Nuffnang

Saturday, March 16, 2013

Ada apa?

Assalamualaikum,

Happy weekendersss.

Hidup kaya ada, saya tiada.
Hidup mewah, saya tiada.
Hidup senang, saya tiada.
Hidup sederhana, saya ada.
Hidup miskin, saya tiada.

Alhamdulillah Hidup sekarang bukanlah terlalu mewah mahupun tidak terlalu miskin.Hidup sekarang sederhana. Masih mampu makan 3 kali sehari even sometimes akan pekim-pekim makanan, duit juga. Hahaha. Untuk selalu makan yang mewah tue tiadalah selalu, sebulan sekali ok. Tapi kalau hati-hari makan kat Resipi Rahsia, Dominos, PizzaHut, KFC..mau kopak duit saya. Pilihan makanan saya, selalu di hitungkan yang sihat, kaya dengan sayuran dan sekarang dalam usaha untuk kurangkan protein dari binatang. Ambil protein dari tumbuhan sahaja. Misalnya: beans, asparagus, cauliflower, jagung, bayam, sun dried tomato. cendawan, dan sebagainya. Pilih yang paling gelap warna hijaunya.

Apapun cara hidup kita, biarlah semuanya sederhana. Tera mana sangat nak pakai baju berjenama, tera mana sangat nak minum di kedai-kedai mewah. Insaf sat. Hope istiqamah dalam tiap berbuatan yang mendekatkan diri dengan ALLAH Taala. Amiiiiiin.

Weekend not really good. Tergelincir keluar dari toilet untuk solat. Terhantuk. Adoi sakit. Terus hari nie demam, flu and nak start batuk. Semoga esok cepat sembuh sebab nak drive back to Kulim. InsyaALLAH.

Let's enjoy our day. Assalamualaikum

Tuesday, March 12, 2013

Main masak masak dengan gas Petronas

Asalamualaikum,

Malam tadi kami beramai-ramai bermain masak-masak. CC adalah Cik Mas, Cik Izyani, Cik Hanis dan Cik Nad. Bahan mentah bukan ada pun. Last minutes plan, menjadi jua. Menu simple saja.

1. Ayam masak kicap
2. Telur pecah dengan lobak manis.
3. Ikan tulang goreng dengan bawang.
4. Makaroni.
5. Air teh.

Masak nasi 3 cawan untuk 7 orang makan. Seronok makan ramai-ramai. Sedap semuanya aih.
Dari awal aku duk risau, lauk apa la yang ada untuk kami makan. Mas kata makan apa yang ada. Rezeki ALLAH Taala Tun luas, ada saja. Yang penting kami tak membazir. Alhamdulillah.

Minggu nie aku tak nak makan ayam. Last Sunday, ada seekor ibu ayam mati depan mata aku. Bukan mak ayam, tapi ini ibu ayam yang aku rasa ada telur ayam dalam perut dia. Ibu ayam itu terjatuh dari lori ayam yang membawa dia, tiba kat traffic light ibu ayam terjatuh and the following lorry pun pijak ayam tadi dengan tayarnya. Kaki, badan ibu ayam kena pijak-pijak tayar, bahagian kepala ibu ayam masih ok, ibu ayam cuba-cuba patuk jalan. Selepas beberapa minit, matilah ia.

Sedih. Bilik rumah pula, mak aku masak kaki ayam buat kerabu. Memang aku tak makan laa. Sebab aku bayangkan macam makan jari Didi ja. Adoi.

Azan Maghrib berkumandang, mari siap sedia.

Selamat menunaikan solat Maghrib kawan-kawan.
Asalamualaikum.



Thursday, March 7, 2013

Ada hikmah

Assalamualaikum,

Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita kedekut, kemudian sesuatu terjadi pada kita(samada baik atau sebaliknya), itu tandanya ALLAH Taala kasihkan kita. DIA bagi ujian agar kita sedar apa yang kita lakukan sebelum ini mungkin kurang tepat. DIA buat kita susah sedikit supaya kita akan lebih hargai kelebihan rezeki yang kita ada sebelum ini. Cuma jangan salahkan takdir atas semua yang berlaku. Segalanya ada sebab musababnya. Cuma cara kita nak terima,sedar hikmah yang DIA tentukan akan menentukan segalanya.

Rezeki di rumah kenduri. :)
Jangan meroyan kalau kita hilang sesuatu benda, sedar diri dan pohon ALLAH Taala lorongkan ingatan kat mana kita tinggalkan barang tersebut. Jangan terus tuduh menuduh pihak yang tak bersalah. Kadang-kadang kita yang misplace barang tersebut. Cari dengan sabar, bukan marah-marah. :)

Kita ada lebihan rezeki, tapi kita tidak membelanjakan ke jalan yang sebaiknya pula. Tiba-tiba musibah menimpa. Sedarlah diri. Mungkin lebihan rezeki yang kita dapat itu, adalah atas niat kita yang kurang betul. Gara-gara ingin cepat kaya, idamkan duit jutaan ringgit dalam account Maybank, CIMB, Citibank. Tapi kalau salah caranya, menindas pihak lain. Mungkin sudah kurang keberkatan rezeki tersebut. Apa-apapun kita hendaklah sedar adakah betul apa yang kita lakukan. Tak pasti? Rujuk mereka yang lebih berpengetahuan.

Encik A naik pangkat, Encik B tak naik pangkat. Tapi Encik B ada isteri yang pandai menjahit baju, hebat membuat kueh. Selalu orang pejabat akan memesan pada isteri Encik B. Kan di situ ALLAH Taala sudah kurniakan rezeki yang lebih pada Encik B. Encik A naik pangkat, rumah keluarga isterinya ada masalah kewangan pula. Jadi rezeki kenaikkan gaji Encik A akan di berikan kepada isteri beliau untuk membantu keluarga. Semoganya ALLAH Taala dah tentukan. Atas pada kita nak pikir, terima macam mana. Usahkan dengki-mendengki sesama kita. Tak ada yang untung pun. Bangsa lain yang seronok tengok Melayu bermusuhan sesama sendiri.

For me, pangkat, jawatan, duit berkepuk dalam Maybank,CIMB,Citibank bukanlah tujuan asal hidup ini. Iya kita perlukan duit, tapi bukan duit untuk segala-galanya. Duit hanya permudahcara sesuatu urusan. DIA yang mengizinkan segalahnya berlaku. Keluarga yang utama - wujudnya keluarga yang bahagia adalah rezeki kita, di kurniakan kesihatan yang baik, peluang untuk meneruskan hidup  -  juga rezeki yang tak terhingga diberikan-NYA pada kita, peluang untuk tambah amalan juga rezeki yang ALLAH Taala berikan pada kita. Ambil masa untuk tambah amalan. I love to stress this info my myself especially.

Jangan mempersoalkan sesuatu yang telah di tentukan-NYA, terutamanya rezeki. Semua itu rahsia ALLAH untuk tiap kita.

Jom kerja. Blogging time kerja? Haih. Company saya curi sikit masa ini. Saya janji saya takkan sembang lama di surau. hihihi.

Assalamualaikum.. Enjoy our day. :)

Photo credit to : Here

Wednesday, March 6, 2013

Yani, you skip your lunch?

Assalamualaikum,

That was asked by IE Manager, Jemmy H yesterday.

" No Kak Aziyah, No Kak Sobah, then you skip your lunch". Hahaha. I replied him. " Yes, my lunch mate sooo busy lately". Actually Kak Aziyah on leave yesterday while Kak Sobah going out with Makcik Kiah (related to BR1M). Someone asked me whether I want to join her or not, but I politely say no. Hihihi. Thank you.

Around 2.30pm, I went to koperasi to buy a bread with Milo. Finish eating, I went for blood donation. Hooo. This is my 2nd attempt to donate my AB+ blood. Perhaps, this will help someone who really this it and save lives every day.

Dear friends, if you’re generally healthy and aged 17 or over, let's do something amazing by giving our blood to someone. Honestly during blood transfusion, I can feel less stress, no headache and after take 15mins rest. I feel OK and ready to walk to my workplace. Besides with this blood donation, hospital will test oout our blood and if they found and abnormality to our blood they will call us and let us know. At least we know earlier that our body got some small or big problems. The doctor checked my details in KKM's systems, they not found any critical illness. Alhamdulillah. Good kan. No need to spend hundreds for health screening. Just do the basic one only. :)
 
Let's donate at least once, and make sure you are eligible for it.

Are you ready to make a difference?

Here are some things you should know:

  • Blood donation is a safe and simple procedure, and gives you the great feeling of having saved up to 3 lives
  • The whole process takes around an hour, but the actual donation only takes about 8-10 minutes
  • Drink plenty of water so you’re hydrated before donating.  
  • Have a healthy meal before you donate – and try to avoid fatty foods. 
  • Wear clothing with sleeves that can be raised above the elbow.
  • Bring a valid form of identification with you (driver’s license or another form of ID that verifies your age) – we need this or your donor card each time you donate.
  • If you are taking any medication, bring a list of those with you.
"Blood donation can help patients with severe illness and those near the edge of death get their lives back. This kind of happiness cannot be described in words.
Should you or your family members require blood transfusion one day, you will then truly understand and appreciate the meaning of blood donation."


Photo credit to: Here

Not only me, but my dad, my brother also give their blood to hospital. I hope I can do it once a year. Even only 300ml, perhaps it will help others. InsyaALLAH. Some little sharing with me to you.

Assalamualaikum and have a nice day. :)  

Monday, March 4, 2013

Menyesal sampai laaa

Assalamualaikum,


Apakah perkara yang hampa rasa menyesal sampai saat ini? Perkara yang kalau duk saja-saja then teringat benda tue, rasa “ Why I’m doing like that?” , “Why I’m answering it that way?” , “Why I didn’t think bla bla bla bla bla“. Macam-macam la duk pikirkan.

Ada la a few things yang rasa menyesal. Tapi buat masa la nie yang paling aku kesal adalah bateri kereta Gaius aku tue. Last Jan’13 aku p tukar bateri and aku baik hati cakap aku tak mau bateri tue. Walhal still ada lagi. Bila balik Perlis, bgtau ayah aku, ayah aku cakap sayang la tak amik bateri sebab ayah boleh guna untuk benda lain. Misalanya: untuk perahu ayah.  At least aku amik dan kalau jual kat luar dapat la RM10. Buleh beli KFC dah tue. Hohoho.

Tapi ada hikmahnya. Aku redho. Next time, amik saja apa yang datangnya dari kereta aku. Balance minyak tue memang technician dah sedia letak kat bonet, kalau depa tanya, ntah² aku p jawab tak nak juga apa. Hooo. Minyak² balance tue memang aku bawak balik bagi kat ayah. Ayah letak kat enjin perahu dia.  Aku rasa kalau duk kumpul-kumpul dah boleh dapat sebotol kot.

Pagi tadi masa nak gerak balik ke Kulim, ayah aku check enjin aku. Ada bunyi-bunyi sikit. So next service kena check dengan technician, dari mana maiii bunyi tue. Baru 2 tahun usia Gaius nie. Kena service aircond sama. At least jaga dari awai, tak rugi. Patutnya last service, technician dah advice suruh service, tapi tengok angka mahai sangat, so aku refuse nak service and plan next service(April’13) aku nak buat. Nampak gayanya, bulan depan kena buat betoi-betoi. Jangan duk bertagak-tagak lagi. Hooooo.

Aku sayang juga kereta aku, bayaq mahai-mahai haruslah jaga elok. Tapi bab calar kat badan aku dah tak amik pusing. Lama mana nak licin macam baru beli kann. Redho, berdoa supaya senantiasa lebih berhati-hati. 

Tapi aku puji la juga Gaius ini. Aku dah start guna RON95 bulan ini since harus ada penjimatan for other elements, thus this month I’ve decided to use RON95. Memandangkan beza 2 RON saja dan beza harga adalah ~RM1. Tinggi tue. So far performance ROM95, pretty good. Cuma RON97 akan lebih jaga engine kereta. Aku doakan rezeki aku bertambah dan lebih berkat pada tahun ini. Nak kawen kena guna duit banyak oihh. Nak travel pun sama. Sudah ada tempat di hati ini. InsyaALLAH cukup duit, berlakulah ia. Amiiiiiiiiiin.

I’m single because ALLAH TAALA is busy writing the best love story for me! InsyaALLAH.