Nuffnang

Sunday, January 20, 2013

Ooooo..

Assalamualaikum..

Malam ini ayah aku buat statemt bahawa beliau tidak suka kami terlalu pegang handphone. Aku tau ayah aku tuju kat adik aku semenjak dia ada Galaxy S..aku tanya S for what? dia jawab S for senior. Aku pun tatau betoi ka apa. Aku malaih nak google. Untuk aku, hanya laptop saja atas riba. Sure ayah aku pun rasa lemaih. Sebab dia penah tanya, tak hangat ka letak macam tue. Kadang-kadang aku letak atas perut sambil baring. Sure ayah aku lemaih perut tengok.

Ayah aku kata lagi, dia tak suka tengok anak-anak sekolah duk main game kat handphone. Especially adik aku, cousins aku yang duk sekolah lagi tue. Kalau balik rumah tok, depa duk berjemaah pakat mengadap gadget memasing. Kalau tk ada smartphone, akan mengadap laptop. Akibatnya, yang anak-anak dara malas nak cuci pinggang and tolong sapu sampah lepas makan. Akibatnya, aku juga kena buat, akibatnya aku senduk budak-budak sekolah ini.

Ayah aku juga berkata, minda anak-anak belia Malaysia sudah tercemar sebab dunia internet. Then aku menjawab, dah ada technology kena la guna. Ayah aku kata, tak sakit kepala ka duk mengadap 24jam. Untuk kes adik aku, duk tidoq pun mengadap. Aku tak sekozer dia.

Untuk mak aku, sejak 2,3 menjak ini aku suka duk share jenih-jenih kain pasang, kain sulam Bandung, kain telekong Bandung. So mak aku tak komen banyak sangat. Tapi mak aku pun sama lemaih kalau adik aku duk main handphone dia sangat. Kalau dulu sebelum pasang Streamyx, memang takut sikit nak selalu online, nanti bill telefon rumah naik mendadak. Jadi bila dah install Streamyx, kami sakan la beronline sampai 4,5pagi. Tue adik aku. Duk layan bola bagai.

Ayah,mak aku suka layan TV. Layan ajaa...Zasssssssssss..

Alhamdulillah bestfriend kawan aku, Ya dah selamat delivered baby girl. Tak silap aku nama Hasya Ariana. 

Esok cuti lagi. Ganti cuti hari nie sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Daulat Tuanku. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, terus mentadbir negara dan negeri bersandarkan Islam. 

Assalamualaikum.. happy working all.

No comments: