Nuffnang

Tuesday, March 12, 2013

Main masak masak dengan gas Petronas

Asalamualaikum,

Malam tadi kami beramai-ramai bermain masak-masak. CC adalah Cik Mas, Cik Izyani, Cik Hanis dan Cik Nad. Bahan mentah bukan ada pun. Last minutes plan, menjadi jua. Menu simple saja.

1. Ayam masak kicap
2. Telur pecah dengan lobak manis.
3. Ikan tulang goreng dengan bawang.
4. Makaroni.
5. Air teh.

Masak nasi 3 cawan untuk 7 orang makan. Seronok makan ramai-ramai. Sedap semuanya aih.
Dari awal aku duk risau, lauk apa la yang ada untuk kami makan. Mas kata makan apa yang ada. Rezeki ALLAH Taala Tun luas, ada saja. Yang penting kami tak membazir. Alhamdulillah.

Minggu nie aku tak nak makan ayam. Last Sunday, ada seekor ibu ayam mati depan mata aku. Bukan mak ayam, tapi ini ibu ayam yang aku rasa ada telur ayam dalam perut dia. Ibu ayam itu terjatuh dari lori ayam yang membawa dia, tiba kat traffic light ibu ayam terjatuh and the following lorry pun pijak ayam tadi dengan tayarnya. Kaki, badan ibu ayam kena pijak-pijak tayar, bahagian kepala ibu ayam masih ok, ibu ayam cuba-cuba patuk jalan. Selepas beberapa minit, matilah ia.

Sedih. Bilik rumah pula, mak aku masak kaki ayam buat kerabu. Memang aku tak makan laa. Sebab aku bayangkan macam makan jari Didi ja. Adoi.

Azan Maghrib berkumandang, mari siap sedia.

Selamat menunaikan solat Maghrib kawan-kawan.
Asalamualaikum.



No comments: