Nuffnang

Friday, May 31, 2013

Hari Jumat dan bercakap pasal doa

Assalamualaikum semua,

Mari membaca kisah yang meruntun jiwa ini. Terharu masa membaca. Aku dapat dari email yang kawan-kawan fwd.

"Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga bermanfaat note ini. Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.
MARI MENJADI HAMBA!"


Assalamualaikum wbt.

Thursday, May 30, 2013

Met her dog

This is touching moment..beautiful.


Kucing gigit burung

Assalamualaikum,

Poor little bir
Keadaan setiap pagi untuk ke office adalah hanya 40% energy. Cuba nak ke Parkson, sure 200% energy. This morning, iron tudung, potong buah, isi milo+oats dalam tumbler, capai roti yg expired untuk di buat bekal ke office. Kelaur rumah. Kunci and keluarkan kereta. Time nak tutup pagar, nampak kucing besar gigit burung kecik. Alahai. Dengan takut-takut ayam, aku pun cuba halau kucing and dia lepaskan burung tue. Burung dah luka. Aku ambil tissue dalam kereta and angkat burung kecik letak dalam pasu orkid aku yang dah mati dulu. Sangkut pasu orkid kat pagar, ambil daun besar tutup burung and ambil bunga raya letak dalam pasu itu. Mana nak cari cacing weh bagi burung tue makan. Di doakan ada sedara mara, sahabat handai datang tolong selamatkan burung itu. Aku sayangkan binang-binatang kecik berbulu macam tue, kecuali tikus dan seketurunan tikus di dunia ini. Poor bird. I'm not sure if cat's saliva can become toxid to this poor bird. I hope this little bird can lived long. Amiiiiiiiiiiiiin.

Dulu masa burung puyuh aku luka di kepala, sebab duk lawan sesama mereka dalam sangkar, aku dengan bgcik akan sapu minyak gamat ke burung puyuh tue. cuba asingkan mangsa dari golongan yang jahat. Haha. Kesian weih. Aku luka jerawat pun sakit, inikan pula luka gaduh and berdarah. Sure la kasihan lagi sakit.

Tolonglah wahai burung-burung, tolong la terbang tinggi sikit. Jangan rendah sangat sebab di kucing yang kelaparan sedang menunggu anda di bawah. Selama nie aku suka baling makanan untuk burung contohnya - buah buruk, cocoacrunch yang dah lemau, kek/roti yang expired. Tapi untuk kucing sungguh tiada. Iya la. Ikan pun jarang masak and beli, kalau ada sure aku makan habis**normally yang mak kirimkan. Tulang ayam/isi ayam, tunggu masa bulan puasa. Sure tak terhabis dan sayang nak campak dalam tong sampah, kami akan baling ke belakang. Kucing kelaparan sedang menunggu.. Miaauuuwww...

Oh peeps! Hari nie gaji. :)

Photo credit: Here

Monday, May 27, 2013

Entri soal rumah?

Assalamualaikum,

Sedih rasa hati, satu essay yang di karang pada malam tadi terlupa nak save. Bila check semula, hilang. No trace anymore. Macam nak suruh CSI mai buat investigation saja. Apapun hidup perlu di teruskan. Azam perlu di cari. Zahirkan apa yang terbuku dalam hati. Kadang-kadang rasa lemah dengan keadaan. Ikhlaskan hati, insyaALLAH segalanya akan baik-baik saja. Bila mana keadaan menyebabkan kita terpaksa redha dengan apa yang terjadi, berubahlah untuk terima keadaan. Terimalah untuk pasrah, kita tidak kalah tetapi kita hebat sebab kita cuba menyesuaikan dengan keadaan. Bukan senang nak berubah demi sesuatu yang bukan kita gemarkan. Mungkin ada sesuatu yang tak terduga buat kita selepas ini? Ini semua kerja Yang Maha ESA. DIA yang mengaturkan segalanya.
Pengarang jantung hati

There's one place called home. Yes. Every time flight landed, there's one calling for us, calling to return, calling to fulfill our nature basis, calling to get everything in place and calling to set every single items to the correct place and time. How far away we're from home, it's the only place we looking for once flight landed.. Ohhh...

It doesn't matter how big you have, how much you bought it, how cool design you designed it, how brilliant the decoration...we don't care because the most important thing is, we're looking forward to reach home.It's home sweet home. Which is I'm unable to get it at this moments. InsyaALLAH one of big house at Miami Beach waiting for me.. Hahaha. Keep on dreaming Yani!!!!

Excuse me, at this moment, I dont have any big house to show you. Only big pamphlet available with me. Keep on praying, one day I will get it. Amiiiiiiin.

Good nite everyone. Still sedih since I forgot to save last nite entry. Quite longggg essay. ;(

Assalamualaikum wbt.

Sunday, May 19, 2013

Balik korek tanah

Assalamualaikum,

Cannot imagine kalau my boss tau pasal all those issue happen lately. Even only small digit pun she so kalut, inikan kalau misprocess ka apa.

But actually, last Friday memang ada issue pun. Since only me and Shila during telecon with EU, she also joining us. Around 6pm, she has to go and she asked us to text us about any findings. Finally we able to solve the problem and it was from our side, it's from IT. Haa.. On Monday there's many bombardment emails related to this issue. All those previous action items came out, pending solution by IT team. With all that, IT manager have to come over to Level3 to explain about the problem. Blaa blaaa blaaa.

Nowadays, any issue our boss with no mercy will directly forward email to upper level. Even to department director. Haa...scarry. Means before I go to seek her help, I have to make sure everything was set up correctly, already follow up with thousand time and etc.

Easy job. She will directly email to high level. Which is on the other side, other parties will aware of MDM. Any discussion must include us as well lagi-lagi related to routes and systems. Both MDM-IT kena bekerjasama in order to solve any problem together with PI,PTE and UPS. Haaaaaaaaaa..

Takut juga kerja ini. Salah sikit saja, sure aku tak leh lena. Memang rasa balik rumah korek tanah, tapi bukan tanam diri tapi tanam biji kacang. Merapu. First timer aku delete tool, galak delete without checking is there any lot using that tools, check² rupanya ada 1 lot. Check² OK. Alhamdulillah. Kalau idak, memang ketaq laa. after a week kot, barulah berani delete another tool. Haih. Dugaaan di tempat kerja akibat lupa check 1 benda. Lesson learn. Harap-harap hari mendatang lebih berhati-hati.. Nasib baik bukan process tool tapi measument tool. Haih.

Buat kerja main-main, tak serius. Sebab tue jadi macam-macam. Cuba more focus, sure everything will run smoothly. Ecewah. Ya sangat la aku nak focus tengok systems saja. Kena la ada hiburan di tempat kerja.

Oklah. Jom gembira.

Assalamualaikum.

Photo credit: Here


Wednesday, May 15, 2013

Excuse me teacher, may I go to toilet?

Assalamualaikum wbt,

16 Mei, Hari Guru. Kalau dulu, sure kalut aku dan mak pergi 'Kedai Alat Tulis' sebelah kedai emas. Mak teman aku beli hadiah untuk bagi pad cikgu. Of course duit mak..haih bukan nak tabung untuk benda macam ini kan. Salah aku. Antara semua hadiah, paling yang aku ingat sampai sekarang hadiah bunga ros kering untuk Cikgu Dahlia. Dia ajar BM masa aku dalam kelas 3 Kuning di SKSE. Seronok sambut hari guru, memasing bagi hadiah kat cikgu kegemaran memasing. Bagi aku bagus juga bagi hadiah kat cikgu, at least semua happy.

Anak-anak aku nanti, aku nak bagi ja voucher Parkson ka, Giant ka, Tesco ka, Carefour ka. Habis blur nak cari hadiah kan. Tapi anak-anak sure nak tengok barang itself before they handover to their teachers. Jenuh nak justify dengan anak-anak kelak ;)

Sambil sembang dengan roomate, bila dah dewasa besar macam sekarang. Diri ini la menjadi guru untuk diri sendiri. Untuk bangun awal laksanakan tanggungjawab pada YANG MAHA ESA, lantas bersiap untuk ke office. Berusaha untuk siapkan kerja yang diberikan. Kalau guru dalam diri terpesong, pasti gerak laku pun terpesong. 

Apa-apapun, guru umpama lilin yang menerangi sekelian ruang. Terima kasih atas jasa guru-guru yang sudi mendidik dengan penuh keikhlasan dan tekun sekali. Hanya ALLAH TAALA yang mampu membalas jasa cikgu semuanya. Di harap cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu sampaikan dari tadika sampailah masuk uni. Tak lupa juga Mak Ah yang mengajar alif ba ta masa kecil dulu. Cikgu Aliah di Tadika Kemas. "Cikgu, Hafiz dah kawen ka?" Hihihi.

Semoga cikgu sihat senantiasa dan hidup diberkatiNYA selalu. Amiiiiiiiiiin.

Assalamualaikum wbt.

Tuesday, May 14, 2013

This is no subject. :)

Assalamualaikum wbt,

St Kilda, Melbourne.
Jangan mendengki pada sesiapa saja. Sebab rezeki yang kita ada hari ini bukanlah hak kita, tapi hak DIA, DIA YANG MAHA ESA. Mari panjangkan doa, ringankan mulut dengan istifar supaya kita sabar dengan segala perangai masyarakat. Tidak kira di mana, di rumah, di pejabat, di kedai, di pararaya, di dalam kelas dan sebagainya. Tapi itulah, kita pun manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Kalau orang lain perlakukan perkara yang tidak baik pada kita, pasti hati ini akan tercuit rasa sedih, marah, kesal. Di harap hati ini mampu bertahan dengan segala permainan dunia. Even kita dah cuba permudahkan segala urusan orang lain, tidak semestinya urusan kita pun akan dipermudahkan. Hanya DIA yang menentukan. Apa yang penting kita cuba jaga hubungan baik dengan semua pihak. Bagi aku, kalau aku terasa hati ka apa benda, aku akan cuba diamkan diri. Bila aku cukup kekuatan aku akan tibai setibainya. Macam pendendam bukan? Ahha. adalah sikit tapi tidaklah berlebihan sebab di harap pihak yang satu lagi akan beringat supaya berhati-hati dalam kelakuan, kata-kata. Sebab kadangkala aku pun kena tibai juga akibat dari kata-kata aku yang pedas. So aku terima la kalau orang buat sedemikian juga pada aku.

Serius nauuu..

Semua orang cuba nak berbaik antara satu sama lain. Samada berlakon atau ikhlas, itu bukan persoalannya, sebab untuk itu dia sedia jawab. Ada a fews people yang aku respect di mana depan kita macam itu, di belakang kita pun macam itu. Ada juga sebaliknya. Depan kita punyalah baik itu ini, di belakang duk seronok main mata dengan orang lain. Tapi kalau kita sendiri dah baik, macam mana orang nak mengata kita kan? Haa..Macam-macam kisah nauu..

Ok fine. Kalau nak cakap belakang itu kisah yang betul, benar, memang salah orang itu. One day mungkin kita juga akan diperlakukan sama seperti itu oleh orang lain. Tak ke sedih masa itu? Aku bermimpi Ustaz Don terbang ala-ala Nobita and Doremon kepada aku di mana masa itu aku macam sedap nak mengata orang. Ustaz Don kata, "jangan mengata". Then terus dia terbang ke atas dengan kipas di kepalanya. Funny. Tapi aku rasa ada maksudnya. Jangan mengata, jangan ambil tau hal buruk manusia lain. Nak ambil tahu hal orang, ohwell..maybe ok, tapi jangan duk di sampaikan kesana kesini. Jangan bukak aib orang lain. Iyalah, mungkin masa duk bercerita akan keluar ayat "ini ingatan untuk kita juga" * ayat masa sama-sama sedang anyam ketupat*

Bukan tak nak hidup bersocial, tapi mungkin elok jangan terlalu busyboday itu ini.

Kita yang dapat info pun, bukan kemain seronok dapat tau info, lagi-lagi pasal gossip, lagi-lagi pasal benda yang kurang elok kita tahu. Rasa sahabat tadi adil gila dengan kita sebab kongsi itu ini. Oh..jangan panggil saya TV3, BERNAMA TV. Maafkan saya.

This is life, whatever happen it just part of life, part of growing up.

Assalamualaikum. Forgive my mistakes everyone.

Photo credit to: Here

Sunday, May 12, 2013

Don't mess with me.

Assalamualaikum,

I found this on Muslim Speaker's Facebook. Being the only sister among brothers, pretty cool. 10 years being the youngest in family, and I'm really enjoyed it. Daddy's favorite and anyone messed with me, I will be the first reporter to dad once he switched off his motorcycle. Start reporting about all the bullying issues. Haha. Eventho they(brothers) only say something to me, and they haven't touched me. But still it was big issues for me. Haha. I'm so kiddos!


only a daughter
Really missed my childhood very much. Which is playing outside with brothers, friends for an hours. We played until Maghrib until our mother screaming asked us to go home, take a bath and ready for praying. And also miss they day riding motorcycle with my dad, sometimes Abgcik will follow us. Most of the time ayah will bring us to beach else to paddyfield area. Oh...still remember it.

Enjoyed walking to Pasar Malam nearby our house where mum always remind my brothers to hold my hand all the time. They managed hold  me, and of course I'm the one who do want them to hold my hand. I want freedom. After finished shopping, we're heading back together. Sometimes they will give me ride to pasar malam. Always ask me to "kangkang" to avoid my tiny feet enter to bicycle's rim. One of his hand will try to hold my back and ask me to hold tight. Sweet.

Times running so fast, eventho we cant avoid to growing up, but at least we can remain our youthful inside our heart. But whatever it is,  I miss the days when I used to have a very nice baby skin, with not a single pimple on it, but right now seems like me and pimples cannot detached to each other. :P

Being a chidlren, no need to worry about our real life..today is mother's day. Proudly to wish happy mother day to my mother, Pn Fatimah for being a supergreat mum to us, "garang" mum to us, always worrying for her kids everytime. I hope you enjoy ur motherhood time and this year as a grandma. Congratulations mak. We love you always. :)





assalamualaikum. 


Photo credit to : Muslim Speakers

Wednesday, May 1, 2013

Labour Day

Assalamualaikum,

Today is labor day. Yes it' a day for all the worker around Malaysia, im not sure whether its for around the world too. Need to Google it. Currently im on the way to Butterworth by bus. Yes by bus. Why by bus? Oh well dear..i just want to do something differ today. Heading to Butterworth alone in the bus with all foreigners. There's Bangladeshi, Cambodian, Indonesian, a fews from local.

Today must free from office routine job. No more thinking of route creation, tool setup, epa tool linkage and other stuffs. Lets freedom today and happily enjoy this moment. Having sweet time, sunbathing under big umbrella and facing Penang Island, facing Komtar the tallest building in Penang. Readings a newspaper, having orange juice, eat cheesedale and yogurt. Auuw. Heaven.
Ini kasut macam Arwan Wan and Wan sekarang duk pakai
In the way to meet our Didi. Hopefully he's gonna be good. Tok tak sabar nak tengok Didi. Reach Ipoh around 2pm and while waiting sis inlaw to fetch us, kami makan roti di Roti boy cafe. Mum makan roti with hot tea, and me only roti boy with plain water. Lil brother want orange juice, roti boy and some other buns. Greedy betul. 

Heading to sis in law's house. Sampai ja, nampak Kak Ani duk dokong Didi. Cranky lil baby. Tok dokong Didi..he didnt smile yet. Mamai lagi. While we having our lunch, Didi tertidur atas riba ibunya. Bagi nap  while, then he wake up with big smile and start nak sembang. Haha. Hasnul bawa pizza and around 6.30pm kami gerak balik ke Kulim and then heading back to Perlis.

That was my labour's day. Happy to meet Didi. :)