Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Ada hikmah

Assalamualaikum,

Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita kedekut, kemudian sesuatu terjadi pada kita(samada baik atau sebaliknya), itu tandanya ALLAH Taala kasihkan kita. DIA bagi ujian agar kita sedar apa yang kita lakukan sebelum ini mungkin kurang tepat. DIA buat kita susah sedikit supaya kita akan lebih hargai kelebihan rezeki yang kita ada sebelum ini. Cuma jangan salahkan takdir atas semua yang berlaku. Segalanya ada sebab musababnya. Cuma cara kita nak terima,sedar hikmah yang DIA tentukan akan menentukan segalanya.

Rezeki di rumah kenduri. :)
Jangan meroyan kalau kita hilang sesuatu benda, sedar diri dan pohon ALLAH Taala lorongkan ingatan kat mana kita tinggalkan barang tersebut. Jangan terus tuduh menuduh pihak yang tak bersalah. Kadang-kadang kita yang misplace barang tersebut. Cari dengan sabar, bukan marah-marah. :)

Kita ada lebihan rezeki, tapi kita tidak membelanjakan ke jalan yang sebaiknya pula. Tiba-tiba musibah menimpa. Sedarlah diri. Mungkin lebihan rezeki yang kita dapat itu, adalah atas niat kita yang kurang betul. Gara-gara ingin cepat kaya, idamkan duit jutaan ringgit dalam account Maybank, CIMB, Citibank. Tapi kalau salah caranya, menindas pihak lain. Mungkin sudah kurang keberkatan rezeki tersebut. Apa-apapun kita hendaklah sedar adakah betul apa yang kita lakukan. Tak pasti? Rujuk mereka yang lebih berpengetahuan.

Encik A naik pangkat, Encik B tak naik pangkat. Tapi Encik B ada isteri yang pandai menjahit baju, hebat membuat kueh. Selalu orang pejabat akan memesan pada isteri Encik B. Kan di situ ALLAH Taala sudah kurniakan rezeki yang lebih pada Encik B. Encik A naik pangkat, rumah keluarga isterinya ada masalah kewangan pula. Jadi rezeki kenaikkan gaji Encik A akan di berikan kepada isteri beliau untuk membantu keluarga. Semoganya ALLAH Taala dah tentukan. Atas pada kita nak pikir, terima macam mana. Usahkan dengki-mendengki sesama kita. Tak ada yang untung pun. Bangsa lain yang seronok tengok Melayu bermusuhan sesama sendiri.

For me, pangkat, jawatan, duit berkepuk dalam Maybank,CIMB,Citibank bukanlah tujuan asal hidup ini. Iya kita perlukan duit, tapi bukan duit untuk segala-galanya. Duit hanya permudahcara sesuatu urusan. DIA yang mengizinkan segalahnya berlaku. Keluarga yang utama - wujudnya keluarga yang bahagia adalah rezeki kita, di kurniakan kesihatan yang baik, peluang untuk meneruskan hidup  -  juga rezeki yang tak terhingga diberikan-NYA pada kita, peluang untuk tambah amalan juga rezeki yang ALLAH Taala berikan pada kita. Ambil masa untuk tambah amalan. I love to stress this info my myself especially.

Jangan mempersoalkan sesuatu yang telah di tentukan-NYA, terutamanya rezeki. Semua itu rahsia ALLAH untuk tiap kita.

Jom kerja. Blogging time kerja? Haih. Company saya curi sikit masa ini. Saya janji saya takkan sembang lama di surau. hihihi.

Assalamualaikum.. Enjoy our day. :)

Photo credit to : Here

2 comments:

Daleela said...

Kalau duit tak cukup tu sebab tak berzakat/tak bersedekah... duit xberkat lah tu kan? An an.. huhuhuhu kekadang camtulah kite rasa..

Yani said...

betul tue dalee. ada la sesuatu yang salah kita buat tue. sebab tue ALLAH Taala tarik sikit rezeki kita.

:)