Nuffnang

Sunday, November 25, 2012

~ Masa takut datang lagi ~

Assalamualaikum,

Tatkala semua orang dah nak dirikan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW , aku antara orang yang ketaq. Sebenarnya aku enjoy masa sekarang but at the same time rasa takut sebab masih mencari-cari sesuatu yang belum pasti. Sememangnya segalanya telah di tentukan oleh-NYA. Kita perlu bersangka baik untuk setiap ketentuan-NYA. Aku yakin, kawan-kawan semua juga yakin.

Hari Khamis nie 29Nov-12 teringin nak tonton rancangan Semanis Kurma yang bertajuk "Misteri Jodoh". Pastinya semua kita yang masih belum ketemui jodoh pasti tertanya-tanya jodoh sendiri. Kannn.. Aku suka juga masa sekarang di mana aku dengan lagi 3 orang kawan kat office pasti selalu cakap pasal ini setiap hari. Masing-masing antara kami tertanya jodoh memasing. Aku pasti kalau dah kawen nanti, sure kami semua akan rindu zaman kami duk sembang pasal jodoh ini. Comel. :)

Alhamdulillah. Mak ayah aku tak ada tanya-tanya sangat, tapi aku tau dalam hati mereka sungguh ternanti-nanti nak buat kenduri. Sabarlah wahai mak, wahai ayah..insyaALLAH masa itu akan berlaku juga dengan izin-NYA..Amiiiiiiiiiiiin.

So apa aku lalukan? Huuuuuu..takut wohh..berdoa dan banyakkan membaca. Tue antara usaha tekun yang di lakukan. Haishh..itulah aktiviti harian..semoga jodoh semakin hampir. InsyaALLAH. Kita berdoa dan aku patut tambahkan usaha yang jitu. Tapi gena..tak reti woh.

Happy working tomorrow peeps. Jom siap sedia mandi..dah nak Maghrib nie. Tahun ini aku lalai, aku tak berpuasa 9/10/11 Muharram. Aku lalai..aku lalai..Ampunkan aku YA ALLAH..

Assalamualaikum..

Tenang hati dengar Ustaz Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz membaca kalam ALLAH Taala.

Saturday, November 17, 2012

~ Saya MAHU belajar Bahasa German ~

Assalamualaikum,

Last week very hectic for me. Need to create new product number and we rarely creating the product number. After 7yrs, only 13 product number was created and this year our team really created to create the product number. Hahaa..

the way we communicate..harrharr..
For me, I have to create 3 product numbers. I'm still beginner for this topic and same goes to my team. My 2 product number very special because its will process at other site. Thus, we need advise from our counterpart on how it. The expert is Franz G. But he cannot speak English only can write. Then I refer to Knafl P. Gosh! Same.

Can't ask much to them. Then one who always be translator for me is away from office until end of Nov. Using Google translate to talk with them and only simple word will do.

Boss, I think I wan to join German Class next quarter. Can??

Wish me luck for Penang Bridge Marathon tonight at 3am 18Nov-12. I hope I can hit finish line safely..At this moment, I would say NO to Sweeper bus. Haha.

Assalamualaikum :)

Thursday, November 8, 2012

~ Puji meninggi, akibatnya.. ~

Assalamualaikum,

Oh rasanya bagaikan sungguh sunyi sepi setiap malam, bagaikan purnama bersembunyi di balik awan tebal, bagaikan sang rembulan merajuk dengan bintang-bintang yang sungguh bercahaya berkilauan..sebab apa semuanya itu terjadi?? Habai mai sat..iya.. lappy saya sudah nazak lantas menyombong dengan saya. A few nights before saya tak ada la follow SOP to shutdown lappy. Main terus tutup suis kat dinding sebab awal-awal lagi dah dismantle battery from my lappy. Yaa..for 3,4 night she looks like normal. But last Friday, she want to die already. I have to format her again..install everything new..and currently I'm thinking like to buy new gadget for myself.

Inilah jenamanya..
My latest gadget is my new semi-dslr camera, Sony Nex5 on 28-April-2011. Haha..I still remember the date! Oh kos ingat. Terbang almost RM2.45K kot. Mahu membeli sebuah smartphone pun menjadi impian yang belum terlaksana dalam hidup. Sedangkan adik kecil saya pun sudah memiliki smartphone atas belas ikhlas abgcik and SIL. Haha.. Saya berharap, berdoa semoga di beri rezeki yang lebih dari-NYA agar dapat membeli gadget impian hati selama ini. Hohoo.

Apa saya lakukan tiap malam?
1. Menonton tv - now airing Masterchef Malaysia S2. Jadinya tengok memang tak lupa dunia la.
2. Mononton tv - any cooking channel. I'm just enjoying to see how easy the cook every dishes. Like miracle..tadaaa...ready to serve/eat.
3. Membaca buku - oh ya..currently reading "Anakku brain tumor". Anak kepada Che Am dari kumpulan nasyid terkenal dari Malaysia, RAIHAN.
4. Menguruskan baju, melipat, menyusun dan akhirkan siapkan untuk pakai pada besok hari.
5. Berangan sebelum tidur. Oh ini paling bestt..berangan macam-macam. Kaya raya, happy gembira..indah-indah belaka yang di angankan.

Oh ya..talking pasal puji meninggi.. last week kot, saya ada puji-puji dalam hati lappy saya ini sungguh banyak jasanya pada saya. Zaman univ, zaman bekerja gini..saya apply kerja menggunakan lappy saya ini. Seronok bukan kepalang. Lappy saya ini di beli sejak tahun 2006 lagi rasanya..or lagi awal dari tue. Memang berbaloi la guna..dulu zaman univ, time baru-baru belajar format lappy..ada 1 hari tue saya format lappy saya sebanyak 14kali. Hahaha..Memang gila..dengan harapan ilmu yang baru di belajar, kalau practice banyak kali takkan mudah lupa..Tapi sekarang..semuanya bersawang dalam otak saya. Small curved dalam otak saya pasti tidak banyak berubah-ubah to forming new memories. How to recover my longterm memory back? Tanya sama pokokoooo..

Mallas...sekarang waktu Maghrib. Iya. Saya masih belum bersolat..Mari mengerjakan solat..
Assalamualaikum..

Photo credit to : Here

Friday, November 2, 2012

~ Tabiat ka Tebiat ~

Assalamualaikum happy flyday,

Tabiat: artinya perkara yang biasa atau terselalu kita lakukan tak kira masa. Masa lapang atau masa busy. Kadang-kadang memang pelik tabiat yang kita selalu buat tue. Kalau tak buat, sure rasa hari tue tak bermaksa sepenuhnya. Aku pun tak kurang ada tabiat yang kadang-kadang aku pikiaq, memang pelik juga.

Tabiat korek telinga sebelum tidoq:
Iya. Kalau tak korek, tak gali memang tak tenteram roh nak pergi berjalan-jalan di malam hari. Jadi aku pasti akan korek/gali telinga selali-lalinya sebelum tidoq. Bila tengok cotton pud tue, tak ada apa-apa pun, most of the time with white color and kalau lepas mandi sure akan basah a bit. Tue kiranya tabiat or buang tebiat?

Tabiat gigit kuku
Haa..yang nie bukan aku. Kalau boleh nak gigit kuku tue kiranya tak payah la nak pikiaq cari pengepit kuku nak potong kuku. Jangan duk p gigit kuku jari kaki sudah lah. Tue kiranya tabiat or buang tebiat?

Tabiat Goyang Kaki
Sebenarnya ini sebab utama aku tulis pasai tabiat nie. Aku suka goyang kaki kekadang. Goyang for no reason. Orang kata tak elok, tapi mak aku tak penah tegur pulak. Aku suka goyang kaki, budget tue dah habis relax la. Even kat office pun aku goyong for no reason. tenang ok. Tue kiranya tabiat or buang tebiat?

Tabiat Lena bila-bila masa
Even atas moto pun buleh lena, apa hasilnya...langgarlah pokok di tepi jalan. Ini terjadi kat kawan ayah aku. Pakcik MatNoor. Kesian dia luka sebab kemalangan itu. Kadang masa kat balai pun Pakcik nie boleh terlena. Mudahnya dia terlena. Tue kiranya tabiat or buang tebiat?

Antara semua ini, gambar di bawah antara tabiat raklay Malaysia. 1st time aku baca ini masa dalam lift PMC-time mak aku admit last Aug.

 
Buruk sungguh perilaku
Bila di ingatkan, malu pun ada, betul pun ada. Jadi..sesamalah kita hormat menghormati. Tiada yang salah, tiada yang betul. Cuma kenalah jaga perwatakkan diri memasing agar di terima oleh semua pihak..

Happy November..59day to say Hello 2013! Bye bye 2012.

Assalamualaikum and have a nice weekend everyone..