Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Jiran-Jiran Perlis

Assalamualaikum..

Makcik Nomi,
Makcik Nomi jiran di Perlis. Bukan la sebelah rumah tapi lorong yang sama. Makcik Nomi ini sungguh baik sangat. Even kalau dia marah pun, aku rasa dia baik sangat bila marah. Last weekend balik Perlis and mak aku ada story. Aku rasa kesian sangat kat makcik ini. Sampai hati ada pihak buat macam tue kat dia. Dia baik sangat dan tak boleh sesiapa buat macam tue pada dia. Semoga ALLAH Taala membantu dan permudahkan urusan makcik Nomi. Di kurniakan kesihatan yang baik, di beri kekuatan untuk menghadapi masalah yang timbul. Anak-anak makcik Nomi yang bongsu sungguh montel. Kadang-kadang suka mai rumah aku. Eii..montel la. Tapi la anak tue dah besar, so susah sikit nak picit-picit pipi gebu dia tue. Hoohooo.

Makcik Pora,
Makcik Pora juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Nomi, bukanlah jiran sebelah rumah tapi jauh sikit lagi rumah Makcik Pora dari rumah aku. Kalau masuk lorong rumah aku, akan jumpa rumah Makcik Pora dulu. Ada gerai jualan depan rumah Makcik Pora. Laksa dia sedappp. Hooo..Makcik Pora kawan baik mak aku, dekat Makcik Pora juga kadang-kadang mak aku duk pokpek-pokpek. Sebab Makcik Pora ini lemah gemalai dalam semua bidang. Even cakap pun lembut. Hahaha. Lawak-lawak. Kadang-kadang kalau Makcik Pora nak ke rumah Kak Umi di Seberang Jaya,  dia akan tumpang aku. Makcik Pora kalau buat sayor rebung, sure dia akan ingat aku. Dan aku punya gagah, even aku dah makan nasi, aku tetap akan p rumah dia untuk ambil sayur rebung. Sayur manis rebung. Hoo. Favs!
Kalau p surau di bulan Ramadhan, sure mak aku akan duk sebelah Makcik Pora, aku duduk sebelah mak aku. Dengan dua-dua orang bedak seju gebu di muka. Macam adik kakak!

Makcik Timah,
Makcik Timah juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Pora, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Makcik Timah pandai masak. CC – bukan chief clerk tapi chief chef di dapur memasak kenduri-kendara. Makcik Timah sakit lutut. So dulu masa surau lama yang kena menapak ke atas surau, jadi dia tak dapat la sama-sama buat aktiviti di atas surau. Laa nie, surau dah bawah, senang la dia nak join sama. Bengkak kakinya makin menjadi, buah pinggang kurang sihat sikit. Semoga Makcik Timah maintain ”slim“. Hoooo. Makcik Timah suka telatah. Even kena cuit pinggang sikit dah telatah. Biasalah orang melatah selalukan macam tue. Makcik Timah ada beberapa orang cucu, tapi yang dia jaga Mamat. Hooo. Kanak-kanak comel ini pandai cakap. Sembang mcm orang tua-tua.

Mak Ah,
Mah Ah juga jiran di Perlis. Sama dengan Makcik Pora, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Mak Ah juga Tok Guru mengaji Al-Quran aku. Dari kecik mengaji dengan Mak Ah. Mak Ah masak semua sedap-sedap. Tak penah rasa tak sedap. Mak Ah pun baik, susah nak marah. Dulu masa sekolah, kadang-kadang akan p melepak kat rumah Mak Ah dengan Ya. Sambil tunggu Sun Thong keluar rumah pepagi. Hooo. Kalau masa rumah Mak Ah nak kenduri, aku dengan Ya akan p tolong mana yang patut. Dengan Tok yang mulut bising. Kami tahan saja la. Hoho. La nie Mak Ah jaga 4 orang cucu. Paling nakal abg yang, Syakirin. Paling cool adik Shaza. Hooo. Tun dengan Shafa putih macam anak orang putih!

Cikgu Maznah,
Cikgu Maznah juga jiran di Perlis. Sama dengan Mak Ah, bukanlah jiran sebelah rumah aku. Keluarga kami agak rapat. Selalu juga berjalan bersama especially kalau ke Penang. Rumah Chu di Penang pun dah jadi macam rumah saudara Cikgu Maznah sekeluarga juga. Memang rapat. Kalau jalan kemana saja, pasti memasing akan ingat-mengingati. Ada saja buah tangan nak di hulurkan. Even Tok Ah dan Tok Lijah pun kenal kami. Sama juga Tok Baayah pun keluarga cikgu kenal. Cikgu Maznah juga yang ajar akak ipar macam mana nak mandikan Didi. Oh Didi. Nanti harus bercerita pasal Didi. Anak-anak Cikgu Maznah dengan kami sekeluarga pun rapat. Syukur dengan ukhwah yang terjalin selama ini. Di doakan berkekalan dunia akhirat. Amiiiiiiin.

Arwah Makcik Shun,
Arwah juga jiran di Perlis. Sama dengan semua di atas, bukanlah jiran sebelah rumah. Arwah suka lalu belakang rumah aku sebab Arwah nak p beli santan rumah Tokcik Zahrah. Kalau lalu, sure Arwah akan stop sat, tanya buat apa tue, masak apa. Arwah pun jenis cakap lembut. Haiihh..Rindu pula rasanya. Anak-anak Arwah 5 orang, Anak sulung, anak no.2 Arwah dengan mak aku, sebaya. Fuad a.k.a Mamat Kecik dan Firdaus a.k.a Mamat Besaq sebaya juga!! Mak aku kata, masa mak aku preggy Mamat Kecik, mak aku ajak Arwah preggy sama. Then Arwah cakap tak nak. At last..hooooo..ada juga hasilnya Mamat Besaq. Kalau kenduri kat rumah aku, Arwah juga antara yang awal sampai untuk tolong apa yang patut. Rasa saying sangat kat Arwah. Masa mak aku call bgtau Arwah dah meninggal, aku terus mintak kat boss nak balik untuk ziarah Arwah.
Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amiiiiiiiiiiin.

Tokcik Chah,
Tokcik Chah juga jiran di Perlis. Tak sama dengan semua di atas. Tokcik Chah rumahnya belakang rumah aku saja. Hooo. Tokcik Chah tinggal sorang. Dulu Tokcik Chah berniaga di Pasar Malam, Nat. Sekarang dia dah pencen. Join aktiviti-aktiviti bermanfaat sahaja. Rajin mengaji Quran, kadang-kadang akan dengar tok mengalunkan bacaan Al Quran. Tok juga senang lena, kadang-kadang tengah bersiang ikan, boleh terlena. Mudah sungguh. Alhamdulillah tiada jari yang kena pisau dari kesan mengantuk itu. Anak menantu bijak-bijak. Study US, Japan. Raya semua balik. Meriah rumah tok.

Makcik Natrah,
Makcik Natrah juga jiran di Perlis. Lebih kurang dengan Tokcik Chah. Rumahnya sebelah rumah aku saja. Ibu tunggal yang kematian suami sejak 15tahun yang lalu rasanya. Arwah PakCik Zan ada darah tinggi. Meninggal sebab strok. Makcik Natrah ada ramai juga anak. Masa kecik-kecik dulu aku selalu juga main dengan anak-anak dia. Makcik Natrah juga susah nak marah anak-anak dia. Baik sungguh. Rajin masak, rajin buat kueh. Nanti nak buat karipap, mak aku kata nak p tanya dia macam mana nak buat kulit karipap. Hioooo. 

Makcik Zah,
Makcik Zah juga jiran di Perlis. Sama macam Makcik Natrah. Rumahnya sebelah rumah aku saja. Isteri taukeh Bihun Sup Periuk Besar di Simpang Empat. Yummy! Sedap. Ada doa orang anak perempuan, Kak Fiza dan Kak Afzan. Dulu kecik-kecik aku suka juga ke rumah Makcik Zah. Makcik Zah dari muda sakit kaki, memang pandai berniaga. Sepanjang usia berniaga. Sekarang dah empunya 6 cucu yolls. Best. Semoga Makcik Zah dan perniagaan berkembang maju. Amiiiiiiiiiin.

Makcik Midah,
Makcik Midah juga jiran di Perlis. Sama macam reramai di atas. Rumahnya bukan sebelah rumah aku. Tapi rumahnya mengadap rumah Makcik Natrah. Isteri Cikgu Alwi, Makcik Midah selalu sakit kaki juga. Ada bulan tak mampu keluar rumah sebab kaki sakit sangat. Sekarang dh ada sorang cucu, Aryan anak adik Amy. Kadang-kadang aku balik Perlis, Gaius akan parking kat ruang kereta dia. Dia yang selalu offer. Terima kasih. Jasamu di kenang. Makcik Midah ini anak sorang saja, so kalau dia masak apa-apa, kadang-kadang di akan hulur kat rumah aku saja. Inilah erti berjiran. Alhamdulillah.

Makcik Ton,
Makcik Ton juga jiran di Perlis. Sama macam reramai di atas. Rumahnya bukan sebelah rumah aku. Tapi rumahnya selorong dengan rumah Tokcik Chah. Punyai sorang cucu, namanya Rais. Cucu angkat mak aku. Hoo. Makcik Ton pandai buat kueh. Dia sama-sama buat kueh dengan mak aku and hantar ke asrama sekolah. Best juga. Sekali dapat payment untuk 1bulan, boleh capai sorang 1.5k. Mudah2 saja. Tapi banyak keringat harus di keluarkan. Makcik Ton pun jenih cakap lembut. Baik hati. Semoga sihat senantiasa juga ya. Amiin.

Inilah makcik-makcik setaman saya. Masih ada lagi. Tapi tak mampu untuk diceritakan semua. Mereka juga mewarnai hidup kecil aku sehingga sekarang. Mereka ini kawan-kawan mak aku. Selaku anak-anak, kalau berjumpa, kami akan tegur sapa, senyuman di hulur. Semoga ada bekerkatan dalam hubungan persaudaraan sesama Islam ini. Amiiiiiiiiin.

Photo credit to: Here

No comments: