Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Jiran-Jiran Perlis

Assalamualaikum..

Makcik Nomi,
Makcik Nomi jiran di Perlis. Bukan la sebelah rumah tapi lorong yang sama. Makcik Nomi ini sungguh baik sangat. Even kalau dia marah pun, aku rasa dia baik sangat bila marah. Last weekend balik Perlis and mak aku ada story. Aku rasa kesian sangat kat makcik ini. Sampai hati ada pihak buat macam tue kat dia. Dia baik sangat dan tak boleh sesiapa buat macam tue pada dia. Semoga ALLAH Taala membantu dan permudahkan urusan makcik Nomi. Di kurniakan kesihatan yang baik, di beri kekuatan untuk menghadapi masalah yang timbul. Anak-anak makcik Nomi yang bongsu sungguh montel. Kadang-kadang suka mai rumah aku. Eii..montel la. Tapi la anak tue dah besar, so susah sikit nak picit-picit pipi gebu dia tue. Hoohooo.

Makcik Pora,
Makcik Pora juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Nomi, bukanlah jiran sebelah rumah tapi jauh sikit lagi rumah Makcik Pora dari rumah aku. Kalau masuk lorong rumah aku, akan jumpa rumah Makcik Pora dulu. Ada gerai jualan depan rumah Makcik Pora. Laksa dia sedappp. Hooo..Makcik Pora kawan baik mak aku, dekat Makcik Pora juga kadang-kadang mak aku duk pokpek-pokpek. Sebab Makcik Pora ini lemah gemalai dalam semua bidang. Even cakap pun lembut. Hahaha. Lawak-lawak. Kadang-kadang kalau Makcik Pora nak ke rumah Kak Umi di Seberang Jaya,  dia akan tumpang aku. Makcik Pora kalau buat sayor rebung, sure dia akan ingat aku. Dan aku punya gagah, even aku dah makan nasi, aku tetap akan p rumah dia untuk ambil sayur rebung. Sayur manis rebung. Hoo. Favs!
Kalau p surau di bulan Ramadhan, sure mak aku akan duk sebelah Makcik Pora, aku duduk sebelah mak aku. Dengan dua-dua orang bedak seju gebu di muka. Macam adik kakak!

Makcik Timah,
Makcik Timah juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Pora, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Makcik Timah pandai masak. CC – bukan chief clerk tapi chief chef di dapur memasak kenduri-kendara. Makcik Timah sakit lutut. So dulu masa surau lama yang kena menapak ke atas surau, jadi dia tak dapat la sama-sama buat aktiviti di atas surau. Laa nie, surau dah bawah, senang la dia nak join sama. Bengkak kakinya makin menjadi, buah pinggang kurang sihat sikit. Semoga Makcik Timah maintain ”slim“. Hoooo. Makcik Timah suka telatah. Even kena cuit pinggang sikit dah telatah. Biasalah orang melatah selalukan macam tue. Makcik Timah ada beberapa orang cucu, tapi yang dia jaga Mamat. Hooo. Kanak-kanak comel ini pandai cakap. Sembang mcm orang tua-tua.

Mak Ah,
Mah Ah juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Pora, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Mak Ah juga Tok Guru mengaji Al-Quran aku. Dari kecik mengaji dengan Mak Ah. Mak Ah masak semua sedap-sedap. Tak penah rasa tak sedap. Mak Ah pun baik, susah nak marah. Dulu masa sekolah, kadang-kadang akan p melepak kat rumah Mak Ah dengan Ya. Sambil tunggu Sun Thong keluar rumah pepagi. Hooo. Kalau masa rumah Mak Ah nak kenduri, aku dengan Ya akan p tolong mana yang patut. Dengan Tok yang mulut bising. Kami tahan saja la. Hoho. La nie Mak Ah jaga 4 orang cucu. Paling nakal abg yang, Syakirin. Paling cool adik Shaza. Hooo. Tun dengan Shafa putih macam anak orang putih!

Cikgu Maznah,
Cikgu Maznah juga jiran di Perlis. Sama dengan Mak Ah, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Keluarga kami agak rapat. Selalu juga berjalan bersama especially kalau ke Penang. Rumah Chu di Penang pun dah jadi macam rumah saudara Cikgu Maznah sekeluarga juga. Memang rapat. Kalau jalan kemana saja, pasti memasing akan ingat-mengingati. Ada saja buah tangan nak di hulurkan. Even Tok Ah dan Tok Lijah pun kenal kami. Sama juga Tok Baayah pun keluarga cikgu kenal. Cikgu Maznah juga yang ajar akak ipar macam mana nak mandikan Didi. Oh Didi. Nanti harus bercerita pasal Didi. Anak-anak Cikgu Maznah dengan kami sekeluarga pun rapat. Syukur dengan ukhwah yang terjalin selama ini. Di doakan berkekalan dunia akhirat. Amiiiiiiin.

Arwah Makcik Shun,
Arwah juga jiran di Perlis. Sama dengan semua di atas, bukanlah jiran sebelah rumah. Arwah suka lalu belakang rumah aku sebab Arwah nak p beli santan rumah Tokcik Zahrah. Kalau lalu, sure Arwah akan stop sat, tanya buat apa tue, masak apa. Arwah pun jenis cakap lembut. Haiihh..Rindu pula rasanya. Anak-anak Arwah 5 orang, Anak sulung, anak no.2 Arwah dengan mak aku, sebaya. Fuad a.k.a Mamat Kecik dan Firdaus a.k.a Mamat Besaq sebaya juga!! Mak aku kata, masa mak aku preggy Mamat Kecik, mak aku ajak Arwah preggy sama. Then Arwah cakap tak nak. At last..hooooo..ada juga hasilnya Mamat Besaq. Kalau kenduri kat rumah aku, Arwah juga antara yang awal sampai untuk tolong apa yang patut. Rasa saying sangat kat Arwah. Masa mak aku call bgtau Arwah dah meninggal, aku terus mintak kat boss nak balik untuk ziarah Arwah.
Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amiiiiiiiiiiin.

Tokcik Chah,
Tokcik Chah juga jiran di Perlis. Tak sama dengan semua di atas. Tokcik Chah rumahnya belakang rumah aku saja. Hooo. Tokcik Chah tinggal sorang. Dulu Tokcik Chah berniaga di Pasar Malam, Nat. Sekarang dia dah pencen. Join aktiviti-aktiviti bermanfaat sahaja. Rajin mengaji Quran, kadang-kadang akan dengar tok mengalunkan bacaan Al Quran. Tok juga senang lena, kadang-kadang tengah bersiang ikan, boleh terlena. Mudah sungguh. Alhamdulillah tiada jari yang kena pisau dari kesan mengantuk itu. Anak menantu bijak-bijak. Study US, Japan. Raya semua balik. Meriah rumah tok.

Makcik Natrah,
Makcik Natrah juga jiran di Perlis. Lebih kurang dengan Tokcik Chah. Rumahnya sebelah rumah aku saja. Ibu tunggal yang kematian suami sejak 15tahun yang lalu rasanya. Arwah PakCik Zan ada darah tinggi. Meninggal sebab strok. Makcik Natrah ada ramai juga anak. Masa kecik-kecik dulu aku selalu juga main dengan anak-anak dia. Makcik Natrah juga susah nak marah anak-anak dia. Baik sungguh. Rajin masak, rajin buat kueh. Nanti nak buat karipap, mak aku kata nak p tanya dia macam mana nak buat kulit karipap. Hioooo. 

Makcik Zah,
Makcik Zah juga jiran di Perlis. Sama macam Makcik Natrah. Rumahnya sebelah rumah aku saja. Isteri taukeh Bihun Sup Periuk Besar di Simpang Empat. Yummy! Sedap. Ada doa orang anak perempuan, Kak Fiza dan Kak Afzan. Dulu kecik-kecik aku suka juga ke rumah Makcik Zah. Makcik Zah dari muda sakit kaki, memang pandai berniaga. Sepanjang usia berniaga. Sekarang dah empunya 6 cucu yolls. Best. Semoga Makcik Zah dan perniagaan berkembang maju. Amiiiiiiiiiin.

Makcik Midah,
Makcik Midah juga jiran di Perlis. Sama macam reramai di atas. Rumahnya bukan sebelah rumah aku. Tapi rumahnya mengadap rumah Makcik Natrah. Isteri Cikgu Alwi, Makcik Midah selalu sakit kaki juga. Ada bulan tak mampu keluar rumah sebab kaki sakit sangat. Sekarang dh ada sorang cucu, Aryan anak adik Amy. Kadang-kadang aku balik Perlis, Gaius akan parking kat ruang kereta dia. Dia yang selalu offer. Terima kasih. Jasamu di kenang. Makcik Midah ini anak sorang saja, so kalau dia masak apa-apa, kadang-kadang di akan hulur kat rumah aku saja. Inilah erti berjiran. Alhamdulillah.

Makcik Ton,
Makcik Ton juga jiran di Perlis. Sama macam reramai di atas. Rumahnya bukan sebelah rumah aku. Tapi rumahnya selorong dengan rumah Tokcik Chah. Punyai sorang cucu, namanya Rais. Cucu angkat mak aku. Hoo. Makcik Ton pandai buat kueh. Dia sama-sama buat kueh dengan mak aku and hantar ke asrama sekolah. Best juga. Sekali dapat payment untuk 1bulan, boleh capai sorang 1.5k. Mudah2 saja. Tapi banyak keringat harus di keluarkan. Makcik Ton pun jenih cakap lembut. Baik hati. Semoga sihat senantiasa juga ya. Amiin.

Inilah makcik-makcik setaman saya. Masih ada lagi. Tapi tak mampu untuk diceritakan semua. Mereka juga mewarnai hidup kecil aku sehingga sekarang. Mereka ini kawan-kawan mak aku. Selaku anak-anak, kalau berjumpa, kami akan tegur sapa, senyuman di hulur. Semoga ada bekerkatan dalam hubungan persaudaraan sesama Islam ini. Amiiiiiiiiin.

Photo credit to: Here

Thursday, February 14, 2013

Puasa

Assalamualaikum,

Jangan la bermain-main dengan orang yang berpuasa. Kenapa suka anggap orang yang puasa itu sebab nak diet, sebab nak kurus badan. Aku sentap weh. Iya itu salah satu cara juga sebab dah skip 2x meals - breakfast and lunch. Tapi tiap orang yang puasa ada sebab musababnya. Ada sebab nak ganti puasa, ada puasa sunat dan ada puasa nazar. So jangan nak memcebik kalau ada orang yang puasa. Aku sangat menyampah orang macam itu. Puasa bukan semata-mata untuk kuruskan badan! Kenalah faham apa hikmah yang kita dapat dari puasa. Patutnya sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang berpuasa.

Ya ALLAH, ampunkan aku.

Allan Cott, M.D.
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: 

a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f.  To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i.  To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j.  To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
Read more: here
 
Tips elak mengumpat:
a. Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi. 
b. Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
c. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.  
d.  Istifar bebanyak sebelum sesi umpatan berlaku dengan jayanya.
e. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
f. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Read More: here
 
Manusia pelbagai ragam betul. Macam-macam sungguh, sampai jenuh nak layan. Ada sorang kakak kat office aku, kalau dengar ja aku puasa, sure dia akan bagi sesuatu untuk bebuka. Tak kisah la even bagi 1 gula-gula, tapi niat tue ada nak bagi makanan untuk orang bebuka. Besar pahalanya, selain menggembirakan orang yang berpuasa. Siapa tak suka dapat sesuatu yang tak di jangkakan bukan...surprise!! Hoooo.
 
Aku ingatkan diri aku juga supaya berkelakuan baik lagi tidak menyusahkan orang. Semoga kita semua dapat hidayah dari-NYA. Amiiiiiiiiiin.
 
Pssst: mintak maaf atas kekasaran bahasa. Tapi dalam hati ini, lagi baraa.
 
Assalamualaikum.   

Wednesday, February 13, 2013

Nasib dia.

Assalamualaikum, Hello!

Alhamdulillah sihat noo..sebenarnya nak cakap pasal nasib. Ada orang tue, tak pandai membaca, tapi kenal number pun buleh jadi supervisor. Jadi, semua tue adalah nasib yang telah tertulis. Memang rezeki dia untuk ada pakerja di bawah pengawasan dia. Memang rezeki. Kita yang bekerja di bawah dia, harus la menurut perintah. Andai perintah itu salah, kena bagitau pada majikan tempat kita bekerja. Jangan hanya ikut perintah saja bak lembu di cucuk hidung. Kalau tak puas hati, cakap. Berbincang dan cuba cari penyelesaian. Takmau cakap-cakap belakang which is tak ada makna pun and problem tak solve langsung. Ok makcik-makcik.. be happy ok.

Lunch hari ini omak den bekalkan air teh O, 2 biji karipap dan 4 biji apam sedap. Apam sedap ini aku makan sejak kecik lagi. Kalau p pasar malam Simpang Empat, sure beli apam nie. Dulu sebiji sekupang, lama-lama naik dua kupang tapi laa nie dah jadi 4 biji = rm1. Sungguh noo..semua benda naik, apam sekupang dulunya pun dah naik harga. Size, sekarang a bit smaller compared to 20years ago but the taste, still the same!!! Bravo makcik..

Katanya ini nama Apam pecah.


Bertolak dari perlis selewat 7.50am, reach Kulim selewat 10.30am. Hooo. traffic lancar. Haruslah lancar, semua orang pakat dah balik petang kemarin=Selasa. Teruskan bekerja. Banyak cleanup nak kena bereskan ini. Waya dah aku..

Weekend sungguh hebat. Wait, later will post an entry about it.

Enjoy our day and have a nice day allz. Assalamualaikum. :)

Credit photo to: here

Tuesday, February 12, 2013

Terima Kasih Jakarta, Terima Kasih Bandung

Assalamualaikum,

5days trip to Indonesia yang selalu membilang kita serumpun tapi tak bagi harga murah pun untuk rakyat Malaysia. Statement nak kena tibai oleh rakyat Indonesia. 4 orang kami bertolak dari Penang to Jakarta. Asalnya our flight on Thursday morning, tapi tiba-tiba AirAsia buat hal and we have to change to flight. We decided to go on Wednesday night and separuh berani untuk tidur di Jakarta Airport. Sejuk betul. Bawa sweater sehelai pun tak mampu menghalang sejuk sampai ke tulang-belulang. Hoho. Nak tidur dalam surau ataupun rakyat Indonesia memanggilnya musollah tak boleh sebab ada lelaki sorang sedang tidur juga. Our flight to Jakarta slightly delay due to bad weather, where our flight schedules are at 9.40pm but we depart from Penang around 10.40pm. Hohoho.



Everyone seems cannot sleep whole night..err...I think so. So around 6am, we moves to find any taxi to bring us to hotel. From airport to hotel, the taxi driver charged us 200,00.00 rupiah.We stayed at Hotel Arkadia, Jalan Wahid Hashim which is strategically located at city centre. Closed to Plaza Indonesia, old Hard Rock Cafe Jakarta, the most important is so closed with Tanah Abang. If the taxi driver on his meter, it wont charged us 10,000.00 rupiah. But the uncle tipu. He charged us 10,000.00 rupiah. But it's ok, halal saja, sesama Islam.


Day 1:

Plaza Indonesia, Jakarta

  Plaza Indonesia

Tanah Abang, Jakarta


Masjid Istiqlal, Jakarta
 



Monas's garden. Cloudy day.

Monas, Jakarta
Visit Monas. What is Monas? Monas is national monument tower of Indonesia. On that day, held sambutan Maulidur Rasul 1434H. Indonesian's youth really support their Islamic events. Many of them come together to celebrate our Nabi Muhammad SAW birthday on 12 Rabiulawal around 570/571 Masihi. Sambil dengar ceramah, we're having our brunch at their park. It was raining day and later we walked to Masjid Istiqlal around 20mins. Jauh juga. Tapi niat dalam hati, menuju ke masjid semoga tiap langkah di kira amal oleh-NYA. Still...many people visit masjid, kids, school childrens, adults..together with tourists like us. Hohoho. After that, balik hotel take a rest, praying. Oh ya, sebelum ke masjid. Kami singgah di Station Gambir, Jakarta untuk membeli tiket train untuk ke Bandung. Kami amik train executive untuk ke Bandung. Kekonon nak elak bau-bau yang masyam. Hihi. So far OK train nie. Harga tiket dalam Rupiah 80,000.00 convert duit RM26 sahaja.

Evening. We're heading to Mangga Dua, lantas ke Anchor. Biasa2 saja sini, tak menarik sangat. Letih terjah Hard Rock Cafe punya pasal. Rupanya they closed  for preparation to open in Pacific Place Mall in May 2013. Frust sungguh. :(


Bandung.

Sesampainya bumi Bandung. Aku terus pening nak cari Pak Supir. Dah la tak beli simcard lagi. Jenuh dah nak cari Pak Supir yang aku dah contact dari Malaysia a week earlier. Alhamdulillah ada sorang Pak Supir nie, duk kat kami saja. Dalam kami duk berkira-kira nak cari Pak Supir, dia pun sama tegak berdiri sebelah kami. Haih. Semak juga. Tapi akhirnya, kami decide amik dia Pak Johan. Kami mintak dia bawak kami ke kedai telefon, kami beli simcard jenama SimPATI. Beli 2 simcard dengan harga 1 adalah Rupiah 16,000.00 hari keduanya kami menokok pulsa Rupiah 10,000.00 tapi kena charge Rupiah 12,000.00. Murah juga. Sampai hari balik ada bakinya. Hohoho.

Selesai beli simcard, terus ke hotel, letak barang and terus mula aktiviti melabur jutaan duit yang ada. Hohoho. Terus ke Pasar Baru. Sampainya di Pasar Baru, 1 jam pertama tak reti nak mulakan belanja. Pening weihh. Lagi pening dengan duk pikiaq barang yang orang kirim. Haih. Naik mebai semua ada. Hohoho. Akhir sekali dapat juga beli kain pasang barang 7,8,9,10,13 helai. Tue saja weihh..Lepas belanja di Pasar Baru, kami terus ke Toko Tiga. Beli baju Hard Rock Cafe dari negara lain. Aku pun pulun aih beli sikit. Tanda ingatan buat keluarga di kampung. Lepas itu kami terus ke Masjid Bandung untuk solat Asar dan Jamak Zohor. Hari hujan dan keadaan adalah kurang selesa. Tak kisahlah. Yang penting tunaikan perkara yang wajib. Lepas itu kami ke Jalan Riau untuk belanja di Heritage Factory Outlet, Hanis beli Crocs. Murah juga. Kata SA tue, ada reject sikit tapi still ok. Tapi tak nampak pula part mana yang kena reject. 



Awan nano di Bandung

Kampung Daun, Bandung

Kampung Daun

Paris Van Java


Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu








Bila mahu datang Indonesia lagi? Mungkin one day..idaman hati Bali..

Photo credit to : SimPATI