Nuffnang

Wednesday, December 26, 2012

~ Tak payah la nak panggil Eric Leong ~

Assalamualaikum,

Haihh. Bukan nak transform diri mahupun wajah, tapi nak transform rumah. Susah juga nak uruskan rumah sekecil ini, ini baru kecil..macam mana nak uruskan rumah 3 tingkat nanti. Tolong-tolong..Eric Leong tolong lawat rumah saya ini. Tolong bawak Camelia sekali tak pun saya nak suruh Rizalman tolong deco deco year end kat rumah saya ini.

Rumah saya cantik, tapi bukan rumah baru.
Rumah saya tidak kecil, tapi bukan 3 tingkat.
Rumah saya ada ruang untuk taman rumput carpet. :)

Kisah orkid saya di curi orang luar, saya serik untuk letak orkid saya di bawah, jadi saya letakkan saja di balcony saya. Ada masa besok saya nak susun atur all my orchid. Perhaps those yang awaiting to bloom, cepat-cepat la blooming. Especially yang kuning.. wowo..

Hang nak panggil professional home deco, tak payah! Mak saya yang nak deco. Siap arah saya ubah dapur tue macam mana yang beliau angankan. Siap nak ubah suis-suis bagai. Saya cakap mana boleh mak, nanti tuan rumah marah.  Mak insist nak ubah juga. Hahaha. Siap nak tolong belikan dapur memasak sebab dah lama tak berasap dapur tue. Hahaha. Semuanya main masak dalam rice cooker saja. Macam-macam yang mak saya nak ubah. Saya tau, dalam kepala dia..geram saja tengok rumah saya. Waakakakaa... Rumah bujang, macam inilah mak..Dulu masa saya kecik, tiap bulan sure mak akan deco rumah, Sat kerusi meja kat sini, sat kat area sana. Even rumah kami kecik, mak sedaya upaya buat ruangg bagi nampak luas. Sekarang rumah kami dah macam memanjang ke dapur. Luas juga compare dengan rumah jiran lain yang more design their house with a few sections. Buat ada 2 ruang tamu bagai..rumah saya simple saja.

Rumput dah pendek, penat saya cabut tiap petang. Haha. Kidding you. Of cos la suruh Abg Tekun-follow-up untuk memastikan rumah rumah kami sentiasa pendek. Haha. Abg potong rumput ini memang selalu call tanya nak potong rumput or tak, nak racunkan or tak. Siap datang rumah, and saya sungguh teruk sebab tak bukak pintu. Sebab masa tue saya sorang ja di dalam rumah, Takut mak naakk..

Sekarang depan belakang rumput rumah kami dah pendek. Yay. Lega tengok.
Dapat bonus nanti, banyak di pikirkan untuk rumah saya ini. Mari kita tengok usaha dan semangat macam mana yang bakal di tonjolkan. Hahaha. Selalunya hangat-hangat...haih.

Rumah saya..penat balik bekerja..berehat di depan tv...Hohoho.

Good nite.. Assalamualaikum



2 comments:

~CIk nINA~ said...

rindu housemate saya..rindu nak berehat dirumah itu..

Yani said...

Hihi..cik Nina...tue la kan..nina mai la berehat sekali sekala...rumah tetap sama..keadaan pun sama nina..stil malas nk kemas.. :)