Nuffnang

Thursday, February 14, 2013

Puasa

Assalamualaikum,

Jangan la bermain-main dengan orang yang berpuasa. Kenapa suka anggap orang yang puasa itu sebab nak diet, sebab nak kurus badan. Aku sentap weh. Iya itu salah satu cara juga sebab dah skip 2x meals - breakfast and lunch. Tapi tiap orang yang puasa ada sebab musababnya. Ada sebab nak ganti puasa, ada puasa sunat dan ada puasa nazar. So jangan nak memcebik kalau ada orang yang puasa. Aku sangat menyampah orang macam itu. Puasa bukan semata-mata untuk kuruskan badan! Kenalah faham apa hikmah yang kita dapat dari puasa. Patutnya sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang berpuasa.

Ya ALLAH, ampunkan aku.

Allan Cott, M.D.
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: 

a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f.  To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i.  To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j.  To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
Read more: here
 
Tips elak mengumpat:
a. Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi. 
b. Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
c. Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib.  
d.  Istifar bebanyak sebelum sesi umpatan berlaku dengan jayanya.
e. Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..
f. Terakhir, minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.
Read More: here
 
Manusia pelbagai ragam betul. Macam-macam sungguh, sampai jenuh nak layan. Ada sorang kakak kat office aku, kalau dengar ja aku puasa, sure dia akan bagi sesuatu untuk bebuka. Tak kisah la even bagi 1 gula-gula, tapi niat tue ada nak bagi makanan untuk orang bebuka. Besar pahalanya, selain menggembirakan orang yang berpuasa. Siapa tak suka dapat sesuatu yang tak di jangkakan bukan...surprise!! Hoooo.
 
Aku ingatkan diri aku juga supaya berkelakuan baik lagi tidak menyusahkan orang. Semoga kita semua dapat hidayah dari-NYA. Amiiiiiiiiiin.
 
Pssst: mintak maaf atas kekasaran bahasa. Tapi dalam hati ini, lagi baraa.
 
Assalamualaikum.   

No comments: