Nuffnang

Sunday, April 14, 2013

Siang malam takut.

Asalamualaikum,

Hidup kat dunia ini, siang malam rasa takut. Tak tahu la hampa semua macam mana. Tapi aku duk rasa macam nie la. Lagi-lagi time sorang kat rumah. Macam-macam pikiaq. Tapi pesanan mak aku tak lupa. Aku tau doa mak sentiasa ada untuk aku. :)
Duk rumah ok la juga. Boleh malas-malas. Rasa nak main masak-masak, main...rasa nak lena, lenaaa.. rasa nak p Giant, Tesco, Sunway Carnival, Jaya Jusco Perda, piiiiiiiiiiiii ja la asalkan ada duit. Hahaha.

Aku membaca, tiap hari 70kali Malaikan Izrail datang ziarah kita. Kalaulah kita nampak rupa Malikat maut ini, mau kita duk beramal ibadat saja kan 24jam. Tapi itulah. Kita manusia yang lemah. Dalam hati senantias ingat DIA, insyaALLAH..

Takut macm-macam. Kalau nak explain, over pulak jadinya. Yooo la sangat kan. To be honest, memang aku takut. Seriously, kalau boleh nak pasang body guard saja. Apa ingat diri ini wife menteri ka nak ada body guard bagai. Cukuplah kita dinding diri dengan baca doa-doa yang boleh di jadikan pelindung dari bahaya. Amalkan baca Surah Kursi 3x time nak lena, time nak keluar rumah. Baca 3 qul - Surah Al-Falak, Surah An-Naas dan surah Al-Ikhlas.

Kelebihan dan fadhilat kita rajin membacanya. Kita akan di jauhkan dari gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan. Selamatnya kita dari perkara buruk dan boleh ubati stress(ini aku sendiri rasa). Rajin-rajin kita istifar, insyaALLAH lagi tenang hati ini.

Amiiiiiiiiiin, Amiiiiiiiiiiiiiin. Malam nie aku banyak amiiiin kan untuk orang..semoga tiap kebaikkan yang kita lalukan adalah penuh keikhlas 100%. Jangan main-main dengan doa insan lain. Doa yang ikhlas sewaktu kita sedang nazak mungkin boleh panjangkan umur kita. Macam mana nak cari orang yang betul-betul ikhlas doakan kita?

JANGAN CARI PASAL DENGAN ORANG LAIN! SELALU BUAT AMALAN YANG MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN ALLAH TAALA. BERBAIK DENGAN KEDUA IBU BAPA, ADIK BERADIK, JIRAN TETANGGA SAHABAT HANDAI.

Ingatan tegas untuk diri aku sendiri. Jangan menyombong dengan orang lain. Pesanan mak aku juga. Orang senyum, jangan buat muka chomm. Senyum balik..senyuman la sedekah paling ringan untuk kita buat.

Selamat malam semua, esok Isnin..jom bekerja. Esok bos balik.
Assalamualaikum,
Credit to: WADi

No comments: