Nuffnang

Saturday, October 20, 2012

~ Untuk Ayah saya ~

Assalamualaikum,

Walla..pagi Sabtu saya duk melayan Youtube. Toggle merata dan jumpa lagu ini. Ohh..sebak teringat ayah di kampung halaman. Ececece..yoolaa tue. InsyaALLAH hari Khamis depan berjumpa lagi.



Ayah bukanlah jenis mudah untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Namun ayah akan tunjukkan kasih sayang mereka dengan belikan kita makanan yang sedap-sedap, enak-enak, mahal-mahal (dar kebiasaan hari ayah dengan emak). Serius bagi saya, dulu kalau dapat makan buah anggur tue dah kira mewah la hari kami hari tue. Kalau dapat makan KFC hari tue, kira..waaa..ayah ada duit lebih la nie. Menjadi kebiasaannya kami, kalau hari ayah dapat gaji, mesti pergi makan nasi Ayam di Kuala Perlis. Sampaikan makcik kedai pun dah kenal kami. Sebulan sekali pasti pergi jengah ke kedai dia. Anak-anak pula mak bagi pakai baju tidor yang sama pattern cuma color saja berlainan. And saya pun baju sama dengan   Arwah Abgchaq dengan Abgchik. :)

Ini ayah saya Sjn Ahmad Hj Abdul Rani
Balik malam tue ayah pasti akan menyusuri pantai, ayah dan mak bukak tingkap kat depan, angin pantai masuk dalam kereta kami. Rule ayah: Tingkap belakang tak boleh di bukak sebab kam kecik lagi. Jadi bila balik kampung, masa nak bye-bye tok,wan kat kampung kami bukak tingkap nak bye-bye depa, time tue syookk sungguh sebab ayah tak boleh nak marah lagi masa tue. Hahahaha. Bila besar dah mula faham, bahaya kalau bukak tingkap kat belakang, mak ayah kat depan..sebab susah mak ayah nak monitor kami kat belakang. Sekarang dah fahammmmm..

Ayah juga bukanlah jenis suka marah tapi kami tahu tegasnya itu. Kami tahu apa yang boleh guna, apa yang tak boleh guna. Contohnya: Gunting ayah. Gunting tue ayah guna untuk potong misai. Gunting tue memang sedia ada di tempat yang ayah selalu letakkan. Satu hari adalah la anak yang no berapa tahh, nak main potong-potong kertas. Cari dalam laci gunting merah tak ada, jadi terus p cari gunting ayah. Gunting misai(tajam) kami p guna gunting kertas. Sure bila ayah guna semula gunting misai tue dah lain sikit performance gunting tue. Ayah akan tanya kenapa guna gunting ayah, kami semua takut nak jawab..at last ayah bgtau kenapa jangan guna gunting misai ayah tue. Guna gunting yang kami sedia guna sebelum ini. Sekarang dah fahammmmm..

Saya adalah anak favorite ayah(ofkos sebelum kelahiran anak manja mak ayah sekarang..ahha..Fuad!) Naik moto denga ayah, beli barang dengan ayah, ronda pantai dengan ayah, pergi balai dengan ayah untuk check roster ayah..saya sayang ayah. Masa tue bonding saya dengan ayah sangat rapat. Kalau orang tanya "Anak ayah ka anak mak?"..saya akan jawab "Anak ayah!". Hihihi. Sure mak baraa jaa.. Hahaha..

Ayah saya keja 8 jam 8 jam. Jadi ada ketikanya ayah akan keja malam..tinggal la kami 4 beranak dalam rumah. Paling best kalau ayah balik lunch kat rumah bawak balik over over walkie talkie. Seronok kami pun nak main-main. Kadang-kadang ayah bagi la kami pegang-pegang. Ada ketika ayah bawak balik pistol, haa..tue ayah akan letak atas bumbung almari. Tingggggggggggggi. Sekarang dah fahammmmm..



Saya ada mendengar seorang ustaz ini bercerita..Kalau kita bela, jaga ayah elok-elok.. Banyaknya pahalanya. Betapa sabarnya ayah mendidik kita..Kasih seborang ayah untuk kita..Di harap kita tak jadi anak ayah derhaka kepada ayah kita. Merungut bila menjaga mak ayah. Bapa merupakan pintu yang membawa kita ke syurga..kalau mak, syurga terletak di bawah telapak kaki mak. Mereka berdua sungguh penting dalam hidup kita tak kisah siapa saja mereka sebab kerana mereka-lah kita wujud di muka bumi ini, meramaikan makhluk di dunia ini.

Jangan pukul kucing tau..

Assalamualaikum..enjoice ur weekend.

No comments: