Nuffnang

Monday, October 8, 2012

~ Susah dan Senang ~

Assalamualaikum, Happy Monday morning peeps,

Alhamdulillah, pagi tadi ada raining sikit dan sejuk-sejuk air paip. Rasa nak bungkus diri saja tadi. Tapi azam yang kuat, semangat yang kekonon kental nak ke office seawal mungkin. Akhirnya 8.25am juga sampai cubic. Tue pun sebab duduk bersembang dengan pakcik ramah tamah kat parking kereta. Pepagi kena soalan dusshhhh "dah kawen ka dak lagi?" Uihhh..pakcik tue nasihat, "cari la pelan"..dalam hati aku cakap, nak cari cepat-cepat yang berakhlak baik..titipkan doa perlahan-lahan dalam hati..Amiiiiiiiiiiiiiiiiiin.

Bercakap pasal susang senang. Kadang-kadang kita rasa kita susah sekarang, penah dengar ustaz berceramah..katanya sekarang ALLAH Taala bagi kita susah, sebab lepas ini pasti ada kesenangan yang ALLAH Taala nak kurniakan kepada kita. Contohnya kita sesat jalan di kawasan A hari nie, sampaikan kita dah terlajak ke kawasan B. Punyalah pusing-pusing kawasan B. Kalau sesat jalan, jangan malu bertanya orang. Rupanya dah terlajak and orang tue pun guide kita ke macam mana nak cari Kawasan A. Alhamdulillah, akhirnya kita sampai juga di Kawasan A. Rupanya bulan depan kita ada urusan di Kawasan B, jadiiii mudah sekali mencari tempat yang kita ingin tuju di Kawasan B tersebut. ALLAH Taala susahkan kita dahulu dan permudahkan kita kemudianya... bak kata orang putih, there's a rainbow always after the rain. Always?? Not pretty sure.  :)

Jadi selalulah berdoa agar di permudahkan segala urusan seharian kita dan cuba sedaya mungkin untuk permudahkan urusan orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri, pikir diri sendiri saja. Sama juga bila kita makan, ingatlah orang belakang sama, jangan semua ayam lagi-lagi part yang kita suka kita kaut semua dalam pinggan kita walaupun saat itu makanan itu adalah favourite kita seumur hidup sekalipun!

Banyak benda kita patut belajar dari orang tua kita. Pasal menabung, pasal jaga hati pihak lain, pasal nak jaga diri dan macam-macam lagi. Kadang-kala apa yang kita buat tak ada benefit pun untuk diri kita, tapi ada benefit untuk orang lain. Benda ini sungguh susah untuk aku lalukan buat masa ini. Haaaa..

Happy working all..

Assalamualaikum..

Photo credit to : here

2 comments:

SuriaRashid said...

weh..update blog ja keja..tak da keja kah?..wahahahaaaa

Yani said...

Haha. Ya...bila ada rasa yang menyentuh hati ini, tulis saja. Baby dalam tummy sihat? B/G?