Nuffnang

Monday, December 31, 2012

~ I'm no.thr33 ~

Assalamualaikum,

Maaf, Maaf, Maaf..saya belum punya anak...insyaALLAH one day. Amiiiiiiiiin.

Saya dapati anak tengah ini macam-macam juga perangainya walaupun pelbagai tohmahan(hahha..kena tomah la sangat), pujian yang tak berapa melangit, kesukaan yang tak berapa nak suka, kehinaan yang tak menghina, kesayangan yang tak berapa sayang. Haha. Macam-macam kan..

Sebenarnya weekend aku yang lepas banyak mengajar aku menjadi manusia bingung. Ada 2 insan yang sama no dalam familia nya. Aku dan Irfan. Banyak topik mak aku dgn Cikgu Maznah cakap pasal Irfan which is some of them macam kena saja dengan aku.

Contohnya part kami merajuk..pasti ada ayat "Tak apalah", "Tak maulah". Hahaha. Weii..kami anak no.3 nie sememangnya kurang kasih sayang sikit dari mak ayah. Kesian kami. Tapi kami tak lokek macam anak-anak lain. Even anak-anak no lain pun tak lokek a.k.a kedekut..tapi kami no.3 ini sangat pemurah hati sebab kami penah rasa susah yakni tak semua benda kami inginkan kami akan dapat. Haihh. Aku pun tak tau benda apa aku cakap..tapi sesuatu laa..

Oleh kerana kurang kasih sayang, kadang-kadang kami akan berkira sebab kami nak cari attention dari mak ayah..especially mak la. Sebab mak lebih rapat kan.. Sebab apa kami jadi berkira, sebab mak ayah sure akan utamakan anak sulung dan anak bongsu lagi-lagi anak no.2 pulak rajin mak enon, jadi kami no.3 ini akan jadi mcm anak tak penting untuk seketika. Ohh kadang-kala ini adalah reality. :| Kalau macam tadi Irfan nak balik awal, tapi Farhan nak p Pesta Penang. Hahaha. Akhir sekali Pesta Penang berjaya sebab anak no.2 pun nak ke sana. Ofkos la majority nak p, so memang. :)

Banyak diam diri. Haaaaaaaa..betoi. Kami ada dunia kami sendiri which is orang lain no.1, no.2, no.4 tak tahu and tak faham. Aku kalau rasa aku kalah, aku lari masuk bilik tulis nota sedih hahaa.. Then letak bawah bantal dengan harapan mak akan baca nota kecil aku. Hahaha. Tadi Irfan pun membawa diri dengan tengok pokok-pokok kat rumah Chu.

Kami malas lagi manja. Yes..sebab nak manja-manja dengan mak, semua kami malas nak buat.. Even goreng telur mata pun suruh mak..sebab susah nak dapat special layanan dari mak kan. Mak akan sibuk dengan no.4 or no.1 or no.2. Jadi sekali ada peluang, kami akan gunakan sebaiknya. Itu sudah PASTI!

Kami suka tolong orang dan Irfan adalah kalut. Hahaha. Mak aku selalu pesan, permudahkan urusan orang lain. Kami suka tolong orang..Untuk aku tak adalah sangat. Gitu-gitu aja, tapi Irfan rajin tolong mak aku, even balik sekolah di mai rumah mak aku tanya mak aku masak apa, walaupun dia penat, kalau mak aku mintak tlg p beli santan, dia mesti beli dan cepat. Dia kalut. Jawab exam pun kalut. Untuk aku, aku rimas kalau jalan lenggang mak limah. Aku suka jalan laju. Hahah. tak ada kaitan kot kalut dengan jalan laju..

Makanan kegemaran kami berdua SAMA! Which is 1. Asam Pedas 2. Laksa Pa (Arwah dah Pa, meninggal masak nak berjalan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh- Al-Fatihah). Oklah ada 2 benda kami suka.

Suka berkawan dengan no.1, no.2, no.4 tapi depa tak suka kawan dengan no.3. Kes terdekat adik aku dan Syam..pulun depa lari nak tinggalkan Irfan sebab Irfan nak follow depa p pasar malam bersama-sama. Irfan kena tinggal and balik rumah nangis sebab kena tinggal. Ohh...rutin. No.3 suka menangis!

I'm lucky no.thr33.

I'm no thr33 too..
Hasil tangkapan hari itu
Assalamualaikum yols..

No comments: