorter operation or not --> he didnt take action before 2pm but he decided to contact me around 4.05pm. What a miracle dear. Of course I will not entertain him.
3. Lot issue due to some setting - as what I know, it must comes with 4 block then baru kita boleh set it. --> solve with flying color as per advice from IT. Yayyy.
4. Spec change. URGENT! URGENT! URGENT. Kalau tak change nie our fab akan meletup. Bukan 1 route, tapi belas-belas route for more than 30product numbers. --> Done with PI seating next to me during changes. 4EyePrinciple yooooo.
5. Ohhh bomb. UPS want to change next schedule time for their tool. I ask her to submit the request asap. Funny question from her " Are you working tomorrow?"..heyyy..aku nak raya la..korban lembu kott..
6. 5.05pm, PTE IM me saying he already released those wanted BNRs. Sorry dear..I mahu pulang. Monday aja kita submit signoff. Thank you.

Inilah dugaan dan cabaran yang saya lalui sebelum saya enaknya duduk atas kerusi empuk emak saya ini sambil menonton Reflections at TV9. Emak, ayah dan adik saya pulang ke kampung untuk mengambil ketupat dari rumah tok saya dan rendang sedang sedap elok dalam periuk..Tue haa.saya nampak dari sini.

Jadi semua, selamat hari raya korban. Semoga kita semua mendapat hikmah daripada peristiwa korban antara Nabi Ibrahim A.S dan anak Baginda Nabi Ismail A.S. Satu pengorbanan yang sangat berat di mana antara salah satu sebabnya..Nabi Ibrahim A.S agak lewat mendapat anak akan tetapi pada suatu malam Baginda bermimpi/terdengar satu arahan dari ALLAH Taala yang menyuruh Baginda menyembelih anaknya itu. Baginda A.S bertanyakan kepada anaknya..dan Nabi Ismail. A.S merelakan dan berdoa semoga Baginda berada bersama golongan orang-orang yang bersabar.

Subhanallah..bapa menerima arahan untuk sembelih anak dari ALLAH SWT YANG MAHA AGUNG.
Sukarnya ujian-NYA ini..Atas keimanan dan ketaqwaan yang tinggi, Baginda berdua berjaya menghadapai ujian tersebut. Subnanallah..

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Wallahualam..

Credit to: Here

No comments: