Nuffnang

Monday, April 1, 2013

Merosot, merudum!

Assalamualaikum,

Best betul cuti. Best betul tak buat kerja office. Best betul main-main dengan Didi. Best betul  duk rumah malasan. Best betul tengok almari kosong yang telah di beli 3 bulan lalu. Kat mana orang perabut letak, kat situ la ada. Tak ubah, tak ganjak even almari tue ada kacau laluan untuk ke pintu utama. Ada kisah? Tidak, saya tidak kisah. Yang penting, balik office, terus mengadap tv, mengadap lappy. Nak pegang buku? Sekali-sekala ada. Boleh bilang dengan jari ja berapa kali betul-betul membaca. Apa yang lagi seronok, merehatkan diri dan minda. Itu agenda utama apabila balik dari office.

Rasanya, malam nak saja berehat di rumah. Tapi bulan 3 sibuk juga. Attend farewell la, kelas menari la, Tesco la, Giant la. Tue baru ada Tesco and Giant pun dah tak ingat dunia nak balik rumah. Kalau ada Midvalley ke2 kat Kulim ini, mahu bawak bekai baju apa nak tukar kat sini. Seronok sungguh isi masa. Tapi tak melepak di situ, pergi ada tujuan. Cari barang. Ada barang keperluan, tak sikit juga barang yang bukan keperluan saya beli. Ada saja teringin di hati. Macam². Tak beli teringat, dah beli rasa tak guna pula. Ada² saja. Nafsu, nafsu.

Update blog pun malas. Sebab balik rumah saja nak berehat-rehat. Tulis blog pun satu kerja juga. Even saya bukan puitis. Main hentam karang ayat saja. Lantaklah nak boring ka apa, inilah gaya bahasa saya. Teringin juga nak update pasal Didi, pasal Pangkor, pasal kenduri kesyukuran..tapi kekangan masa sungguh. Mana taknya. Tak penah attend time management class, memang failed la bab uruskan masa. Nak uruskan diri pun kadang-kadang mak tolong ingatkan. Mak yang tolong bekalkan air teh. Oh ya. Ada air teh ini. Minum dulu. Slurrpp..

Gigi saya sakit. Kemarin pergi ke Kelinik Pergigian Tan di Kangar Perlis. Doctor senior dah. Siap ada 2 kanta lagi. Kurang jelas la tue. Doctor duk drilling gigi, mana tak nyilu. Tapi sat saja. Palam gigi temporary, after 6 weeks baru buat permanent. Korek-korek, tekan-tekan...nahhh charge RM80. Nasib baik boleh claim dengan company. Haih...impian nak beli spec mata gelap tinggal kenangan la jawabnya. Tahun ini nak kena habiskan untuk gigi pula. :(

Kawan-kawan, jagalag gigi kita. Jangan jadi macam saya, dah berlubang baru nak jumpa doctor. Takut nak imagine kena pakai gigi palesu. Seram weii...Malam-malam kena buang gigi palesu sebab takut tertelan masa tidur. Kena selalu jumpa doctor. Ada yang palam sedia ada nie, bertaham 6 bulan ja. Panjang umur, nak kena baiki semula.

Hooo..JOm kerja.

Assalamualaikum. Ohh..hari nie 1 April. Mananya kata nak bubar Parlimen Malaysia hari ini. Tak sabar nak balik mengundi nie. Hooo..Hoo..



2 comments:

Daleela said...

Uploadlah gambo baru Yani.. ;-)

Yani said...

Dalee.. gambar tue ada. tapi malas betul nak upload. hihihi..